apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.5.12

Tetamu hati - edisi cerpen penuh

Kepada yang inginkan pengakhiran dan kesimpulan terbaik untuk semua orang dalam Tetamu Hati, bacalah citer ni sampai habis kerana ada yang menarik untuk anda....

1

Kalau aku boleh menyorok, ingin aku sembunyikan diriku daripada Azura yang tak habis-habis mahu mengganggu. Rimas betul aku dengan sikapnya. Tak tahu langsung nak mengaku kalah. Aku kunci pintu, dia cari kunci pendua dan masuk dalam bilik aku ni. Datang tayang muka monyok dia depan aku yang sedang enak baca novel. Dia tengok muka aku yang cun ni dengan sepasang mata yang sengaja dikuyu-kuyukannya. Hisy, lemas!  

"Bolehlah, Kay. Please!! Aku dah janji dengan Ash. Nanti dia marah aku sebab kawan dia tak ada teman. Sekali ni aje, Kay. Tolonglah!" rayunya entah untuk kali ke berapa.

Aku tutup novel. Aku tatap mata dia tajam-tajam. Tapi, kawan aku ni sikitpun tak hairan dengan jegilan aku tu. Isk, sakit hati betullah! Sudahnya, terpaksalah aku bersuara jugak. 


"Berapa kali aku nak cakap yang aku tak nak pergi ke mass night tu. Aku tak suka pergi kem askar. Tak suka pergi ke wisma perwira, jumpa pegawai-pegawai tu semua. Aku tak minat! Faham tak ni?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak minat? Kau jugak yang cakap, kau, kalau nak kahwin, kau nak kahwin dengan lelaki yang pakai uniform. Ni, dah ada peluang nak cari calon suami, kenapa menolak pulak?" Azura menempelak.


Aku nyaris bisu dibuatnya. Hampir KO. Rasa nak tampar-tampar mulut aku yang pernah cakap bukan-bukan begitu. Sebab itu, lain kali, jaga mulut. Kalau tak ada benda penting nak cakap, baik diam! Sebab, kalau dapat kawan macam Azura yang punya daya ingatan 110%, memang hancurlah jawabnya. Sampai ke akar umbi dia cari akal untuk mengganggu gugat ketahanan diri aku ni hah. 

Memang dulu aku pernah cakap macam tu. Memang aku minat sangat dengan lelaki yang bekerja dengan memakai uniform. Askar atau polis, kastam ke... hmm, aku minattt... sangat! Tapi, bila dah semakin berumur ni, minat tu hilang dengan sendirinya. Mungkin kerana aku tak fikir yang aku ada peluang untuk berkenalan dengan mamat-mamat segak itu. 

Di sekolah, tempat aku mengajar, ada juga cikgu-cikgu yang pakai uniform pada hari Rabu. Ada yang pakai uniform pengakap, ada yang pakai uniform KRS, yang pakai pakaian seragam polis pun ada. Tapi, majoritinya dah kahwin. Dahlah bilangan guru lelaki di sekolah boleh dibilang dengan jari, yang ada itu pulak kebanyakannya sudah berpunya. Maka, anak dara macam aku ni, yang sudah menjengah usia 28 tahun, hanya mampu gigit jari aje la!

"Kay! Khairiyah binti Mohd Aizat, kau dengar tak apa aku cakap ni?"

Angguk aje, senang. Azura ni, kalau naik darah, susah aku nanti. Alamat jalan kaki pergi ke sekolah. Mahu patah kaki aku esok, hehe....

"Nama dia Ziyad Irsyadi bin Abd Fatah. Umur 32 tahun. Dia tu kapten. Kalau tak silap aku, dia dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera. Pemegang ijazah Kelas Pertama bidang kejuruteraan Mekanikal di UPNM. Anak pasangan guru yang berasal dari Kuala Lumpur. Apa lagi yang kau nak tahu? Cakap cepat. Boleh aku SMS Ash lagi," 

Rasa nak ketawa aku dibuat Azura. Sanggup berbalas-balas mesej dengan pakwe dia, si Ashman, hanya untuk mengetahui tentang lelaki yang seorang tu. Pelik betul! 

Kutarik tangan Azura supaya dia duduk di hadapanku. "Aku tak faham, kenapa lelaki tu mintak tolong Ash carikan dia teman untuk pergi ke majlis tu. Dia tak boleh cari sendiri ke? Bawak sendiri kekasih hati dia?" 

Azura ketawa. "Oh, jadi, itulah sebabnya, ya? Kau takut kalau-kalau dia ni tak hensem, eh?"

Aku senyum kambing. Malu kena tembak dengan Azura. Dia ni, serba serbi tahu. Kaypoh betul!

"Untuk pengetahuan kau, Kay, Ziyad ni malas nak pilih," 

Pelik bunyinya. Malas nak pilih? Pilih apa? 

"Pilih antara yang ramai-ramai berderet nak ikut dia. Sebab itu dia suruh Ash carikan. Dia tak mahu nanti ada antara girlfriend dia tu merajuk,"

Aku naik hantu la. Apa, dia orang ingat aku ni tayar ganti? 


Belum kenal lagi aku dah tak berkenan dengan si Ziyad ni. Ewah, banyak sungguh makwe sampai tak tahu nak pilih, ya? Habis, aku ni nanti dia nak kenalkan sebagai apa? 


Tapi, Azura...

"Macam ni la, Kay. Kau tak suka askar dah, kan? Ziyad pulak tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Just go, sekali ni aje. Lepas tu, korang bawak haluan masing-masing. Boleh, kan?"

Hisy, macam manalah agaknya rupa si Ziyad buaya tu, kan? Harap-harap nanti, jangan dia ngap aku, sudah... Aku dah la tak pernah bercintan cintun nih! Nanti kalau tangkap lentuk, susah, kan? 

Come on, Khairiyah! Perkara kecik aje tu! Kay kan kuat? Takkan jatuh cinta pandang pertama punya! Cayalah!  
.................


2

Yang seronoknya bila pergi ke majlis formal begini, tentulah masa makan. Wah, tertib aje semua duduk menanti makanan dihidangkan. Lepas satu, satu 'course' diletak di hadapan untuk dijamah. Aku paling suka masa makan sup. Ada roti, aku cecahkan aje roti tu dalam sup cendawan yang pekat. Makan pelan-pelan macam akulah perempuan Melayu paling sopan, kihkihkih....

Ziyad Irsyadi? Ada kat sebelah aku ni. Tapi, percaya atau tidak kalau aku cakap, sejak aku masuk dalam kereta dia, aku jadi minah bisu. Sikitpun aku tak bercakap dengan dia. Kenalkan diri aku pun tidak. Perasanlah jugak yang dia sering jeling-jeling pada aku, tapi tak kisahlah! Tengoklah! Pandanglah! Peduli apa aku....

"First time, saya bawak perempuan bisu ke 'mass night', tau," 

Eeeii, baru aje kukutuk dia, dia dah bisik-bisik kat telinga aku ni pulak.  Tak kuasa nak jawab! Biarlah dia nak cakap aku bisu pun, aku tak kisah.  Bisu pun, bisulah... asal dia tak ganggu aku sudah. Hehe...

