Langkau ke kandungan utama

Anda fikir andalah yang sedang menderita? Baca kisah ini!

Sekali lagi kita baca satu kisah masyarakat dalam DCCK di akhbar tak popular, UM. Minggu ini, DCCK tidak berkisar tentang rumah tangga dan kecurangan. Kali ini ia tentang nilai ketabahan. 

Ayuni menceritakan tentang kisah hidup teman baiknya waktu kecil, Norisha. 

Setelah ibunya meninggal dunia, ayah Norisha menyerahkan dia dan adik kepada datuk dan nenek untuk dipelihara, kerana ayahnya nak kahwin lain. Jadi, sejak kecil hidupnya berhadapan pelbagai masalah, serba kekurangan dengan datuk dan nenek yang sudah tua. Bersekolah setakat mampu dan setelah tamat belajar, Norisha terpaksa mencari pekerjaan untuk membantu datuk dan nenek juga adiknya. Bila besar, Norisha berkahwin dengan seorang anggota tentera unit komando... 
Ayuni sangka kawan baiknya itu hidup senang dah. Iyalah, dah ada yang  menjaga Norisha, kan? Ketika baru berkahwin dia sering berhubung dengan Norisha tetapi hubungan tu putus sebab Ayuni berpindah mengikut suami ke tempat lain. Norisha?

Setelah tujuh tahun berkahwin dengan dua anak, suami Norisha sering sakit. Biasalah, kalau dah sakit, asyik keluar masuk wad, jawabnya. Hospital jadi rumah kedua. Namun, doa Norisha tak pernah putus, mengharap agar suami cepat sembuh dan boleh terus bekerja. Waktu itu, datuk dan nenek dah meninggal dunia. 

Norisha takut. Takut terjadi sesuatu pada suami dan anak-anak menerima nasib yang sama seperti dia waktu remaja. Hidup yang susah. Malangnya, Allah menguji lagi. Suami Norisha disahkan menghidap barah otak. Kalau anda, apa yang anda buat? Pasrah? Norisha juga!

Bila dok sakit, tentu sahaja urusan kerja terganggu. Waktu itu, suaminya dalam proses menyambung perkhidmatan sebagai seorang tentera. Bagi yang tidak tahu, askar ni ada yang disebut askar 'regular' dan ada yang dalam perkhidmatan jangka pendek aje. 

Menurut cerita Norisha, sebelum mereka tahu tentang penyakit suaminya, tempoh perkhidmatan suaminya dalam tentera hampir tamat, dan suaminya mahu perkhidmatannya di sambung. Disebabkan sering berulang ke hospital, urusan berkenaan tidak dapat diuruskan dengan sempurna. Walaupun dia ada beritahu ketuanya.

Malangnya, tak ada sesiapa yang menguruskannya sebab suaminya lemah bila penyakitnya serius. Jadi urusannya tidak dibereskan dengan lancar walaupun ada ketika suaminya datang bekerja. Bila suami Norisha meninggal dunia, dan Norisha pernah bertanyakan pihak tertentu, status permohonan suaminya, semuanya beritahu akan diuruskan. Norisha harap sangat dapat duit pencen suaminya untuk membesarkan anak-anak. Tapi, malang, pihak tentera  cakapa ada kesilapan teknik. Mudah cakap, Tentera lepas tangan dan Norisha tak dapat pencen suaminya.
Puas Norisha naik turun pejabat pegawai tentera bertanyakan masalah pencen suaminya, semua kata ada kesilapan teknik sedangkan dia terpaksa menyara anak-anak sementara dirinya tidak bekerja.
Kerja tak ada, suami tak ada, duit tak ada, nak bayar sewa pun tak boleh maka, dia dan anak-anak dihalau keluar rumah sewa itu. Namun wanita gigih ini tak pernah lentur semangat. Sanggup turun naik pejabat kerajaan dan akhirnya dapatlah tinggal di flat PPRT.

Ingat dah habis? Belum lagi! Nasib malang Norisha tak tamat lagi. Dua tahun lamanya, dia dapat fibroid. Fibroid tu menyebabkan dia tumpah darah lalu keraplah tinggal di hospital. Macam mana nak dapat kerja tetap, kan? Lagi menyayat, tahun ini, doktor mengesahkan Norisha menghidap kanser darah.....

Marahkan takdir? Merungut?

Langsung tidak! Norisha hanya mampu menangis sambil cakap inilah suratan nasibnya sambil lahirkan kebimbangan, risaukan nasib anak2. Apa akan jadi kepada anak-anaknya jika dia tak bekerja kerana mereka masih belajar. 

Kepada pihak Angkatan Tentera, dan pegawai yang tahu kes arwah suami Norisha, tolonglah! Tolong bantu balu malang ini. Berikanlah padanya apa yang dia berhak dapat. Demi anak2 yang masih kecil itu! Yang masih bersekolah!

Kata Ayuni:
''Saya tidak dapat bayangkan kalau saya di tempatnya. Saya dapat rasakan betapa sayangnya Allah kepadanya sehingga diduga sedemikian rupa. Saya ceritakan ini kepada pembaca agar mereka boleh membantu terutama pihak tentera yang bertanggungjawab kerana suaminya pernah berkhidmat sebagai komando tentera. Saya berharap ceritanya ini menjadi teladan pada semua wanita betapa tabahnya wanita ini menghadapi pelbagai dugaan dari kecil sehingga dewasa. Kalau anda pernah menonton filem kesusahan seorang wanita di televisyen dan layar perak, rasanya penderitaan Norisa lebih teruk lagi." 
Kepada pihak pemerintah yang terkenal dengan slogan 'Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan', dahulukanlah bantuan kepada masalah Norisha. Bantulah dia! Bantulah dia!
....................

Insaflah diri. Bahawa, jika kita fikir kita ni dah terlalu menderita, pasti ada yang lebih sakit, kecewa, susah, malang dari kita!!!

Ulasan

  1. Klu kat Arab Saudi, kerajaan sana tempat kan janda2 disuatu tempt khas, di beri perlindungan khas oleh kerajaan Arab Saudi harap Malaysia pun boleh rakyat Ada 28 juta apasalahnya Ada satu badan utk ibu tunggal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada dah kan... banyak ngo berkaitan ibu tunggal ni. tapi, apa yang dia bantu, wallahualam...

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…