Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Seorang cantik, seorang tampan...begitu jodoh ditakdirkan..

Sudah rasmilah Irma bergelar seorang isteri. Tahniah!!! 
 Suka tengok mereka. Nampak sangat bahagia... Wah, tampan sungguh si Redza ni. jadi hero dalam novel kak sofi, boleh? satu keistimewaan... satu ketrampilan... indah 
berdebar2 lah tu...
Maaf, gambar tak ikut turutan. tapi yang penting, ada gambar irma dan suaminya. selamat pengantin baharu. semoga kekal bahagia dengan lindungan Allah juga.

Fitrah...

Untuk kita kongsi bersama-sama.... 

Nor Samsiah Omar shared Islam Itu Agamaku's photo. buat ingatan diri sendiri dan kawan-kawan juga
Hari ini mood tak berapa nak elok. 

Kalau anda perasan, novels semua dah tak ada. Kemudian anda langsung tak boleh right klik untuk copy. Maaf, terpaksa buat begitu. Anda akan faham kenapa aku buat begitu satu masa nanti. Enjoy reading what is inside okey...
Jika ada apa-apa nak tanya, silakan...

Segarkan badan tu...jom!

Bagi yang tak sabar2 hendak membaca Cinta si Kasanova 7.... jenguk2 selalu ke blog ini nanti, ya... (haha, ayat nak kena baling ngan...)
Okey, anda rasa tidak berapa nak ber mood? Di sini ada beberapa tips. Seperti biasa, kak sofi dapat tip kesihatan ni daripada tulisan Nadia di Yahoo
Kita ni kan kadang2 jadi tak bersemangat nak buat kerja terutama kalau kita dah terlampau letih dengan kerja2 di pejabat. Betul, tak? Jadi....
Ikuti 3 tips ini untuk anda berasa lebih segar untuk bekerja dan menamatkan aktiviti harian anda! 
1 Curi masa untuk lelapkan mata Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi, pada waktu tengah hari cuba curi masa setengah jam untuk segarkan tubuh badan kita yang pasti memerlukan rehat dari segi fizikal dan minda untuk menamatkan hari bekerja dengan produktif. 
2 Minum air bersama hirisan sitrus Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas anda bangun dari tidur. Ini untuk mengejutkan metabolism anda untuk lebih berseman…

Kenali lelaki yang ingin benar-benar serius dengan anda...

Bila anda jatuh hati, anda pasti mengharapkan agar si dialah yang akan menjadi pengantin anda kelak. Kan? Hati anda sudah menjadi miliknya, tentulah anda mahu dia juga menyerahkan hatinya kepada anda. Soalnya, macam mana nak tahu si dia serius atau tidak dengan anda. Okey, di bawah ni ada beberapa tips. Sila buat bandingan dengan sikap si dia selama ini...
1. Bahasa tubuhnya. Jika si dia melihat ke dalam mata anda ketika bercakap, si dia sebenarnya memberikan sepenuh perhatian kepada anda berbanding rakan-rakan lain. Sekiranya ia melibatkan perbualan dari hati ke hati, dia akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dengan mengalihkan badannya ke arah anda dan memerhatikan ekspresi wajah anda. Ini adalah petanda bahawa dia ingin mengetahui apa yang anda sedang fikirkan.
2. Tanya kisah lama anda Jika dia bertanya tentang kisah silam anda, impian dan kemahuan anda, keperluan dan bagaimana anda mahu diinspirasikan olehnya, si dia sebenarnya sudah mula ingin mengenali diri anda lebih jauh.
3. B…

PASANGAN ASYIK BERASMARA DALAM SEMAK TIDAK SEDAR AKSI MEREKA DIRAKAM. SERAMNYA!

Sumber ambil dari SINI, Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya... seram pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi mereka. Kejadian ini berlaku entah kat mana tau. Tapi kat Malaysia juga. Punyalah besar saiznya. Dari perbualan mereka dalam video ini, penulis rasenya di J.B.
Gambar diatas tidak ada kena mengena dengan N3 ini. Cik abang ini adalah anggota yang sedang membuat pemantauan persempadanan kawasan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. 


Sumber: Resepirahsiaku.com

Jadilah orang yang baik...

