Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7 “Tak nak! Tak nak kahwin! Tak nak kahwin! Tak nak!!!” jerit Mina sambil hentak-hentak kaki. Mukanya masam mencuka. Ada air mata ...

Ada Untuk Mu 7

By Jun 18, 2012



7

“Tak nak! Tak nak kahwin! Tak nak kahwin! Tak nak!!!” jerit Mina sambil hentak-hentak kaki. Mukanya masam mencuka. Ada air mata hendak menitis di pipi. Yang sakit hati, emak dengan ayahnya sedikitpun tidak menyokong dia. Malah, lebih suka diamkan diri.

“Saya dah cakap, tak siapa sokong awak kali ini, Mina. Sebab awak tak ada alasan hendak menolak saya lagi, tahu tak?” Safwan relaks duduk di atas kerusi. Begitu juga dengan yang lain-lain. Ayahanda, bonda.. hisy, tak payah ikut formal sangat. Ayah, mama, nenek, dan adik-adik lelaki itu turut ada di sekeliling mereka. Santai sahaja tanpa sedikit pun rasa kekok berada di pondok kecilnya ini. Tanpa sedikitpun peduli biarpun terpaksa duduk bersila di atas lantai.

“Awak, cita-cita saya belum tercapai lagi!” Mina memberitahu. Yakin bahawa kali ini     alasannya cukup kuat untuk menghalang pernikahan yang sudah diatur ini. Sungguh Mina rasa tidak selesa dan tidak gembira. Dekat setengah bulan dia sakit, terlantar di hospital, tahu-tahu, bila keluar sahaja, ini berita pertama yang dia dengar. Sakit hati betullah!

“Jangan nak bohong, girl! Jangan nak cari alasan lagi. Semua hajat, semua keinginan yang awak beritahu awak ada menyimpannya dulu, masa mama lamar awak, sudah tercapai. Awak nak saya sebut satu persatu?”

Kata-kata Safwan menyebabkan Mina menatap wajah ibunya. Fatimah hanya mampu menyeringai. Itu bererti, dia sudah membongkarkan semua yang patutnya menjadi rahsia mereka berdua. Takkan Mina hendak marah pada emaknya? Geram adalah tapi hendak naik angin? Mustahil!

“Saya tahu, dengan keadaan kesihatan awak sekarang, awak tak mahu suasana riuh rendah dan ‘grand’ sangat masa kita kahwin nanti. Sebab itu, saya dah atur semua dengan keluarga kita. Kita hanya akan jemput keluarga terdekat kita sahaja,”

“Tak nak!”

Safwan hilang sabar dengan sikap Mina. Dia bangun dan bergerak laju ke arah gadis itu. Mina yang masih lemah, tidak mampu hendak ke mana-mana. Teguh berdiri menanti lelaki itu menghampirinya.

“Kalau nak kena cium depan semua orang, cakap macam gitu sekali lagi!” gertak Safwan. Hatinya macam nak pecah tengok rupa Mina yang kelihatan ‘kecut’ itu. Makin hendak ketawa apabila gadis itu menekup mulutnya.

Safwan patah balik untuk duduk. Mina menjelirkan lidahnya. Geram!

Amin pandang wajah Safwan. Dia tidak meragui kasih sayang lelaki itu terhadap anaknya. Sejak Safwan datang menjenguk Mina sebaik mendengar tentang keadaan anaknya itu, kasih sayang yang ditunjukkan melimpah ruah dan dia amat berterima kasih, bersyukur kepada Tuhan yang telah menemukan anaknya dengan lelaki ini. Cuma, dia faham kenapa Mina berusaha sedaya upaya untuk menolak.

Anaknya menghidap penyakit yang serius. Amat serius iaitu penyakit barah paru-paru. Sebab itu Mina seboleh-bolehnya ingin menolak. Mungkin, dalam fikiran Mina sekarang, Safwan hanya bersimpati kepadanya?

“Saya ni pesakit kanser, Safwan,” lemah Mina memberitahu.

“Habis, pesakit kanser tak boleh kahwin?” balas lelaki itu.

“Saya nak jaga diri saya pun tak boleh. Kalau kita kahwin,”

“Bila kita kahwin, saya jaga awak, Mina.”

“Nanti awak jemu jaga orang sakit!” sela Mina.

“Kuota saya ada tiga lagi. Kalau awak menjemukan saya, saya kahwin lain,”

“Safwan!!!” Tengku Anis dan Tengku Azni menjerit. Geram dengan jawapan Safwan kepada soalan Mina yang kelihatan serius. Wajah itu tidak ceria.

“Alah, saya melawak aje. InsyaAllah, saya tak akan lakukannya. Hai la... nak dapat yang seorang inipun, dekat lima tahun saya tunggu, mama. Jenuh nak buat dia faham yang saya suka dia saja. InsyaAllah, saya janji, saya tak akan pudarkan rasa cinta saya ni,”
“Nanti saya akan keluar masuk hospital, Safwan. Nak buat segala macam rawatan untuk kanser. Kena kemo lagi. Nanti jadi botak. Masa tu, masih ke awak sanggup dengan saya?” Sungguh-sungguh Mina bertanya soalan yang melingkari otaknya sejak dia tahu tentang penyakitnya. Safwan, baginya, mungkin ikhlas sekarang. Tapi, nanti, bila rambut dah tidak tumbuh lagi di atas kepalanya? Bila dia sudah terketar-ketar, masihkah ada cinta?

“Tak ada benda yang kekal dalam dunia ni, Mina. Jadi, apa yang hendak ditakutkan? Takut saya hilang kasih sayang? Tak semestinya sebab awak sakit aje. Kalau dah tak suka, awak segar bugar, pun, saya boleh tinggalkan. Saya tak nak janji untuk jadi suami terbaik tapi, apa kata kita beri peluang pada hubungan kita ni?”

