Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1 "Hoi" "Adoiii... sakitlah mamat! Meh aku lepuk kepala kau pulak!"  Ira geleng kepala tengok gelagat ...

Ada Untuk Mu 1

By Jun 08, 2012

1

"Hoi"

"Adoiii... sakitlah mamat! Meh aku lepuk kepala kau pulak!" 

Ira geleng kepala tengok gelagat dua orang kawan baiknya. Yang perempuan namanya Aminah Amin, mesra dipanggil Mina. Yang lelaki, mereka gelar Adha, singkatan untuk Aidil Adha. Kedua-duanya memang macam anjing dengan kucing, pantang jumpa mesti kelahi. Tapi, tak pernah pulak ada yang merajuk, atau masam muka. Dah lebih 12 tahun berkawan, tetap mesra. 

"Kau tengok apa, Mina? Khayal semacam aje? Dah macam orang angau dah," Adha masih hendak mengusik. 

Ira mengangguk. "Iyalah, Mina. Sejak dua tiga hari ni kau asyik macam ni. Asyik senyum-senyum, sorang-sorang, macam kerang busuk. Apasal?" tanya dia.

"Ya ke aku macam tu?"

Ira dan Adha balas-balas pandang. "Macam apa?" serentak mereka bertanya. 

"Laa, kan tadi Adha cakap aku macam orang sasau? Iya ke?" Mina inginkan kepastian. Tak naklah jadi sasau bagai. Muda lagi, kan. Baru nak habis semester dua. Minggu depan baru nak exam. Kahwin pun belum lagi, fikirnya dan senyum pun terukir. 

"Bukan sasau lagi dah. Dah di tahap kronik. Silap haribulan kena hantar ke Tanjung Rambutan," gerutu Adha. Rimasnya tengok Mina macam ni. Dah macam orang tak betul sejak kenal dengan Safwan Faizal.  

Siapa Safwan Faizal? Siapa lagi kalau bukan presiden Persatuan Romeo-romeo universiti? Entah macam mana dia dengan Mina boleh terserempak, entah. Tahu-tahu, Mina dah jadi macam burung pungguk rindu pada bulan. 

"Aku rasa dah jadi macam Cinderella, korang. Bayangkan, aku terjatuh kat dalam longkang tu. Dia tolong tarik aku bangun. Lepas tu, sebab aku dah tak tahu nak cakap apa bila tengok muka dia, malu lagi sebab nyaris tak baring dalam longkang tu, dia, dengan suara garau dia tu, tanya aku. Awak okey ke? Makk, luruh jantung aku ni," 

Adha juih bibir. "Yalah tu! Lepas tu, kawan-kawan dia gelakkan kau. Kau malu. Terus lari sampai tertanggal dua-dua kasut. Sampai kat bilik, melecet habis kaki. Kan?" sindirnya.

Mina gelak. "Tengok! Cinderella tinggal satu kasut aje. Aku tinggalkan dua-dua pada Prince Charming aku tu, untuk dia simpan buat kenangan," katanya riang. 

"Ada hati nak jadi Cinderella? Kalau muka tu lawa, tak apalah jugak. Weh, kau ni, Mina. Kalau nak sangkut pun, agak-agaklah! Anak orang kaya tu! Mana padan dengan anak drebar teksi macam kau?"

Sindiran pedas Adha buat Mina terus sedar diri. Ketawa pun dah berhenti sendiri. Muka dah kelat dah. 

"Tapi, Adha, Cinderella pun bukan puteri, tau! Dia pun orang biasa2 aje. Tapi sebab dah jodoh, dia dapat tackle si Charming tu. Jadi, tak mustahil kalau Mina pun berjaya pikat Safwan Faizal. Betul tak?" 

Mina tengok muka Ira dengan penuh rasa sayang. Terus peluk. "Kaulah kawan aku dunia akhirat! Sentiasa sokong aku, terima kasih," ucapnya dengan girang. Kegirangan itu tak bertahan lama sebab di muka pintu kafetaria sekarang, 'Prince Charming' sedang berdiri.berdua dengan tangan memaut pinggang seorang gadis cun melecun. Ouch, rasa hati macam kena gigit. Sakit dan pedih.

Adha gelak. "Kesian kau, Mina. putera idaman dah ada puterinya. Melepas!" bisiknya. 

Pasangan itu duduk di satu meja, di hadapan mereka. Nampak sangat mesra. Nampak sangat cocok. Sangat bahagia. Bila pandangan bertaut, Mina cepat-cepat toleh. Tak sanggup bertentang mata dengan putera idaman yang hensem. Nanti, jantung jadi tak normal. Nanti, hati berharap sedangkan dia tahu, antara mereka, macam langit dengan bumi. 
................