Ziyad? Memang hensem orangnya. Tinggi. Kulitnya aku rasa, putihlah dulu. Tapi sekarang, mungkin kerana sudah sering berjemur di padang kawad, dah bertukar gelap sikit. Bila dia bercakap, memang cair dengar suara dia. Yang paling memikat tentu sahaja penampilan kacak dan bergaya bila mengenakan pakaian serba putih 'mass kit' itu. Makk aiii, memang menyerlah kelebihannya. Memang tumpaslah jejaka-jejaka lain yang ada di sekeliling kami. Malah, ramai juga gadis-gadis yang menjadi pasangan pegawai-pegawai lain, terintai-intaikan 'pakwe' aku tu. Hmm, rasa banggalah jugak...

"Betul ke awak ni bisu?" Aku mendengar soalannya. Nak tergelak pun ada tapi aku diamkan sahaja. Pelik rasa hatiku. Kenapa dia tanya begitu?

Malam berakhir sudah. Aku dihantarnya pulang. Wajahnya penuh bosan.  Aku yakin, lepas ni, dia taubat, tak ajak aku jadi teman dia lagi. Kerana, aku ini tak boleh dibawa ke majlis. Aku tak reti nak sembang, aku tak reti nak bergaul. Jadi, aku dah macam kera sumbang tadi. Azura pelik tengok muka aku. Asyman pun macam tak percaya sahaja. 

Sampai depan rumah, dia paling padaku. "Lain kali, tolak saja pelawaan Zura tu. Tak payah jadi teman saya kalau lagak tu macam takut benar dengan diri saya ni. Hello, saya tak ada penyakit berjangkitlah! Saya ni lelaki normal aje,"

Marah nampak? Apa aku nak jawab ni?

"Awak tak terpikat dengan saya, ke?" soalnya. Wah, perasan betul dia! 

Baru sekali keluar bersama, dah boleh terpikat ke? Soalan apa ni? Apa yang istimewa sangat tentang dia yang boleh menyebabkan aku terpikat padanya? 

"I guess not," dia jawab sendiri soalan bodohnya tadi. "Tapi," 

Dahiku sudah berkerut menanti. 

"Awak percaya tak kalau saya cakap yang saya dah terpikat dengan awak?"


"Apa?"


Dia ketawa. Isk, apa yang lucu sangat? Aku baharu hendak membalas, dia sudah mencelah sambil mata nakalnya merenungku tajam. 


"Aksi ganjil awak ni yang buat saya nak kenal awak lagi. Nak dekati awak. Saya tahu, awak sengaja nak buat saya bosan. Saya tahu yang awak tak nak ada apa-apa lagi antara kita. Kalau boleh, awak saya jauhkan diri lepas ni, kan? Awak silap, Kay, ops, Cik Khairiyah binti Mohd Aizat. Cikgu Khairiyah. Saya nak awak. And, insya-Allah, you will be mine," ujarnya penuh yakin.

Dadaku bergetar ketika mata kami bertentangan. Ah, di sinilah bermula kesilapanku. Orang kata, cinta bermula apabila mata saling bertatapan kerana cinta itu akan turun dari mata pergi ke hati. Akan menghadirkan satu rasa yang mula menghasilkan satu  ritma dalam hati. Maka, lagu syahdu pun berkumandanglah.... 

"Saya dah jumpa awak. Mulai malam ni, saya akan kejar awak, cikgu Kay. Larilah sejauh mana pun dari saya, tak apa. Kerana, satu hari, awak akan cintakan saya. Takdir jodoh kita dah tiba," katanya lagi.  

Inikah kelebihan seorang perwira negara agaknya? Tingkah penuh ketegasan, penuh karisma! 


Sesungguhnya, dia menggodaku. Dan aku? Aku? Aku hanya seorang wanita. Pastilah terpesona kerana pakej lengkapnya ini. Tapi, entah dari mana, suara emak berkumandang lantang di telinga ini....

"Mak tak mahu menantu yang kacak, segak dan bergaya, Kay. Kalau lelaki macam tu, tentu kamu dah lama kahwin dah. Tapi, mak nak kamu kahwin dengan lelaki yang terbaik. Biar sakit mata tengok dia, jangan sakit hati bila dah hidup bersama. Jangan tengok pada harta dunia milik dia sebab nanti,  bila mati, dia bawak kain putih aje."

Aku senyum. Faham maksud pesanan mak aku tu. So, Ziyad yang kacak lawa ini pun, tentu 'out' juga nanti. Mak tak akan setuju punya! Sebab, ciri-ciri yang mak mahu, tak aku nampak dalam diri lelaki ini. 


Habislah....
.................

3

Aku sedang berada di Giant, Wangsa Maju. Saja-saja isi masa lapang, berjalan-jalan ambil angin kat sini. Sambil-sambil tu, boleh juga cuci mata tengok beg tangan dan blaus yang cantik-cantik untuk kupakai sebagai belasahan ke sekolah. Member kat sebelah nampak macam risau pulak. 


Kenapa? Apa dia ingat aku nak pinjam duit dia ke untuk beli semua baju-baju ni? 


Kirim salam! Aku pun ada duit la. Belum sengkek lagi, alhamdulillah. 

Inilah antara sebab kenapa aku tak minat lelaki yang seorang ini. Namanya Zikri. Cikgu Zikri. Mengajar di sekolah yang sama denganku. Dengar khabar, dah lama menaruh hati padaku. Tapi, dia ni pengecut sikit, tak mahu berusaha memenangi hatiku ini. 

Nak tahu? Kami 'dating' hari ini pun, aku yang pelawa. Aku janji, semua 'on the house', maksudnya, minyak kereta dia, makan tengah hari, malah kalau dia nak beli apa-apa, aku belanja. Macam terdesak aje aku, kan? Tapi, mamat ni suka. Ah... lelaki!

Mengapa aku ajak Zikri keluar? Hmm, sebab, sebab si dia yang seorang lagi itulah! Si Ziyad tu! 


Aku terpaksa tebalkan muka ajak Zikri keluar sebab aku nak elak si Ziyad yang dah macam orang angau kat aku. Aku takut betul dengan dia. Dengan cara dia. Eeii, sangat-sangat bersungguh-sungguh dia nak memikat aku, seperti yang dikatakannya padaku dahulu. 

Kenapa aku larikan diri? Kenapa aku takut? Kenapa aku tak mahukan Ziyad? Sebab aku bodoh. Itu kata Azura padaku. Mungkin kot! Tapi, tak juga. 

Aku kurang yakin dengan Ziyad, itulah yang aku rasa. Ziyad Irsyadi sudah biasa dipuja gadis-gadis. Mungkin, dia mendekatiku kerana dia rasa tercabar dengan penolakanku. Aku simpulkan, dia minat pada aku sebab ego dia tercalar. Aku tak nampak keikhlasan pada dirinya. Yang aku nampak ialah kesungguhan untuk memiliki. Aku yakin, nanti, bila dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya, dia akan tinggalkan aku. Jadi, lebih baik awal-awal lagi aku mengelak. Senang!

