Langkau ke kandungan utama

Cinta hingga kuburan.

Kawan-kawan, pernah tak mendengar kisah kesetiaan seorang lelaki? Hehe...biasanya, lelaki tak setia dalam bercinta, ya? Ada, ada yang setia sehinggakan apabila diri dicurangi, kesannya boleh membunuh jiwa. Tak percaya? Hayati kisah sedih di bawah. Tapi, terlebih dahulu jom berterima kasih kepada pemilik blog bernama gemasindah.

Suami ini dinamakan sebagai Mazlan (bukan nama sebenar). Gemasindah mula mengenali Mazlan ketika mengajar si Mazlan di sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan. 


Mazlan merupakan anak muda yang bercita-cita tinggi. Pertama dia berhajat untuk menjadi jutawan sebelum berumur 45 tahun. Kedua, setelah menjadi jutawan dia berhajat untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Hajat dan cita-citanya ini disampaikan kepada gemasindah semasa Mazlan berada di tingkatan 5. 

Mazlan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Bangi. Semasa di tahun pertama beliau bertemu dengan saorang gadis tinggi lampai yang jelita dan berperawakan lembut. Gemasindah namakan gadis ini sebagai Halimah. Keduanya bernasib baik kerana satelah mendapat ijazah dalam bidang masing masing, bekerja di tempat yang sama iaitu di-Seremban. Tidak lama satelah mendapat pekerjaan pasangan kekasih itu berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan yang cantik dan comel. Hidup mereka nampak normal, aman dan damai.

Cerita bermula apabila Mazlan meletak jawatan dan bekerja di syarikat gemasindah selama 2 tahun .Selepas itu Mazlan membuka syarikatnya sendiri yang memajukan satu projek perumahan.

Cara Mazlan bekerja untuk mencapai cita-citanya tidak terikut oleh orang lain termasuk gemasindah sebagai guru perniagaannya. Siang dan malam bekejar ke hulu ke hilir menguruskan perniagaannya. Ada kalanya balik ke rumah jam 11.00 malam, jam 2.00 pagi sudah berlepas dengan kereta untuk ke Johor Baru kerana jam 8.00 pagi esok hari perlu bertemu Menteri Besar Johor. Begitulah kehidupannya saban hari ..mengejar waktu dan mengejar wang ringgit.

Sudah tentulah si Halimah yang seringkali sahaja ditinggalkan suami berasa sunyi. Nasib baik jugalah dia juga selalu keluar menghadiri seminar dan mesyuarat di sana sini dan sering kali keluar negara. Yang jadi pelik jika keluar ber seminar di luar negeri atau yang di dalam negeri pun selalu bersama bosnya yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Pengarah di-satu jabatan penting di Negeri Sembilan. Gemasindah namakan pengarah muda ini sebagai Dr Azlan. Gemasindah memang kenal bos si Halimah ini kerana selalu berurus dengan beliau. Pengarah ini memang boleh dikatakan handsome dan merupakan saorang professional berkelulusan PhD.

Hendak menjadi cerita, pada satu hari Mazlan menghantar Halimah ke lapangan terbang Subang (ketika itu belum ada KLIA) kerana Halimah hendak menghadhiri seminar di Paris. Selalunya bila menghantar Halimah ke airport, sebaik sahaja Halimah turun, Mazlan akan terus pulang ke rumah atau ke destinasi perniagaannya. Tetapi atas Kehendak Allah jua, pada kali ini Mazlan tidak berbuat seperti biasanya. Setelah meletakkan kereta dia masuk semula ke kawasan check ini … tetapi Halimah telah pun tiada, barangkali sudah masuk ke Balai Berlepas. 

Mazlan terus bergegas ke pintu masuk Balai Berlepas. (Di Subang Airport kita boleh nampak sebahagian ruang Balai Berlepas dari luar). Alangkah terperanjatnya Mazlan bila dia ternampak Halimah sedang berpelukan dengan Dr Azlan. Lututnya tiba tiba jadi lemah dan Mazlan terus jatuh terjelepok di atas lantai. Pegawai Keselamatan Subang Airport mendukung Mazlan dan mendudukkannya di kerusi. 

Selepas mendapat kekuatan akibat terperanjat tadi, Mazlan menghubungi rakan kongsinya, (gemasindah namakan Mr Lee). Mr Lee terus ke Airport dan membawa Mazlan balik ke kampung untuk ditenangkan oleh ibunya. Pada malam itu juga Mr Lee (yang juga sahabat gemasindah) menelefon gemasindah. Barangkali katanya Mazlan akan datang ke rumah gemasindah   esok harinya. Gemasindah telah terlebih dahulu mendapat cerita Mazlan dari Mr Lee.

Keesokan harinya Mazlan bersama ibunya datang ke rumah. Tersangatlah sedih gemasindah melihat keadaanya. Dari pintu masuk sliding door merangkak sambil meraung menuju gemasindah...….

Cikgu, cikgu tolonglah saya. Azlan dah curi Halimah!


Itulah yang diulang-ulangnya…Gemasindah hanya dapat memeluk Mazlan dan gemasindah juga menangis. Gemasindah nasihatkan Mazlan supaya menunaikan umrah dan bermohon kepada Allah agar membantunya. Semuanya adalah Kuasa Allah jua.

Satelah Halimah balik dari Paris, Mazlan menceraikanya. Mazlan juga pergi bertemu Dr Azlan dan meminta Azlan berkahwin dengan Halimah satelah sampai edah. Mulia hati budak tu! Selepas itu Mazlan ke Mekah bersama ibunya menunaikan umrah.