"Sayang, kenapa asyik tengok sana? Girls dua orang tu tak secantik I, pun! Tak kan you suka kat dia orang?"

Suara Leela mengejutkan Safwan. Mata yang tadi melekat pada gadis yang berbaju kurung biru terus tengok sebelah. Dia senyum lantas menyindir. "You cantik ke? I rasa, kalau you tak pakai mekap,  tentu I tak selera tau,"

"What? Sampai hati you, Saf, cakap I macam tu? Kenapa? You dah minat pada budak tu ke? Yang pakai baju kurung biru tu? Tudung macam tudung mak cik nak pergi pasar malam tu? Pergilah tackle dia. Biar jatuh saham you. Perempuan macam tu pun you boleh terpikat," Mulut jahat Leela menjerkah. Hati yang sedia sakit sebab Safwan mungkir janji, semakin geram. Kata nak pergi makan. Ingat nak makan di  Oasis Food Court: Portuguese Grill Fish , kat  Mid Valley. Boleh juga ajak shopping lepas tu. Rupa-rupanya di kafe universiti saja. Mana tak sakit hati?


Safwan bukannya minat sangat dengan perempuan berbaju kurung biru tu. Cuma, dia tertarik sahaja. Dia pun tahu yang perempuan tu 'out of his class!' Jauh! Kalau dia dah gila pilih budak tu, tentu gagal juga bila kena tapisan mama nanti. Menantu mama, takkan budak macam tu, kan? 

Teringat pada pertemuan pertama semasa di koperasi tempoh hari. 

"Adik, tolong abang, boleh? Abang ada hal sikit, jadi adik tolong fotostat, ya. Muka surat yang nak difotostat tu, dah abang tanda. Nanti, dalam sepuluh minit, abang datang balik," 

Ketika dia baru hendak mengatur langkah menuju ke kereta, satu suara halus menjerit lantang. "Awak! Berhenti! Berhenti, saya cakap! Awak dengar tak?" 

Safwan berpaling. Gadis yang dia minta tolong tadi sedang bercekak pinggang dengan muka langsung tak senyum. Merah padam pulak tu! Marahlah, katakan!

Melihat dia dah jadi pak pacak, gadis itu mendekat dan terus letakkan buku yang diamanahkannya untuk fotostat tadi. "Saya mintak maaf. Saya tak boleh tolong awak fotostat sebab saya dah nak balik. Suruh orang lain ajelah, ya!"

Masa itulah, gadis itu terus terjatuh dalam longkang kecil berhampiran. Itulah, dah buat dosa! Apa salahnya balik lewat sikit sebab tolong orang. Kan dapat pahala? Tapi, rasa kasihan menyebabkan dia hulur tangan dan angkat budak tu. Tak sangka pulak, geng semua nak gelak. Kesian tengok muka si dia dah merah padam. Lagi kesian bila tengok si dia lari dan tertinggal sepasang kasutnya. Nak panggil, tak tahu nama. 

Hmm, kasut! Nak pulangkan ke, tidak? Budak tu dah ada depan mata ni! 

"Aku rasa, kasut kau tu dia dah buang dalam tong sampah, Mina," Adha menuduh. 

Mina renung anak mata Adha. "Kau rasa dia tergamak ke buang kasut aku tu?" soalnya perlahan. Sebaklah pulak. 

Ira yang menyahut. "Tentulah! Kalau tidak, dia dah bagi kau dah. Bukan sekejap dia duduk di situ, kan? Takkan dia tak ingat pada kau kot?" 

Ya, betul tu! Lelaki itu nak simpan kasut dia ke? Kasut buruk tu? Bukan kasut kaca si Cinderella. 

Pipi dicubit-cubit. "Wake up, girl! Stop daydreaming. You are not his Cinderella and he is not your prince Charming. Say goodbye to your hopeless hopes!".  

You Might Also Like

16 comments

  1. wahhh....

    suka suka....

    tersengih2 baca mesti lagi menarik lepas ni

    sabar menanti sambunga

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx...
      akan bersambung nanti hehe

      Padam
  2. yippieee!!!
    nk lagi kak sofi...
    best la kak sofi ni..
    slalu je ada citer baru...
    menarik ar jln citer...

    BalasPadam
  3. klakar lak...
    mcm mna la rupa mina jtuh lngkang....

    BalasPadam
  4. ouh. sayu. hakhak. tp kak sofi, adha tu pompuan ke laki??

    BalasPadam
  5. aish, ketinggalan plak. huhu. tapi watak lelaki kerek ni memang saya suka. hehe :)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.