"Hai, jumpa kat sini kita, ya? Apa khabar, Kay?" 

Baharu sahaja teringatkan dia, dah terjengul kat depan mata. Segaknya dia memakai seluar khaki dengan T-shirt berkolar warna hijau muda. Biasalah, pegawai tentera, kan? Sering menjaga penampilan. Kacak dan menawan. 

"Your date?" tanya dia lagi sambil mendekatkan dirinya padaku. "Tak boring ke keluar dengan dia? Dekat sejam jalan sana sini, cakap sepatah dua aje. Jalan jauh-jauh pulak tu?" bisiknya menyoalku. 

Bulat mataku merenung dia yang sedang tersenyum sinis. Ketika aku nak balas cakapnya, Zikri mencelah pula, "Kay, siapa ni? You tak kenalkan pada I pun,"

Amboi cikgu Zikri? Ber I - you pulak dah! Uisy!

Aku ingin memperkenalkan Zikri pada Ziyad. Biar Ziyad tahu dia tak ada tempat dalam hatiku ini. Tapi, aku silap perhitungan. Ziyad lebih cekap dari aku.

"Hai, saya Ziyad. Sebenarnya, maaflah... tapi saya kena beritahu awak, encik..."

"Zikri,"

"Ah, Zikri. Cikgu Zikri, ya? Actually, kita ni rivals. Musuh. Awak nak rebut gadis yang saya suka ni. Kay tak beritahu awak, ke?"

Selambanya dia! Mengaku macam tu pada Zikri? Sakitnya hatiku melihat sikapnya. Langsung tak peduli nak jaga maruahku. Tentu sekarang Zikri fikir yang bukan-bukan tentangku. Aduhai, kenapalah aku kenal dengan Kapten Ziyad Irsyadi Abd Fatah ni? Kenapa? 

"Kay? Tolong jelaskan pada I apa semua ni?" pinta Zikri lemah. 

Aiseyy man! Tak bolehkah Zikri berlagak macho sikit untuk berebut dengan Ziyad? Kenapa dia sangat-sangat lemah. Kalaulah dia sudi mempertahankan aku, mungkin aku boleh jatuh hati padanya. Tapi tengoklah tu. Macam nak mengalah saja....

"Saya tak ada apa-apa nak jelaskan pada awak, Zikri. Kita keluar, makan, jalan-jalan... itu saja, kan? Tak ada apa-apa niat lain," balasku tulus. Dan, leganya rasa melihat anggukan Zikri. 

"Then, I nak balik. Jom, I hantar you," 

Aku angguk sambil menjeling ke arah Ziyad yang tersenyum lebar. Dengan muka tak malunya, dia mengekori kami ke tempat parkir. Mungkin dia ternampak kerut di dahiku, cepat saja dia memberitahu, "Saya pun nak balik jugak,"

Tahu apa yang terjadi? Boleh pulak tayar kereta si Zikri tu pancit? Dua-dua tayar sebelah kanannya, leper menyentuh jalan. Kenapalah jadi macam ni?

Tiba-tiba Ziyad menghampiri kami dengan keretanya. "Kenapa tu?"

"Pancit," jawab Zikri dengan wajah 'blur'nya. 

Ziyad dah turun daripada keretanya. "Nak saya tolong tukar tayar?" tanya dia sambil menyingsing lengan baju. Nampak bersedia nak mulakan tugas. 

"Eh, tak payahlah, awak," Aku yang menjawab. Secara logiknya pun, tayar ganti cuma ada satu sahaja. Jadi, apa pun, kena panggil mekanik jugak, kan? Lebih baik terus telefon mana-mana kedai tayar berdekatan. Mudah!

Zikri memandang wajahku bila aku menolak pertolongan Ziyad. Lalu aku terus sahaja mengeluarkan wang kertas RM200 kepadanya. Sorok-sorok, kumasukkan dalam genggamannya. "Kat seberang sana kan ada kedai tayar? Awak pergilah ke kedai tu. Mintak tolong dia orang baiki tayar kereta awak tu,"

Zikri angguk. "Habis tu, you macam mana?" tanya dia. 

"Tak apa. Saya boleh hantarkan Kay balik," Ziyad tarik tanganku lalu menolak aku masuk ke dalam kereta Viosnya. Memang tak sempat aku nak cakap dan buat apa-apa langsung!

Bila agak jauh kereta bergerak, ketawa Ziyad meledak. "Hmm, puas hati saya ni! Ada hati dia nak tackle awak, eh? Lepas tu, punyalah baik, kan? Awak belanja dia macam-macam! Kenapa, Kay? Nak kata awak ni terdesak sangat, tidak! Tapi, tak rasa rugi ke berhabis duit untuk Zikri tu?" 

Ayat lain aku tak peduli tapi ayat yang pertama tu, aku tak faham. "Awak puas hati? Kenapa?" tanyaku, ingin tahu. 

"Sebab saya dah pancitkan tayar kereta dia," Hahaha....

Ziyad memang sentiasa berjaya membulatkan mataku ini. Buat aku tercengang. Buat aku terpanar. Aku betul-betul tak percaya dengan apa yang baru kudengari. Sungguh!

"Dan, saya akan buat begitu pada semua kereta teman lelaki awak yang lain," ujarnya lagi dengan angkuh. 

"Tapi, kenapa?" tanyaku. Hairan dengan sikapnya.

Ziyad memberhentikan keretanya di bahu jalan. Lama dia pandang ke hadapan. Sengaja buat aku kegelisahan. Sengaja buat aku berdebar. Dia kemudian berpaling, seluruh perhatiannya kini tertumpu padaku. Daguku diangkat supaya dia dapat merenung jauh ke dasar hatiku ini agaknya. 

"Sebab, awak buah hati saya. Wanita idaman saya. Satu-satunya yang entah mengapa, tak berjaya saya buang daripada ingatan, walaupun dah puas saya cuba melakukannya. Dah enam bulan, Kay! Enam bulan lamanya awak cuba lari dari saya. Awak tak rasa ke yang awak gagal jauhkan saya dari hidup awak? Kita berdua ada chemistry, Kay. Honestly, saya tak tahu apakah ini cinta ataupun just infatuation. Tapi, saya nak awak beri kita berdua peluang untuk saling mengenali, Kay. Jangan tolak saya lagi, boleh kan?"
...............


4

Mula-mula memang aku nak terus berkeras menolak. Tapi, Ziyad pandai. Satu hari, aku tengok, dia dah ada dalam rumahku. Sedang gebang baik punya dengan babah, dengan emak. Emak? Wanita yang selama ini bukan main menasihati aku supaya berhati-hati dengan lelaki kacak, berjaya ditawan oleh Ziyad. Nak terjojol bijik mata tengok emak sediakan hidangan tengah hari, hari itu. 

"Mak restu," tiba-tiba emak bersuara. 

"Sebab?" Aku sengaja menguji. 

Emak tersengih. "Sebab, dia betul-betul sukakan kamu. Dia bersungguh, itu yang mak suka tentang dia," cepat aje mak mengulas tindakannya sebelum sempat dia, aku tembak. Hmm...   

