apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.6.12

Jangan beranak banyak sangat!

Bersyukurlah anda tinggal di Malaysia. Dah kahwin dan beranak berapa ramai pun, tidak ada sekatan. Tapi, kalau anda menetap di negara China, nasib anda akan jadi seperti wanita dalam gambar di atas. Tengok gambar tu betul-betul! Tahukah anda yang bayi di sisi si ibu itu sebenarnya ialah fetus yang berumur 7 bulan, yang sudah tidak bernyawa lagi?
Disebabkan gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja, seorang wanita di China bernama Feng Jianmei telah dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan. Walau pun Feng dan suaminya membantah pengguguran itu, namun kerajaan wilayah Shaanxi di utara China tidak berkompromi dengan perkara tersebut dan memaksa kandungan Feng digugurkan. 

Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya tersebar di Internet.
Nak tahu lebih detail? Tengok video ini. 
Terima kasih tuan punya blog apadehal sebab aku dapat info ni dari blog dia juga.
Kadang-kadang, undang-undang dan peraturan buatan manusia begini perlulah ditentang. Apa yang takut sangat dapat anak ramai-ramai? Setiap anak ada rezeki mereka masing-masing, kan? 

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.