Langkau ke kandungan utama

Kenali lelaki yang ingin benar-benar serius dengan anda...

Bila anda jatuh hati, anda pasti mengharapkan agar si dialah yang akan menjadi pengantin anda kelak. Kan? Hati anda sudah menjadi miliknya, tentulah anda mahu dia juga menyerahkan hatinya kepada anda. Soalnya, macam mana nak tahu si dia serius atau tidak dengan anda. Okey, di bawah ni ada beberapa tips. Sila buat bandingan dengan sikap si dia selama ini...

1. Bahasa tubuhnya.
Jika si dia melihat ke dalam mata anda ketika bercakap, si dia sebenarnya memberikan sepenuh perhatian kepada anda berbanding rakan-rakan lain. Sekiranya ia melibatkan perbualan dari hati ke hati, dia akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dengan mengalihkan badannya ke arah anda dan memerhatikan ekspresi wajah anda. Ini adalah petanda bahawa dia ingin mengetahui apa yang anda sedang fikirkan.

2. Tanya kisah lama anda
Jika dia bertanya tentang kisah silam anda, impian dan kemahuan anda, keperluan dan bagaimana anda mahu diinspirasikan olehnya, si dia sebenarnya sudah mula ingin mengenali diri anda lebih jauh.

3. Bila anda kena marah
Dia akan cuba mententeramkan anda ketika anda berada dalam keadaan hari-hari yang teruk. Si dia boleh diharapkan dalam keadaan yang sukar bagi hidup anda di saat orang lain mula menjauhkan diri. 

4. Berikan hadiah
Dia memberi anda hadiah yang istimewa bukan bermakna memberikan hadiah yang paling mahal. Kadang-kadang dia beri anda kad buatan tangan atau sepotong kek yang cantik atau bunga untuk hari jadi anda. 

5. Anda rasa istimewa
Si dia membuatkan anda terasa sangat istimewa bila dia melihat anda kelihatan cantik di matanya atau anda kelihatan menarik buatnya.

6. Bertemu insan penting dalam hidupnya
Dia mahu anda berjumpa dengan rakannya atau orang yang penting bagi dirinya. Itu tanda si dia mahu anda mengenali insan atau rakan-rakannya yang penting.

7. Selesa bersamanya
Anda merasa persahabatan anda dengannya semakin mesra dan anda merasa selesa dengannya begitu juga dengan si dia.

8. Masa berkualiti bersama
Dia suka menghabiskan masa dengan anda dan melayan anda sebagai seorang teman karib dan memberitahu perancangan dan impiannya. Berkongsi pandangan dan cita rasa.

Dapatkah anda rasa semua itu. Ehem, ehem... kalau ya, jagalah dia. Jangan lepaskan, okey!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…