"Tapi, mak jugak yang cakap. Orang lelaki ni masa dia nak mengayat, masa belum kahwin, memang serba serbi nya baik. Nanti, bila dah kahwin, baru tunjuk perangai sebenar. Entah-entah, Ziyad pun macam tu jugak, mak," Aku mengingatkan emak. 

Emak tarik tanganku sehingga aku terduduk di atas kerusi. Dia tatap wajah anaknya ini dalam-dalam. "Mak yakin dengan dia tapi kamu usah risau. Mak dah bagi ujian pada dia. Kalau dia kuat dan kalau betul dia nak pada kamu, dia kena lakukan," kata emak penuh yakin.

Aku mula cemas. Apakah ujian itu? Apakah yang emak harapkan darinya? Apakah yang mak nak buat? Hisy, semua soalan tu menambah kerisauanku. Jenuh aku minta emak jelaskan padaku namun mak hanya gelak. Sikitpun dia tak buka mulut. Hairan betul. 

"Nanti, kamu akan tahu jugak. Usah risau. Mak bukan nak dera anak menantu mak. Mak cuma nak uji dia. Betul ke dia cinta sangat pada kamu. Tuluskah cintanya itu? Sanggupkah buat apa saja demi cinta yang berkobar-kobar tu? Kalau mak rasa dia okey, lulus, kamu akan kahwin dengan dia. Kalau tidak, selamat tinggallah. Insyaallah, akan ada jodoh yang lain untuk kamu," 

Aku kagumi mak sebab sikap penuh yakin dirinya ini. Aku mengaku yang aku tidak mewarisinya. Aku ni penakut. Bukan sikit, banyak. Takut kecewa, takut mencuba hisy, takut segala-gala! Kalaulah aku ada sedikit keberanian, macam emak, kan bagus? 

Ziyad tak bercakap dengan aku sepanjang jalan sewaktu dia hantar aku balik ke rumah sewaku, petang itu. Dia asyik diam. Dahinya berkerut, tanda sedang berfikir kot. Elok sampai depan rumah, baru dia menoleh padaku. 

"Saya tak dibenarkan contact awak selama sebulan setengah. Tak boleh tahu apa-apa tentang awak dalam tempoh itu. Mak awak suruh saya balik ke masa dulu, masa saya belum kenal awak. Kalau ditakdirkan kita berjumpa pun, dia tak bagi saya cakap dengan awak,"

Aku hanya melopong tengok dia. Itukah syarat pertama yang emak berikan? Tapi, kenapa?

"Awak tahu tak, Kay?"

Aku tatap wajah tampannya. Suaranya sayu beralun. Haihh...

"Emak awak suruh saya buang semua gambar awak dari dompet, telefon, komputer. Satu pun tak ada dah. Kalau saya rindukan awak...."

Patutlah mak suruh dia bawak masuk netbooknya ke dalam rumah tadi. Wah, kejam betul puan Hashimah! Tak sangka aku emak akan buat begini pada Ziyad. Tapi, nak buat macam mana? Aku tak boleh memihak kepada Ziyad sekarang sebab dia orang asing. Apa-apa hal, aku mesti sokong tindakan emak, kan?

"Apa lagi yang emak saya suruh awak buat?" Kali ini aku benar-benar ingin tahu. Kejam jugak mak ni. Tak bagi kami jumpa? Ziyad tanya, kalau dia rindukan aku, macam mana? Aku? Kalau aku rindukan dia? Takkan aku nak cari dia? Malulah aku!

Ziyad mengeluh. Kali pertama aku tengok dia keresahan. Kali pertama, dia hilang keyakinan. Wajahnya murung dan seperti sangat penuh dengan masalah. Kesian betul!

"Ada beberapa perkara tentang awak yang emak awak bagitahu saya. Perkara yang dia suruh saya fikir semasak-masaknya. Tapi, saya rasa, tak payahlah kita bincangkan tentang itu,"

Hisy, pelik betul nada suaranya. Matanya pulak berkaca ketika memandangku. Apa kena dengan Ziyad ni? Yang lagi pelik, apa yang tak kena dengan diriku ini? Apa yang emak aku dah rasuk dia? Argh, pening! Pening dengan gelagat lelaki ini. Pening bila fikirkan emak. 

"Kay, beri saya masa, ya."

Pulak dah! 

"Masa untuk apa, awak?" Aku dah semakin cemas. 

"Masa untuk saya menunaikan janji saya pada emak awak. Masa untuk saya buktikan yang saya bersungguh hendakkan awak dan saya tak main-main. Saya ikhlas. Cuma,"

Aduhai! Ayat tergantung lagi! Kenapa? Susah sangatkah hendak bercakap? Payah sangatkah dugaan yang emak berikan padanya.

"Kay, awak faham tak maksud 'cinta'?

Bulat mataku merenungi dirinya. 

"Cinta antara lelaki dan perempuan, cinta yang melahirkan perasaan ingin berpasangan. Cinta yang hadir dan mendorong rasa ingin memiliki. Saya ada semua rasa dan keinginan itu tapi, saya kena buat semua yang emak awak suruh untuk saya buktikannya. Cuma satu pesan saya pada awak. Jangan sekali-kali hilang keyakinan pada cinta saya. Okey?"

Aku tersenyum mendengar permintaannya. "Saya bukan sesiapa untuk awak cintai, Ziyad. Jadi, kalau awak rasa terbeban dengan apa jugak permintaan emak saya tu, usahlah ikut. Saya tak nak awak rasa tercabar, rasa terpaksa, rasa perlu.... apa gunanya?"

Giliran Ziyad pulak menunjukkan senyuman manisnya. Haih... tak tidurlah aku malam ni mengenang senyumnya itu, hehehe... 

Kami berpisah. Sayu pandangan matanya merenung aku sehingga aku masuk ke dalam rumah. Dan, aku kehilangannya. Dia pergi, sembunyikan diri, patuh pada janjinya yang diberi kepada ibuku. Aku? 

Penasaranlah aku seorang diri......
....................



5

"Kau dah putus dengan Ziyad, ke?"

Soalan Azura berjaya membuat aku fana. Putus? Putus apanya kalau nak bercinta pun belum sempat, hatiku mengomel. 

"Lama aku tak nampak dia ke mari. Korang gaduh?" Azura masih ingin tahu. Wajahku ditatap bagai betul-betul kehairanan. Macamlah selama ni Ziyad tu bertunggu tangga di rumah sewa kami ni. Bertuah punya kawan. Saja aje nak bagi hatiku yang pedih ini semakin perit.

"Err, dia dah ada makwe baharu, Kay," 

Kali ini, kalimah ini, berjaya menarik perhatianku. Aku renung wajahnya. Tentu dia perasan wajahku yang sudah kelat. Tentu Azura nampak riak hatiku yang gelisah. 

"Dia bawak budak perempuan tu semalam. Masa majlis birthday party anak kak Suliza, si Atirah. Ash suruh dia bawak kau tapi dia sampai dengan perempuan tu. Tak silap aku, nama perempuan tu, Lili. Cantik, putih melepak dan sedang berkursus di Port Dickson. Sama dengan Ziyad, dengan Ash."

