Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Di sebelah ni ialah gambar Claudia Lynx, wanita yang dinobatkan sebagai wanita tercantik pada tahun 2010. Cantik sungguh, kan? Tu baru ten...

Cantikkan hati, cantikkan peribadi!

By Jun 04, 2012

claudia lynx 01 Top 20 Most Beautiful Women In The World

Di sebelah ni ialah gambar Claudia Lynx, wanita yang dinobatkan sebagai wanita tercantik pada tahun 2010. Cantik sungguh, kan? Tu baru tengok kat muka dia. Agaknya kalau tengok dari atas sampai bawah... kagum tak boleh nak cakap. 

Ciptaan Tuhan semuanya cantik-cantik. Sebab cantik itu universal, yang tak cantik bagi kita, cantik di mata orang lain. Yang cantik di mata orang, mungkin pada kita ada kureeengg sikit. 


Tapi, kalau kita ni lahir dalam kalangan yang kureeengg tu, apakah harus mengeluh? Ni yang aku dapat dalam FB pagi tadi. Tulisan seorang teman penulis. Umie Nadzimah.

Baca, ya!


Assalamualaikum dan selamat pagi. Walaupun Umie ni tak cantik (ekeke..), tapi teringin nak kongsi tips kecantikan dari majalah MIDI dengan rakan semua...


Apakah tips kecantikan untuk kita kaum wanita ni? Baca lagi!

  1. Menjaga muka 
  2. Bersenam
  3. Sentiasa berfikiran positif
  4. Sentiasa berkata yang baik dalam diri sendiri
  5. Minum banyak air
  6. Hati perlu bersih
  7. Melakukan perkara-perkara positif
  8. Berurut
Ternyata tips2 ni cenderung kepada penjagaan unsur2 dalaman untuk kelihatan cantik....


Betul tu, Umie. Sokong sangat!


Nampaknya untuk kelihatan cantik kat luar, kita kena cantikkan yang kat dalam diri kita ni dahulu. Tengok nombor 3, 4, 6. Hmm.... dah cuba buat? Jom kita mulakan sekarang jugak!

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.