Setelah habis edah, Dr Azlan tidak mahu berkahwin dengan Halimah. Barangkali takut pada isterinya atau peraturan untuk beristeri dua sangat susah ketika itu. Akibat malu, Halimah pergi ke Australia untuk meneruskan pelajaran. Halimah membawa bersama kedua orang anaknya.

Cinta Mazlan terhadap Halimah tidak ada putusnya (hingga ke akhir hayatnya). Maka setiap bulanlah dia ke Australia atas alasan hendak menengok anaknya. 

Di-Australia, Mazlan bertemu saorang gadis Indonesia dan satelah berkenalan selama seminggu terus kahwin. Mazlan menjemput gemasindah dan Mr Lee ke rumahnya di Seremban untuk makan malam sambil memperkenalkan isteri baru Indonesianya. Pada mata gemasindah isteri baru Mazlan lebih cantik dari Halimah tetapi nampak macam high class girl. 

Namun gemasindah bersyukur ke Hadrat Allah kerana telah menemukan jodoh mereka berdua. 

Pada perkiraan gemasindah berakhirlah sudah penderitaan Mazlan. Sangkaan gemasindah meleset kerana pada suatu hari Mr Lee minta gemasindah datang Ke KL pada masa itu juga. Kata Mr Lee

Brother, you kena datang KL jumpa macai you, Mazlan ni. Nasihatkan dia! Dia dah semakin teruklah! Cakap I dia dah tak mahu dengar. You cubalah nasihatkan dia!


Mengikut Mr Lee si Mazlan setiap malam mabuk dan berpeleseran dengan gro gro kelab malam, sudah tidak bertumpu pada perniagaannya lagi. Isteri Indonesianya dah balik ke Australia. Kini Mazlan dah kahwin dengan saorang akauntan berbangsa cina dari Sarawak tetapi perangai berpeleserannya tak pernah berubah.

Saya menasihatkan Mazlan agar kuatkan semangat, ingat kepada Allah, berdoa agar Allah membantunya melupakan Halimah, tak baik balas dendam cara begini. Yang salah Halimah kenapa wanita lain menerima akibatnya? Mazlan angguk-angguk sahaja. Adalah jelas, gemasindah juga gagal untuk menasihatinya. 

Beberapa bulan selepas itu, Mr Lee menelefon gemasindah agar datang melawat Mazlan di hospital Melaka. Mr Lee kata dia bersama Mazlan ke Melaka atas urusan perniagaan. Tiba-tiba sahaja Mazlan jatuh dan pengsan. Doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya sudah rosak.

Gemasindah menasihatkan Mazlan agar pergi ke India untuk beli buah pinggang. Duit bukan masalah kerana ketika itu Mazlan sudahpun mencapai cita-citanya menjadi jutawan. Mazlan menjawab

Tak apalah cikgu! Hidup dah tak guna lagi. Saya dah lama mati dah sejak Halimah hancurkan hati ini.


Setiap 3 hari sekali Mazlan berulang alik ke hospital di Seremban untuk buat dailisis. Untuk pulih tiada harapan lagi sebab kedua-dua buah pinggang sudah rosak. Beberapa bulan selepas itu semasa gemasindah berada di Seattle, Amerika, Mr Lee memberitahu melalui telefon bahawa Mazlan enggan melakukan dialisis. Dia balik kampung nak cuba ubat kampung katanya. Dan setelah dua kali tidak cuci darah, Mazlan koma selama 11 hari dan meninggal dunia. Mazlan kembali menghadap Allah semasa gemasindah berada di-luar negara.

Mengikut cerita Mr Lee (diceritakan kepada gemasindah selepas balik dari Amerika), Mazlan telah meninggalkan wasiat kepadanya untuk menyerahkan satu beg berisi RM 1,500,000.00 (satu setengah juta RM) kepada Halimah. Mengikut Mr Lee juga, dia telah beritahu Halimah tentang Mazlan yang sedang koma. Halimah balik ke Malaysia dan menziarahi Mazlan sambil meraung- raung minta ampun. Apakan daya, Mazlan sudah tidak boleh menjawab. 

Pada hari pengkebumian, Halimah meraung, meronta bagaikan orang gila memeluk tanah kuburan Mazlan.

Dua tiga bulan selepas itu gemasindah menerima panggilan dari ibu si Mazlan meminta gemasindah menghalalkan hutang Mazlan, sebanyak kira. Banyak jugalah! Si ibu yang malang merayu..…

Mak cik tahu Mazlan ada berhutang dengan cikgu. Makcik tak dapat bayar. Semua duit arwah diberikan pada Halimah. Halimah sudah tak dapat dihubungi.  Tolonglah cikgu! Tak kan cikgu sampai hati tengok muka Mazlan lebam? katanya..


Gemasindah sebut secara berlafaz…

Ya mak cik, demi Allah saya halalkan hutang Mazlan pada saya dunia akhirat……


Sedih, kan? Cinta yang musnah di tengah jalan hingga menyebabkan jiwa dan kewarasan seorang suami hilang. Di manakah si isteri itu sekarang? Bahagiakah dia? Salahkah dia? Senyumlah... kerana bukan kita yang harus menghukum dan menuduh. Cerita ini sekadar menjadi peringatan, bukan untuk mengutuk. Wallahualam...

Ulasan

  1. kadang2 cinta boleh membutakan hati..
    ke mana halimah pergi???
    wallahualam..moga dia jauh dr kelalaian dunia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga hidupnya dalam redha Allah jua

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…