"Ziyad berkursus? Ash pun?" tanyaku pada Azura. Manalah aku tahu prosedur kerja dalam angkatan tentera, kan? Kalau tanya fasal cikgu, hmm, pandailah aku bercerita. Cuti ke, gaji ke, anak murid... semua aku tahu. 

Tapi, Ziyad? Kerjayanya? Skop kerjanya? Pangkatnya? Aku tak pernah bertanya. Aku tak pernah ambil tahu. 

Oh, rupa-rupanya, dia sedang berkursus sekarang? Kursus untuk apa? Naik pangkat lagi ke? Atau naik gaji? Aiyaaa, malas nak fikir!

Tapi, kenapa dia tak bagitahu aku yang dia, Ops! Kan kami tak boleh berhubungan? Terlupa pulak aku. Tapi, baru dua minggu aje hubungan kami putus. Kenapa cepat benar dia berubah hati? 

Dia tak boleh tahan kot? Mungkin dalam hidupnya, dia kena ada girlfriend. Wajib! Jadi, bila hubungan kami terhalang, dia ambil peluang ini untuk cari yang lain. Tak mustahil tu!

"Diam aje? Banyaknya yang ada dalam kepala otak kau tu, ya? Kau fikir apa, Kay?" tanya Azura. 

Aku renung dia. Aku pun bertanya, "Bila dia balik sini lagi? Ash tahu tak?" 

"Hujung minggu ni, dia orang balik. Selalunya Ash tumpang kereta Ziyad. Kata Ash, dalam pukul lima petang, hari Sabtu nanti, dia orang sampai kat rumah bakal mak bapak mentua aku. Kenapa?" 

Kenapa? Sebab aku nak jumpa Ziyad la! Aku nak bersemuka dengan dia. Aku nak tanya dia tentang isi hati dia. Siapa aku pada dia. 
..................

Petang Sabtu tu, aku pandu keretaku ke alamat yang Azura berikan kepadaku. Aku tak benarkan Azura ikut sekali. Aku tak mahu dia jadi saksi, kalau nanti aku termenangis kerana Ziyad Irsyadi. Firasat aku mengatakan yang aku bakal bersedih. Ada ke? Tak optimis langsung, kan? 

Dah pukul lima. Aku yakin sekejap lagi... Hmm, itupun dia. Kereta Vios sedang menuju ke mari. Aku sengaja memarkir keretaku ke hadapan sedikit. Rasanya, dia tak akan perasan. 

Kurenung melalui cermin pandang belakang. Dia sudahpun memberhentikan keretanya. Dia keluar dan pintu belakang terbuka. Ashman keluar. Aik? Kalau Ash yang duduk di belakang, siapa duduk di sebelah Ziyad sejak mereka bertolak dari PD tadi? 

Soalanku berjawab juga. Seorang gadis jelita membuka pintu dan kini berdiri tegak di situ. Ketiga-tiga mereka berbual seketika. Wah, bukan main mesra lagi? Jeling-jeling manja gitu. Siapa yang jeling? Perempuan tu la, siapa lagi. Dia jeling Ziyadku... Huhu!!!

Rasa cemburuku yang meluap-luap mendorong aku keluar dari keretaku dan melangkah laju ke arah mereka yang sedang berpamitan. Aku perasan Ash nampak aku dan memuncungkan bibirnya pada Ziyad, memberitahu kehadiranku di antara mereka. 

Kini, Ziyad sedang memandangku tajam. Riak terkejut memenuhi raut tampan itu. 

"Kay?" 

Aku dah mula rasa nak menangis. Suara lembutnya memanggilku, buat hati jadi sayu. Aku cuba menarik nafasku panjang-panjang. Tenang! Tenang! Kupesan pada hati.

"Awak ingat lagi nama saya? Tak sangka pulak. Ingatkan, dah ada makwe baru, awak dah lupakan saya, Ziyad?" aku menyindir. 

Ziyad tidak menyahut sebaliknya dia tatap wajahku dalam-dalam. Kalau aku tak kenal sikap buaya daratnya, mungkin boleh aku kata yang dia seolah-olah sedang melepaskan rindu. Aku dapat rasa yang dia ingin aku turut merasakan rindu itu. Tapi, senyumnya? Kenapa dia senyum? Apa yang buat dia suka sangat tu?

"Bukan setakat nama yang saya ingat. Semua tentang awak saya ingat, Kay!" Ziyad panggil perempuan tu. Bila Lili sudah berdiri di sebelahnya dengan muka yang masam, Ziyad sambung bicaranya yang terputus tadi. 

"Lili, kenalkan. Ini Cikgu Khairiyah binti Muhamad Aizat. Umur 28 tahun. Lahir pada tarikh 9 Mei, 1984. Mengajar di SMK,"

Kupintas cepat-cepat, "Tak payah kenalkan saya pada dia. Nanti dia cemburu dan merajuk, susah awak nak pujuk. Saya tunggu awak kat sini sebab saya nak ucap tahniah aje. Sebab saya nak pastikan cerita Zura tu bukan direka-reka,"

Aku sebak. Hisy! Kenapa aku tak kuat menghadapi kecurangannya padaku? Bukankah mengetahui hakikat ini sekarang lebih baik daripada ia terbongkar selepas kami berkahwin? Lagipun, apa yang boleh dilakukan lelaki sepertinya selain melukakan? Aku silap perhitungan! Aku bodoh memilih dia! Dia bukan ustaz, kan? Dia bukan malaikat! Dia hanya lelaki mata keranjang! Padanlah muka aku dikecewakannya!

Inilah ujian yang mak nak berikan sebenarnya. Hari ini, baru aku sedar. Hari ini, baru aku faham kenapa emak pesan lagi dan lagi supaya aku tidak mudah leka dengan wajah tampan dan luaran seorang lelaki. Hari ini, aku faham yang bukan mudah memahami kemahuan seorang lelaki. Ya, hari ini, baru aku tahu bahawa lelaki seperti Ziyad, mudah benar mengalih cintanya. 

"Kay, nak ke mana tu?" 

Suaranya cemas bila aku sudah memusingkan tubuh untuk berpatah balik ke arah kereta Myvi milikku.     

Aku tak menoleh. Aku terus melangkah. Biar longlai, biar lembik, biar jatuh nanti..... aku tak akan berhenti. Tidak, langkah ini tidak akan kuhentikan. 

"Ziyad, nak pergi mana tu?" 

Amboi, lunaknya suara si Lili? Aku terdengar bunyi sesuatu dibaling di udara. 

"Bawak kereta aku balik. Aku nak naik kereta bakal isteri aku ni!" 

"Hah?" Langkahku mati dan tiba-tiba terasa diriku terhempas ke bonet kereta. Bukan sorang tapi berdua! Ziyad! Hisy!! Belum sempat aku tolak dia, dia dah menjauh. Mujur! 

