Langkau ke kandungan utama

Ada Untuk Mu 5

5

Mina sudah mendapat kerja. Jadi pembantu kepada pembantu peribadi, Pengurus Besar Syarikat Hartanah Murni. 

Sudah setahun lebih dia bekerja di sini. Jauh daripada hiruk pikuk Kuala Lumpur. Jauh daripada Safwan. 

Kehidupannya sibuk. Masanya terhad untuk diri sendiri. Rutin hidupnya dari Isnin sampai ke hari Jumaat, sama sahaja. Awal pagi, keluar rumah, naik bas dari Kulim ke Bukit Mertajam. Elok sampai ofis, punch kad aje, dia akan bekerja dengan penuh dedikasi. Kalau rajin, pergi makan tengah hari dekat kedai mamak berhampiran. Kalau rasa bajet sudah lari, dia puasa. Jadi, tak siapa dok ajak-ajak, paksa-paksa pergi makan. Hampir dua belas jam berada di pejabat, biasanya lepas solat Maghrib di surau, baru boleh balik. Biasanya,  pada waktu ini, ayahnya akan menunggu. Senang, balik dengan bapak! 

Sebaik berjaya dalam temuduga, dia dan keluarga berpindah balik ke kampung halaman di Junjung. Ayahnya bukan lagi seorang pemandu teksi tetapi dengan duit simpanan yang ciput, bolehlah buka kedai runcit yang kecil. Hidup lebih teratur. Lebih aman. 

Safwan pula? Apa cer? 

Safwan sedang mogok. Mogok dengan dia. Tak nak telefon. Tak nak bercakap. Tak nak ada apa-apa kait mengait dengan dirinya. 

Okey! Fine! 

Pada Mina, hubungan mereka sudah putus. Isk, hubungan apa yang mereka ada? 

Macam ni! Kan masa pergi makan malam tu, Mina sudah dilamar dan jawapannya, dia sudah pengsan. Ingat lagi? Masa tu, bila sedar sahaja, dia terus cakap dengan Safwan, dia nak balik. 

"Tapi anakanda belum berikan jawapan lagi," Tengku Faizal bersuara sebaik dia memberitahu hasratnnya untuk pulang ke rumah. 

Mina garu kepala. Tak gatal pun tetapi, entah, tiba-tiba rasa nak garu, kan? 

"Mina, setuju ajelah! Nanti, mama hantarkan rombongan ke rumah," Perempuan elegan itu menarik keluar cincin yang tersarung di jari manisnya dan memasukkan cincin itu ke dalam bekas velvet warna biru. Bekas itu dihulurkan kepada Mina. "Ambil ni, berikan kepada ibu Mina. Cakap pada dia, mama kirim salam," ujar Tengku Anis.

Mina terus berlutut tanpa mengambil bekas yang dihulurkan itu. Dia pandang wajah semua orang sambil tersenyum. Membuat masing-masing tertanya-tanya apa yang ingin dikatakannya. 

"Mina?" Safwanlah yang paling gelisah. 

"Saya rasa bertuah sebab Tengku sudi nak buat saya menantu keluarga ni. Tapi, saya minta maaf. Saya terpaksa menolak. Bukan sebab saya tak suka Safwan. Bukan! Tapi, saya memang belum bersedia nak kahwin,"

"Apa? Belum bersedia? Awak tak payah sediakan apa-apa, Mina. Semua saya akan bagi!" Safwan memberitahu dengan bangga.

"Oh, tentang harta semua, memanglah! Saya tahu tu. Tapi, Safwan, saya belum bersedia nak kahwin. Bukan dengan awak aje. Kalau Tengku Mahkota  Johor ke, Brunei ke, yang pinang saya sekarang, jawapannya tetap sama," Rasa pahit air liur yang ditelan bila muka Safwan yang menunjuk rasa marah dilihat. "Awak, saya ada cita-cita saya sendiri. Biarpun angan-angan saya tak tinggi mana, tetap saya nak tunaikan jugak. Saya,"

"Saya ingat, awak cuma impikan perkahwinan? Awak selalu anggap diri awak, Cinderella. Jadi, bukankah saya ialah Prince Charming awak? Apa lagi yang tak cukup? Kita kahwin and live happily ever after. Right?"

