Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Anda pernah dengar tentang Akta Bukti 2012? Mulai hari ini ia menjadi dan disebut Akta Bukti (Pindaan) (No 2) 2012. Hari ini, 1 Jun, 20...

Akta Bukti (Pindaan) (No 2) 2012 : Apakah?

By Jun 01, 2012



Anda pernah dengar tentang Akta Bukti 2012? Mulai hari ini ia menjadi dan disebut Akta Bukti (Pindaan) (No 2) 2012. Hari ini, 1 Jun, 2012, akta ini mula berkuatkuasa.  

Apakah sebenarnya Akta Bukti 2012? 


Jika anda pemilik komputer riba + ada blog @ laman web @ laman sosial seperti facebook @ laman twitter, anda harus alert dengan akta ini, okey! Kenapa? 
Kita bertanggungjawab untuk apa-apa jua yang dipaparkan di laman web yang kita miliki dan beban kepada kita untuk membuktikan yang kita tidak bersalah, tidak pada pihak pendakwaan ia terus membuktikan salah.
Tak faham? Contoh!
Seseorang memberi komen yang dianggap bertentangan atau menghasut atau fitnah tetapi kita tidak boleh membuktikannya kerana orang tersebut menulis atau menaip komen di lokasi yang tidak diketahui. Salahnya kepada pemilik laman web dan bukannya orang tersebut dan tugas pemilik laman web membuktikan mereka tidak menulis komen tersebut. Bayangkan seseorang yang berada di Brazil atau Belgium atau Jepun yang menulis komen dengan IP berlainan, kita perlu membuktikan sendiri yang kita tidak terlibat.
Sebab itu, kita perlu alert dengan akta ini. Jangan nanti dah kena, baru terngadah. Tak mahulah, kan?

Ini apa yang Menteri di JPM, Nazri Aziz cakap dalam paper tempatan semalam.
Dia menafikan bahawa pindaan kepada Akta Keterangan itu adalah satu cara bagi kerajaan untuk mengekang perbezaan pendapat secara online dengan membuat internet lebih sukar atau mengekalkan 'kejahilan' yang digunakan sebagai alasan. Dia cakap/mendakwa, undang-undang telah diperketatkan kerana tidak mahu orang dengan samaran berleluasa memberi komen dengan fitnah atau mengancam orang lain.
Dalam sini, AH Mohd Daunpisang menulis::
Kesan undang-undang ini yang dilakukan secara tergesa-gesa dalam senyap-senyap boleh mendatangkan kesan buruk kepada masa depan internet negara atau cara manusia berfikir.
Apa kata pembangkang?
- Lim Guan Eng tak puas hati dengan alasan diberikan Nazri. Lim cakap, akta ini akan memudahkan kerajaan untuk memulakan pendakwaan pilih bulu termasuk ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil.


Takut nanti, seseorang yang secara tradisinya dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah tetapi akta baru ini memberi impak yang lain. Takut timbul isu 
double standard masa nak implemen. 

Apa yang difahamkan dalam kenyataan Nazri tu, kan, di bawah Akta yang dipinda, beban beralih kepada pemilik komputer riba itu atau akaun supaya kita boleh mendapatkan sumber itu (yang komen fitnah atau hasutan).

Apa yang anda fikir pindaan kepada akta yang baru diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan lepas? Dalam satu aspek, ia bertujuan membawa penghantar dan 'stalker' yang menghantar komen benci tetapi agak lain apabila pengguna internet yang tidak bersalah perlu bertanggungjawab bagi sesuatu perbuatan yang mereka tidak ada kena mengena langsung.

Pada asasnya, ia bererti pemilik akaun Internet akan bertanggungjawab bagi apa-apa jua yang disiarkan di laman blog beliau, halaman Facebook, Twitter dan sebagainya. 

Apakah ketetapan pindaan akta itu? Baca:-

1. Jika nama anda, gambar atau nama samaran muncul di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai pengarang, anda dianggap telah menerbitkan kandungan tersebut.

2. Jika posting datang dari Internet atau akaun telefon anda, anda disifatkan sebagai penerbit melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

3. Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang diterbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penerbit melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

Adil tak? Kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, 
Pemilik akaun Internet di mana benci mesej telah didapati ditulis dalam laman itu dengan mudah dapat menangkis tuduhan terhadap mereka jika mereka tidak bersalah.
Macam mana? Contoh!
Jika anda boleh membawa saksi mengatakan bahawa anda langsung tiada di tempat yang berhampiran dengan komputer anda atau mana-mana peranti lain berkomunikasi ketika masa mesej itu dihantar, anda tidak bersalah.
Senang, kan?
..........................


p/s: Bagi aku, hmm... tulis e-cerpen, e-novel aje la! Toksah dok hentam sesiapa. Takut nanti, kena... susah pula! Tapi, boleh ke? Kalau dah rasa gerammm sangat? Macam mana? Tepuk dada, tanya iman!


Terima kasih kepada penulis di atas. 

You Might Also Like

2 comments

  1. akta bodoh sekat kebebasan internet

    BalasPadam
  2. nak buat camne, kuasa di tangan mereka. ops, ni pun dah boleh kena nih.. hehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.