"Sorry sangat, Kay! Saya tak sengaja tadi. I mean, perbuatan saya yang terpeluk awak tu la! Tentang nak naik kereta awak, memang saya serius!" Dia rampas kunci kereta dari tanganku, dia tolak aku masuk dalam kereta dan aku yang keliru tak mampu nak buat apa-apa selain merenung dirinya. 

"Tengoklah muka saya ni puas-puas. Saya tahu awak rindu saya. Saya pun rindu awak juga. Sangat-sangat rindu!" 

Apakah erti semua ini? Entahlah. Aku pun tak tahu. 
................



6

Aku paling wajahku yang sudah terasa pijar, ke luar. Cermin tingkap kuturunkan. Panassss, biarpun suhu pendingin hawa amat rendah. 

Tulah, tengok lagi muka dia. Tentulah dia perasan, kan?   Tapi, kenapa dia selamba? Kenapa tak nampak rasa bersalah walaupun sedikit? Boleh lagi jadi driver aku, sekarang? Sanggup tinggalkan makwe... Makwe? 

Aku hadap dia semula. "Berhenti! Patah balik! Awak tak boleh buat macam ni, Ziyad," aku tinggikan suaraku. Supaya dia dengar dan cepat-cepat ikut cakap aku. 


Dengar? Dia memang dengar tapi tetap dia tak peduli pada arahanku untuk berpatah balik.

"Awak? Kenapa perangai awak macam ni? Jangan kejam sangat, awak. Kesian si Lili tu. Entah-entah dia tengah menangis sekarang ni," aku cuba berdiplomasi. Kot-kotlah dia hendak mendengar cakapku sekali ini. 

"Alah, saya dah bagi dia bawak kereta saya. Kira okeylah tu! Bukan senang saya nak izinkan orang lain pandu Vios saya tu, Kay. Hanya orang-orang tertentu sahaja. Yang istimewa," 

Ah, dia ni! Aku rasa macam nak mati. Dia dah tikam aku dengan keris Taming Sari. Tertusuk pada hatiku. Aduhhh sakit! 

"Jadi, dia tu istimewalah, ya?" Aku tatap wajahnya, mengharap dia menggeleng tetapi, agaknya dia tak pandai menipu. Terus angguk dengan penuh perasaan. Aku apa lagi? Sakit hati punya fasal, terus jerit la! 

" Arghhh!!!"

Ziyad ketawa melihat gelagatku. Ketawa yang membuat hati ini rasa lebih pedih. Lebih sakit. 

"Suka, ya? Suka dapat permainkan hati anak dara orang? Suka sebab berjaya menggoda dan lepas tu lukakan hati saya? Macam tu?" Aku mencemuh, melepaskan rasa geram yang bukan sedikit ini.

Ziyad tetap terus memandu laju. Kini, aku tahu, dia sedang menuju ke rumah ibu bapaku. Tapi, aku tak mahu dia ke sana. Aku tak mahu... 

Tidak! Itu yang aku mahu, sebenarnya. Biarlah Ziyad membawaku pulang. Kerana, pastinya dia ingin bersemuka dengan ibuku sekarang. Dan, aku akan tahu? Ya, hari ini, aku akan tahu isi dan inti pati perjanjian antara emak dengan Ziyad.  
............


Sampai di rumah, emak tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku terus berlalu ke dapur, nak buat air. 


"Saya suka minum teh o panas, Kay," Ziyad jerit dari ruang tamu. Hisy, tak sopan langsung. Tak malu pada emak ke? Kalau babah ada, mesti dah kena bebel. Tapi, kenapa Ziyad ni mudah benar mendekati ibuku? Ada apa-apa yang aku tak tahu kot?


Tiba-tiba, ada suara memberi salam. Aku jawab tapi tahu yang aku tak perlu tergesa-gesa melihat gerangan yang sampai. Sebab, kejap lagi, bila air yang kubancuh ini siap, pasti aku akan ke ruang tamu menjenguk mereka. Tapi, riuh rendah bunyi suara menyebabkan aku rasa hairan juga. 


"Kay, buat air untuk 7 orang, ya!" suara emak menjerit lantang. 


Tujuh orang? Ramainya! Patutlah bising! Tapi, siapa ya? 


"Nah, ini pisang goreng dengan lepat labu, babah bawak balik tadi. Meh, saya tolong tuangkan air ke dalam cawan. Awak bubuh pisang ni dalam dua bekas, ya, Kay! Saya nak angkat dulang ni ke depan," 


Hehe, kalau aku kahwin dengan dia, best ni! Rajin! Boleh aku suruh-suruh dia masak untuk aku, nakal aje hatiku mengomel bila melihat Ziyad relaks membawa hidangan ke ruang tamu. Tak kekok langsung. Ini sudah bagus. Memang calon suami aku yang terbaik!  

"Ziyad, mana Kay? Kenapa kamu biarkan dia di dapur tu lagi? Kenapa tak ajak dia ke depan ni? Takkan kamu tak tahu yang umi nak bersembang dengan dia?" 


Suara itu? Oh tidak! Tak mungkin!


"Dia cakap, dia takut nak jumpa umi," Ziyad seolah-olah menyindirku. Nyaring suaranya menyebabkan suasana sepi seketika. 


Ziyad tahu? Aduhai, macam mana ni? Aku tak berani hendak bertemu mereka. Takut aku! Nanti, kalau perempuan tu naik hantu macam dulu? Jenuh!


Emak muncul di hadapanku. Biasalah, naluri seorang ibu, kan? Tahu saja dia betapa hatiku gundah saat ini. 


"Sampai bila nak menyorok, Khairiyah?"


"Err.. mak?"


Emak tatap wajahku sekilas sebelum menarik tanganku. Aku cuba leraikan, namun cengkaman tangan emak di pergelangan tanganku kejap sangat. Dadaku bergetar hebat saat ini. Bila dah betul-betul berdiri di hadapan semua orang, emak kembali menoleh ke arahku dan berbisik dengan tegasnya, "Mak nak, sekali ini, kamu jadi tuan rumah yang baik. Terutama pada mak cik Rozawati. Kamu kenal mak cik Roza, kan?"


Aku berdiri tegak penuh hormat. Agaknya, sekarang, aku pulak dah jadi askar. Membidangkan dada, dengan tangan kemas diletak di sisi tubuh. Hanya anak mata bergerak untuk melihat semua tetamu yang ada. 


Mak cik Roza dan suaminya, pak cik Fatah, emak, babah, Ziyad. Seorang gadis cantik bertudung biru yang tersenyum manis padaku dan, dan..... Lili? Lili? Dia buat apa di sini? Hatiku yang masih gementar dengan kehadiran mak cik Roza kini semakin gemuruh menerima kedatangan Lili yang sedang bersahaja duduk rapat di sisi Ziyad. 


Owhh.... apa ni? Ziyad nak buat apa ni? Apakah ini misi membalas dendam? Dendam lebih setahun terdahulu?


"Hmm, takut-takut aje anak kamu, Shimah. Nampaknya, dia tak lupa kisah dulu tu lagi," mak cik Roza menyindirku. Matanya tajam merenung dan aku tak berani hendak bertentang mataku ini dengannya. Rasa bersalah buat aku jadi gelisah.