Mina sengih. "Saya memang suka baca kisah-kisah indah mereka. Snow White, Rapunzel, Red Riding Hood, Cinderella... Tapi, dalam hidup sebenar, dugaan banyak, awak! Hidup kita, bukan fairy tales. Hari ini, saya seronok dengan awak. Esok-esok? Macam tu jugak dengan awak. Hari ini, awak suka saya. Esok-esok? Saya tak ada keyakinan diri. Lagilah nak yakin dengan awak. Jadi, macam mana nak hidup sama?"

Safwan terngadah. Sungguh, gadis yang selama ini kelihatan polos, dan lurus, panjang akalnya. Suka berfikir orangnya. Tak sangka. 

"Maksudnya cucunda tak sudi menerima lamaran Tengku Safwan? Tak menyesal?" tanya Tengku Azni. Tajam matanya memandang wajah gadis di hadapannya. 

Mina geleng.  

"Tawaran begini tak datang selalu, Mina. Mama mungkin ubah fikiran semula. Mungkin mama akan carikan gadis yang lain untuk Safwan?" ugut Tengku Anis.

"Kalau ada jodoh kami, insyaAllah, akan kahwin nanti. Tapi, kalau tak ada, tetap tak kahwin, kan? Tapi, sebenarnya, Safwan berhak dapat yang lebih baik. Saya rasalah, kan...." Mina pusingkan badan. Kali ni dia menghadap wajah Safwan. "Kenapa awak tipu saya? Awak cakap, saya hanya perlu jadi diri saya, kan? Tapi, sebenarnya awak nak kenalkan saya pada keluarga awak. Kalau awak tak yakin dengan saya,"

"Mina, sebabnya, saya takut jadi macam ni la! Tengok, awak dah tolak, kan?" Safwan pantas mencelah untuk membela diri. 

"Memang saya tak akan setuju. Sebabnya, kita tak kenal rapat. Sebabnya, awak ni kan, sempurna sangat untuk saya," Mina senyum bila mengucapkannya. 

Safwan? Kerut dahi! Sebab, dia tak faham ayat tu. Dia terlalu sempurna untuk Mina? Apa maksudnya?

"Safwan, kalau kita kahwin, insyaAllah, saya boleh sesuaikan diri dengan keluarga awak. Tapi, yang pasti, awak tak akan boleh masuk dalam kelompok kami. Saya tak nak awak kekok bila berdepan dengan ayah, dengan mak, dengan sepupu, sepapat kami. Tak best! Awak tak selesa, kami pun tak selesa jugak nanti,"

"Apa? Awak ni kan Mina, cakap main lepas aje. Belum cuba belum tahu! Mana boleh awak hukum saya keras macam tu?" jerit Safwan. Marahlah tu!

"Sebab saya dah nampak! Sebab, saya dah pernah uji awak. Ingat lagi pada budak yang selekeh, yang nak cuci kasut awak kat tempat letak kereta hari tu? Hari temuduga tu?" tanya Mina. 

Safwan cuba ingat. Ouch...

"Saya yang suruh dia buat macam tu. Saya nak tengok sikap 'orang yang nak meminang saya'. Tapi, apa awak buat? Awak sepak dia. Awak tampar pipi dia. Sampai dia menangis lari tinggalkan awak,"

"Tengku Safwan!!!" Satu rumah menjerit. Bingit telinga. Pipi Safwan jangan ceritalah. Dah merah menyala menahan rasa malu.

"Saya sedih awak buat macam tu, Safwan. Apa salahnya kalau awak biarkan dia mengilatkan lagi kasut awak tu? Bukan lama pun! Lima minit pun tak sampai. Lepas tu, letaklah 50 sen di tapak tangannya. Dia orang miskin, Safwan. Dia mesti bersyukur dan doakan kebahagiaan awak. Tapi, awak? Sombong!"