Hari ini, kak sofi hendak berkongsi dengan anda pesanan daripada Sayyidina Ali bin Abi Thalib, menantu Rasulullah SAW: 
Katanya:
Jadilah kamu orang yang baik.


Orang yang baik....
     Bila ada, disukai
          Bila tiada, dirindui
               Bila mati, ditangisi

Janganlah kamu jadi orang yang jahat.


Orang yang jahat...... 
     Bila ada, dibenci
          Bila tiada, disukai
               Bila mati, disyukuri



Terima kasih kepada Ruehayue YoukandZai AzlieysharedAii (Official)'sphoto. Terbaeekkk la!

Cinta hingga kuburan.

Kawan-kawan, pernah tak mendengar kisah kesetiaan seorang lelaki? Hehe...biasanya, lelaki tak setia dalam bercinta, ya? Ada, ada yang setia sehinggakan apabila diri dicurangi, kesannya boleh membunuh jiwa. Tak percaya? Hayati kisah sedih di bawah. Tapi, terlebih dahulu jom berterima kasih kepada pemilik blog bernama gemasindah.
Suami ini dinamakan sebagai Mazlan (bukan nama sebenar). Gemasindah mula mengenali Mazlan ketika mengajar si Mazlan di sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan. 

Mazlan merupakan anak muda yang bercita-cita tinggi. Pertama dia berhajat untuk menjadi jutawan sebelum berumur 45 tahun. Kedua, setelah menjadi jutawan dia berhajat untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Hajat dan cita-citanya ini disampaikan kepada gemasindah semasa Mazlan berada di tingkatan 5. 
Mazlan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Bangi. Semasa di tahun pertama beliau bertemu dengan saorang gadis tinggi lampai yang jelita dan be…

Sakit hati dapat adik ipar perangai macam ni.

Saya seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan, berkahwin dengan  seorang eksekutif juga anak sulung dalam adik-beradik empat orang. Mentua saya berusia lewat 50-an dan telah kematian suami sejak 10 tahun lalu. Saya akur kehendak suami untuk tinggal bersama mentua selepas bernikah kerana tahu tanggungjawabnya terhadap ibu dan keluarga.
Salah seorang adik ipar seusia dengan saya dan bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat promosi produk kecantikan. Bekerja dengan syarikat kecantikan tentu memerlukan dia tampil cantik sepanjang masa. Memang adik ipar saya cantik, itu tidak saya nafikan jika tidak masakan syarikat tersebut mengambil dia bekerja. Sudahlah cantik pandai pula bergaya.
Tapi masalahnya dia bergaya dengan barang-barang milik saya. Seperti dia, saya juga suka menjaga penampilan dan gemar mencuba fesyen terkini. Saya ada banyak koleksi tas tangan, kasut, aksesori, barang kemas, alat mekap dan sebagainya yang menjadi kegemaran wanita sekarang. 
Ipar saya ini selalu pinja…

Ada Untuk Mu - edisi cerpen penuh

1
"Hoi"

"Adoiii... sakitlah mamat! Meh aku lepuk kepala kau pulak!"

Ira geleng kepala tengok gelagat dua orang kawan baiknya. Yang perempuan namanya Aminah Amin, mesra dipanggil Mina. Yang lelaki, mereka gelar Adha, singkatan untuk Aidil Adha. Kedua-duanya memang macam anjing dengan kucing, pantang jumpa mesti kelahi. Tapi, tak pernah pulak ada yang merajuk, atau masam muka. Dah lebih 12 tahun berkawan, tetap mesra.

"Kau tengok apa, Mina? Khayal semacam aje? Dah macam orang angau dah," Adha masih hendak mengusik.

Ira mengangguk. "Iyalah, Mina. Sejak dua tiga hari ni kau asyik macam ni. Asyik senyum-senyum, sorang-sorang, macam kerang busuk. Apasal?" tanya dia.

"Ya ke aku macam tu?"

Ira dan Adha balas-balas pandang. "Macam apa?" serentak mereka bertanya.

"Laa, kan tadi Adha cakap aku macam orang sasau? Iya ke?" Mina inginkan kepastian. Tak naklah jadi sasau bagai. Muda lagi, kan. Baru nak habis semester dua. Minggu …