"Aaa... apa, kha..bar, mak cik. Pak cik? Semua?" 


Semua menyahut dengan pantas, memberitahu yang diri mereka baik-baik saja. Kecuali Lili. Bola matanya bulat padaku. Macam tak puas hati aje. Weh, kau kenapa tengok-tengok semacam kat aku? Ada hutang ke?


"Kamu yang tak sihat, Kay. Terkejut sungguh kamu bila tengok mak cik? Tapi, iyalah, macam mana tak terperanjat, kan? Orang yang pernah datang melamar dulu, dan pinangannya ditolak, sekarang ni muncul lagi depan kamu. Hmm, apa rasanya kena main, Kay? Seronok?" 
.......................


7


Semua yang pernah terjadi, berputar ligat dalam kepalaku kini. Kisah itu! Alahai, bukan pintaku ia terjadi seperti yang telah berlaku itu. Bukan!
...............

"Mak, Kay tak bersedia lagi la! Kay tak ready lagi!" 

Emak jegil kat aku. Bola matanya bulat. Garang betul dia, dah sebijik macam rupa emak singa yang nak membaham orang lagaknya. 

"Umur kamu tu muda lagi ke? Hah? Dah dekat 27 tahun pun masih tak sedar-sedar yang diri tu dah masuk kumpulan andalusia? Andartu?" 

Wah, sedihnya menerima penghinaan ini. Daripada mulut ibuku sendiri pulak tu. Ibu yang selama ini begitu tenang menasihat, memberi galakan dalam hidup, tiba-tiba sahaja jadi cengil dan mengamuk hanya kerana aku tak mahu mendengar cakapnya sekali ini. 

Baru sekali! 

Selama ni, aku tak pernah kata tidak pada emak. Hanya, sekali ini, aku tak mahu, aku menolak kemahuannya dan grrrr......... leterannya bukan setakat menyakitkan telingaku yang mendengar malah terkesan sehingga menusuk tulang hitam. Pedih wooo...

"Mak, dulu masa Kay dalam tahun satu kat U tu, mak bukan main pesan kat Kay. Apa mak cakap dulu? Biar Kay ulang.... 

'Kay, kamu jangan sibuk nak bercinta. Tugas kamu masuk universiti ialah belajar. Belajar aje, tahu! Mak tak nak dengar kamu cerita fasal benda lain yang tak berfaedah. Faham?' 

Mak lupa ke?" Aku pulangkan paku buah keras. 

Emak lepaskan keluhan. "Dan, kamu patuh cakap emak. Mak syukur sangat. Soalnya sekarang, fasa tu dah habis. Kamu dah kerja dah pun. Dah ada kereta, dah ada simpanan. Tapi kamu belum ada suami. Sebab itu, mak carikan sorang untuk kamu. Dah dapat pun! Tapi, yang kamu tiba-tiba tak mahu terima calon menantu pilihan emak, apasal?" soalnya.

Aku hempaskan diri ke birai katil. Geram mendengar soalan itu. "Mak, cukuplah selama ni mak atur hidup Kay, mak! Takkan sampai nak pilih suami untuk Kay, kot?" bentakku. 

"Maksud kamu, kamu nak pilih sendiri bakal suami kamu, Kay? Kenapa? Kamu dah ada calon-calonnya? Siapa pilihan kamu? Lawyer? Doktor? Ke, cikgu macam kamu? Hensem? Baik? Anak orang baik-baik? Atau, lelaki biasa yang pendidikannya tak seberapa? Yang gajinya sekarang lepaslah duit rokok dia aje?"

Bulat mataku tengok muka emak. Kali pertama aku tengok dia betul-betul agaknya. Kecantikan yang kian pudar dek peningkatan usia namun kepetahan bercakap, seingat aku, tetap macam dulu. Waktu aku kecil sehingga sekarang, emak memang hebat berdebat. Sebab itu babah tak banyak cakap agaknya. Babah yang sering beralah...

"Mak tahu kamu tak ada kawan lagi, Kay. Mak tahu, kamu pun tengah mencari-cari. Jadi, toksah buang masa. Toksah buat kerja sia-sia. Mak dah dapatkan lelaki yang terbaik untuk kamu. Dia anak kawan mak. Hujung minggu ni, mak cik Roza dengan pak cik Fatah kamu nak datang. Anak dia orang, si...."

Pantas aku mencelah, "Tak payah sebut nama dia. Kay tak nak dengar. Kay tak nak tunang ke, kahwin ke, dengan dia! Kalau Kay nak kahwin, Kay nak lelaki tu, pilihan Kay sendiri. Bukan pilihan mak. Bukan pilihan keluarga. Mak faham tak ni?" 

Kurang ajarkah aku? Melawankah? Tapi, aku hanya ingin mempunyai hak dalam memilih pasangan hidupku. Apakah bentakan ini satu dosa? Apakah kini aku menderhakai emak? Aku..... 

"Kamu ni degil rupanya, Kay? Amboi, selama ni mak tak tahupun yang anak mak ni degil orangnya. Cakap dengan mak, kamu nak atau tidak dengan calon pilihan mak tu? Dia..."

Lagi sekali aku pintas kata-kata emak. "Kay tak nak! Kay tak nak!"

Bukan main keras hati aku ni, kan? Langsung aku tak hirau perasaan mak. Bagi aku, aku hanya fikirkan hatiku sahaja. Hati emak? Alah, salah mak jugak! Dia tahu yang aku memang pantang dipaksa melakukan benda yang aku tak suka. Jadi, 

"Kamu cakap sendiri dengan mak cik Roza kamu tu bila dia datang rumah kita nanti. Kamu aje yang bagitahu dia sebab mak malu nak menolak permintaannya. Dia kawan mak! Kawan baik mak masa dulu-dulu. Mak tak nak kecilkan hati dia,"

Makkk aiii, arahan mandatori tu!! 

Aku risau juga tapi kata-kata semangat dari babah buat aku nekad bersemuka dengan mak cik Roza. 

"Kay jangan pedulikan mak tu. Marah dia kejap aje. Kalau Kay memang belum bersedia nak kahwin, eloklah Kay tolak pinangan mereka. Sebab, kalau Kay kahwin pun, Kay tak akan mampu jadi seorang isteri yang baik, kan?"

Dengan kata-kata babah itulah aku mendepani mak cik Roza dan suaminya. Mereka suami isteri tengok aku tajam sekali. Habislah! Mesti aku kena teruk dengan mereka hari ini. 

"Kay tak nak terima pinangan mak cik?" soal mak cik Roza. Lama aku diam tapi bila mata mak garang aje tengok aku, aku akhirnya mengangguk. 

"Kenapa? Kata emak Kay, Kay tak nak tengok gambar anak mak cik. Nama dia pun Kay tak nak tahu. Apa sebabnya? Bukankah perbuatan tu melampau namanya?" suara mak cik Roza sudah melengking kuat. Kecut perut aku dibuatnya. Tapi, aku faham. Tentulah dia kecil hati bila dengar cerita emak. 

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku lepaskan pula perlahan-lahan. Aku perlu tenangkan diri ini. 