Jadi, sampai sekarang, Safwan masih marahkan dirinya. Ujian yang diberi dianggap menjatuhkan ego kelakiannya. Malam tu, Safwan marah betul pada Mina. Cakap macam-macam sampai naik pedih telinga. Dan, kutukan Safwan menyebabkan dia bawa diri jauh ke utara. 

Safwan tahu tak dia ke mari?

Usah kata Safwan. Ira dan Adha juga tidak tahu. Kan lebih baik begitu? Kalau sahabat baiknya tahu, Habislah! Mereka bukankah tali barut Safwan? 

Mina tepuk dahi. Perasan! Safwan tak akan hubungi dia lagi! Entah-entah dia dah jumpa Princess Charmingnya. Tak mustahil, kan? 

...............

tak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati, k! hehe :) peace!!!
      

Ulasan

  1. cinta bukan semata2.kita kena fikir pnjang juga.tak salah mina buat mcm tu.dan klu da jodoh takkan kemana juga hehe..best kak sofi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong... cinta aje x jamin bahagia, kan?

      Padam
  2. alahai sofi, kenapa lah pendek sangat. bau baca alih2 dah habis

    BalasPadam
  3. oh, alahai. jauh Mina bawa diri. Takkan Safwan tak cari langsung kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. safwan sedang malu dik..nanti2 la cari hehe

      Padam
  4. wouisshhhh.teruknya perangai safwan tu! alaa...nape ras ependek sgt en3 ni..sambunglah lg cepat2 erk!! xsabar nk tau..

    BalasPadam
  5. nak lagi kak.... sambung cepat2 ye.... suka dgn watak Mina, wang bkn segalanya....

    BalasPadam
  6. mcm best je..x sbr nk tnggu next entry..

    BalasPadam
  7. Ekekkekke.. Aduhaii! Mr perfect tekkena rupanyaa.. Ptt la.. Bgs2 mina ni.. Xsabo nk tggu mina nakk wt aappa

    BalasPadam
  8. bgus mina..
    ajr safwan ckup2x...

    BalasPadam
  9. Kak Sofi,
    terbaiklah sbb Mina menolak..
    Dia pun ada KPI untuk Safwan!
    Agak2 Safwan meroyan tak sekarang ini,
    krana Mina dah jatuhkan air muka dia
    di depan keluarga sendiri..

    Sambung lagi ya...
    (Senyum baca sikap Mina yg. telus tp penuh perhatian!)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx... lurus pun kadang2 kena bertegas jugak

      Padam
  10. Kak Sofi,
    Terbaiklah n3 kali ini..
    Mina pun ada KPI yang tersendiri
    Agak2nya Tengku Safwan tengah meroyan
    kerana lamaran ditolak dan termalu
    kerana air mukanya dijatuhkan di depan
    famili sendiri.

    Senyum dengan jawapan Mina yang telus
    tapi penuh perhatian..

    BalasPadam
  11. suka2...terbaik lah kak sofi ni...

    BalasPadam
  12. Kak Sofi...

    sori terpos 2x, sbb internet ada problem semalam..
    apa-apa pun Ija tunggu sambungannya...

    mesti skrg.ini T.Safwan tengah menung2 memerhati
    luar jendela di pejabatnya yang berada di tingkat 13

    he he.. merapu sekejap

    BalasPadam
    Balasan
    1. tentulah... tengah merindu setengah mati hehe

      Padam
  13. ada sambungan lg tak?
    pls sambung cik sofi

    BalasPadam
  14. "Saya ingat, awak cuma impikan perkahwinan? Awak selalu anggap diri awak, Cinderella. Jadi, bukankah saya ialah Prince Charming awak? Apa lagi yang tak cukup? Kita kahwin and live happily ever after. Right?"===>>. teringat kat cerita kreisya reisya...tp jln cerita serius lain.heheh.best....

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 gitulah.... biarlah berbeza dr hak org, kan??

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…