Langkau ke kandungan utama

Muka sehensem lelaki K-Pop, suka...

Anda minat dia ni? Si Lee Min Ho?
 Ataukah dia ni, Choi Siwon?
 Ataukah Hyun Joong yang bemata kuyu ini?
 Mungkinkah si fenomena Hyun Bin dalam cerita Secret Garden ini?

Ramai yang gila akan mereka. K-Pop tu! Satu dunia kenal mereka. 

Hari ini kita bercakap tentang lelaki2 kegilaan ramai dari Korea Selatan ini. Apa yang menarik sangat tentang mereka?

Apa lagi kalau bukan fesyen K-Pop itu sendiri. Daripada penjagaan kulit muka hinggalah kepada cara pakai dari hujung rambut ke hujung kaki, kalau boleh hendak ada unsur2 Korea. 


Sebab itu kalau anda pergi ke pusat2 beli belah, anda akan jumpa genre lelaki termasuk remaja menyelitkan diri di ruang2 penjagaan diri mencari produk kecantikan yang terbaik termasuklah penyamar cela (conceilor), bedak asas (foundation) dan penyegar (toner)....Iyalah, lelaki mana tak mahu punya tubuh yang maskulin dengan rambut tersisir rapi, muka yang menarik dan paling best, bibir merah bak delima merekah seolah2 macam pakai gincu tetapi rupa2nya tidak...



Terma metroseksual kini semakin diterima umum kerana lelaki juga perlu bijak dalam menitikberatkan penjagaan badan dan pemakaian. Lagi-lagi bagi anda yang perlu bertemu pelanggan yang profesional. Pasti anda mahukan mereka memberi komen yang positif untuk pertemuan kali pertama bukan? Dengan itu, secara tidak langsung anda akan lebih berani dan berkeyakinan untuk keluar bertemu seseorang. Tapi pastikan, jangan melebih pula, biar sedang-sedang sahaja agar tidak nampak keterlaluan dan feminin.

Okey... saksikan mereka... lelaki metroseksual dari Korea yang ...comel? hehe... Shinee!

Ulasan

  1. ehem ehem..

    saya suka daniel hanney hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehem ehem, saya pun suka daniel henney jugak hehe

      Padam
  2. saya heran sangat dengan fenomena k-pop ni. saya suka jgk tgk citer korea tp idak la smpai hapai segala nama dema tu. haram kenai. then saya tak berapa suka lelaki 'jambu' sebab saya pun tak 'ayu'. hehehe........

    BalasPadam
    Balasan
    1. lelaki jambu.. mmm, sokong hehe

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…