Mina diam. Masih berfikir lagi.

Safwan geleng kepala. Susahnya nak pujuk Mina, fikirnya. “Mina, berdosa tau berbohong,”

Mata Mina jadi sepet. Bila pula dia menipu Safwan?

“Lupalah tu? Kata, rindu pada saya? Kata, nak bagi hati pada saya. Kata, sukaaaaa sangat pada saya....”

Muka Mina dah merah. Malu! Safwan ulang balik ayat yang ditulisnya dalam SMS. Arghh! Tapi, dia jawab juga! “Itu semua dah terbatal sebab awak tak balas SMS saya. Dah tak ada makna dah,”

“Mina, kau ni teruk betul la! Saja nak dera Safwan, ya? Orang dah ajak kahwin tu, maknanya dia ada hati pada kau! Apa kisah dia balas SMS ke atau dia tak telefon ke? Yang penting, dia nak kau! Dia serius nak kahwin dengan kau. Bukan macam mamat kat sebelah aku ni. Cakap cinta dah banyak kali tapi, nak masuk meminang pun tidak. Bila tanya bila nak kahwin dengan aku. Tungu dulu! Tunggu dulu! Kau nak macam tu?” Ira membela Safwan sambil mengkritik buah hatinya, Adha. Bukan apa! Sengaja hendak Mina nampak dan membuat pertimbangan. Orang dah bersungguh, ikut sahajalah!

Mina tahu, tidak berguna dia mengeluh. Tidak berguna jika dia menangis pun. Yang terjadi tetap terjadi. Jarum jam bukan boleh berputar balik. Jadi, apa kata kalau masa yang ada di isi dengan kebahagiaan? Dan kebahagiaannya.... tentulah bila bersama Safwan.

Dia ingin bersama lelaki itu membina malhligai cinta mereka. Sekejap atau lama, dia redha. Asalkan dapat meniti hari-hari mendatang dalam kehangatan cinta Safwan yang tidak perlu dipertikai. Sakit? Setiap penyakit ada ubat, kecuali mati. Jadi, dia yakin, Safwan akan berusaha membantu dirinya mendapat rawatan terbaik untuk penyakitnya ini. Tidak ada keraguan tentang itu.

“Mina, sayang. Semua orang dok tunggu jawapan Mina ni?” ibunya berbisik perlahan.

Mina bangun, sedikit terhoyong hayang. Cepat-cepat ibunya memeluk bahu. Begitu juga dengan Tengku Anis.

“Saya teringin nak buat macam tu, Mina. Bila kita kahwin, saya tak akan lepaskan awak atau biarkan awak jatuh tanpa saya pegang. Mina, biar sedikit manapun masa itu, berikanlah pada saya. Boleh, ya?”

Sebak rasa hati mendengar kata-kata lelaki idamannya itu. Tapi, dia terlalu letih sekarang. Dia hendak berehat. Dia hendak tidur.

“Mak, Mina nak tidur, mak. Mintak maaf, semua, ya...Assalamualaikum,”

Mina dipimpin ke bilik oleh dua orang wanita. Yang seorang, ibu kandung, wanita yang amat menyayanginya. Yang seorang lagi, Tengku Anis, wanita yang amat mengkagumi peribadi Mina. Dia dibaringkan, ditemani seketika.

Tengku Anis yang  sebak melihat wajah pucat itu, segera bangun. Ingin segera beredar sebelum Mina melihat dia menangis. Mina tak suka jika orang menangis kerananya. Dia pegang kata-kata Fatimah yang pernah meminta agar tidak sesiapa menunjukkan kesedihan di hadapannya. Namun, ketika ingin melangkah Mina memegang tangannya. Tengku Anis berpaling. Wajahnya penuh tanda tanya.

“Mina nak jadi isteri Safwan,” kata Mina sambil tersenyum.

“Betul ni?” Tengku Anis bagaikan tidak percaya mendengarnya.

Mina mengangguk. Wajah ke dua-dua wanita direnung silih berganti. “Mama dengan emak siapkanlah apa yang patut, ya. Buatlah macam mana pun asalkan kami kahwin,” ujarnya malu-malu.

Tengku Anis cium pipi Mina bertalu-talu. “Mama nak keluar, nak sampaikan berita baik ini. Mina rehat, okey,”

Mina tersenyum. Mata terpejam semula. Sentuhan lembut ibunya di pipi terasa hangat dan penuh kasih sayang. Mengantuknya.... hati berbisik. Mengantuk.... Seperti biasa, bacaan-bacaan sebelum tidur yang diajar oleh ayahnya untuk dibaca, meniti bibir.

Fatimah sebak melihat seraut wajah itu. Hatinya sayu..... Namun dalam pasrah, dia berharap agar masih ada hari esok untuk Mina. Agar masih ada peluang untuk Mina mengecap kebahagiaan bersama Safwannya. Semoga masih ada.....
    

You Might Also Like

12 comments

  1. Wuuwuwuuwuwuwuuwuuu.. Sedihhhhhhh!!
    Mudah2ann mina semmbuhhh

    BalasPadam
  2. kak sofi..airmata ini jatuh,membasahi pipi..
    syaduhnya..semoga mina dan safwan mampu berbahagia..lama atau sebentar,bukan ukuran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah nanti akan bersatu juga hehe

      Padam
  3. jalan cerita ni sedih,..tp ayat2 dia sempoi je,...nak menangis pun xjadi. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan nangis hehe... just a story, k!

      Padam
  4. Waaa, sedih. Moga kebahagiaan bakal jd milik mereka.

    BalasPadam
  5. moga2 mereka bahagia.....

    happy 26th annivesary utk kak sofi...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.