"Kamu dah ada pilihan hati sendiri?" 

Isk, kalau adapun tak kan aku nak bagitahu dia? Itu urusan aku dan keluarga aku saja, betul tak?

"Mak cik rasa tersinggung sangat, Kay. Kalau anak mak cik tu penganggur, tak ada kerja, pun mak cik akan kecil hati dengan penolakan kamu ni. Tapi, anak mak cik tu,"

Tak payah promot lagilah mak cik, oi! Tak perlu! Pintu hati Kay ni dah tertutup rapat. Maaflah! hatiku berbisik. 

"Saya minta maaf, mak cik. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak ada alasan nak bagi. Yang saya tahu, saya belum bersedia lagi."

Mak mendengus dan aku terhenti bercakap.

"Itu aje sebabnya? Sebab kamu belum bersedia? Bila nak bersedianya? Umur kamu dah 27 tahun, kan?"

Soalan sensitif itu keluar daripada mulut mak cik Roza pulak. Adoiii...

"Maafkan saya, mak cik. Saya tahu saya salah tapi, mungkin Allah nak jodohkan anak mak cik dengan perempuan yang jauh lebih baik daripada saya, kot,"

Mak cik Roza ketawa besar sambil menggenggam tangan emak.  "Anak kau, Shimah, memang pandai bercakap. Memang ikut perangai mak dia! Hebat betul  cara dia menolak," Dia tatap wajahku pula, "Khairiyah, tak usahlah kamu cakap macam tu. Memang, memang itu yang mak cik nak buat. Memang mak cik nak carikan isteri yang jauh lebih sempurna dari kamu untuk anak mak cik tu. Biar meleleh air liur kamu kerana menyesal menolak dia," 

Ada ke? Sampai nak meleleh air liur? Macam anak dia tu hebat sangat, kutukku dalam hati. 


"Mak cik, pak cik, saya percaya pada takdir. Saya harap, mak cik juga percaya yang takdir saya dengan anak mak cik tu dah tersurat, yang kami berdua tak berjodoh. Tapi, saya harap, mak cik tak marah pada emak. Mak cik bencilah saya, tak apa. Tapi janganlah putuskan hubungan mak cik dengan emak dan babah. Saya rasa bersalah kalau hubungan baik ni putus sebab saya," aku balas dalam suara yang terkawal. Tak mahu mereka kecil hati biarpun aku tahu yang aku dah pun kecilkan hati mereka. Haihh....

Emak jeling tajam aku lagi. "Tak payah kamu nak nasihatkan kami. Dah, pergilah masuk ke bilik kamu. Sakit mata mak ni tengok muka kamu, tahu!"

Aku rasa nak menangis tapi aku ikut arahan emak. Aku salam tangan mak cik Roza. Aku kucup tangannya itu. Aku kesal kerana menolak lamarannya tapi, aku ada prinsip hidupku sendiri. Aku ingin kahwin tapi akan hanya kahwin dengan lelaki yang aku cintai. Tak mahu yang dipilihkan untukku!

Sejak itu, emak sering perli. 

"Yalah, orang hendakkan suami yang kacak, yang macho... bukan nak yang mak pilihkan! Baik-baik, Kay! Hensem aje, tapi poket kosong, buat apa?"

Di masa yang lain, mak akan cakap lagi...

"Ingat, kalau kamu memilih, orang yang tengok kamu pun tentu memilih juga. Tak kan dia hendak perempuan cerewet macam kamu ni jadi bini!"

Sering....

"Nampaknya, dah habislah lelaki dalam Malaysia ni. Umur dah nak masuk angka tiga puluh, tapi, tak jumpa satu pun lagi untuk dibuat suami. Hisy, malangnya jadi emak si Kay! Entah bila nak dapat menantu hebat, kaya, lawa, tegap.... pilihlah sangat!" 

Tapi, takdir mainkan aku balik. Aku digoda oleh lelaki yang aku dah tolak pinangannya. Lelaki yang sejak lama kenali aku tapi mendiamkan diri, mengunci mulutnya rapat, tidak pernah kenalkan dirinya sebagai anak mak cik Roza. Aku? Mana nak sangka anak Abd Fatah ni ialah anak pak cik Fatah yang aku dah tolak mentah-mentah? Malu! Malu! Malu! Itulah yang aku rasa sekarang. 

Jadi, kerana rasa malu itu, aku perlu tinggalkan ruang tamu rumah ibuku ini. Aku perlu pergi. Aku dah tak sanggup nak tengok muka dia orang semua. Tengok Lili, aku dah tahu dah. Mestilah dia yang mak cik Roza maksudkan. Mestilah dia perempuan yang jauh lebih sempurna daripada diriku ini, yang layak, yang cocok, untuk anaknya. 

"Maaf, ya. Kay... Kay nak balik!" 

Aku tak tunggu lagi. Tak sanggup melihat senyum sinis mereka kala air mata ini menitis. Jadi, aku nekad pergi, tak payah salam menyalami dah. Tak sanggup! 

Kuatur langkah yang laju menuju keretaku. Aku nak buka, arghh, berkunci pula. Terus meraba-raba dalam beg galasku. Iskk, mana kunci ni menyorok pulak? 

"Suka terburu-buru, itulah sikap awak yang tak pernah berubah. Dulu, terburu-buru menolak lamaran saya tanpa beri peluang pada hati awak untuk kenal saya. Tanpa beri peluang pada mata awak, untuk tengok saya. Sudahnya, malu sendiri, kan?"
...................



8

Perlahan-lahan, aku pusingkan tubuhku. Perlahan-lahan juga, aku mendongak, menatap wajahnya. Dalam kabur pandangan, kubalas renungan matanya yang bening. Hatiku tersentuh bila jemarinya mengelap air mata yang menitis di pipiku. 

"Jangan nangis. Tak usah rasa sedih. Jugak, jangan ada rasa bersalah dalam diri awak, Kay. Saya tak pernah marahkan awak sebab menolak lamaran saya dulu. Tak pernah rasa kecil hati. Percayalah, saya tak datang dalam hidup awak untuk balas dendam. Tak pernah terlintas dalam otak saya untuk melakukannya, Kay. Tak pernah," 

Ziyad Irsyadi sedang memujukku? Dia, lelaki yang pasti terluka dengan penolakanku dahulu kini sedang berkata-kata dengan lembut pada gadis yang tegar menyakiti hati ibu, ayah dan pasti hatinya juga. Kenapa? Kenapa dia harus jadi sebaik ini? Pada aku?

Aku menangis lagi dan esakan itu menjadi semakin kuat. Entah, untuk apa aku menangis, sebab apa, aku pun tak tahu. Tapi, sedu-sedan ini tak mampu aku tahan. Tak berjaya aku redakan!

"Hey, jangan macam ni. Kesiankan saya, Kay,"

Aik, aku yang menangis, kenapa pula dia yang harus dikasihani? 

Dia senyum bila aku mendongak. Tuhan, kacaknya dia. Sempurna sungguh lelaki ini, yang Kau ciptakan untukku. Erkkk.... perasannya aku? Hisy!

"Saya tak sanggup tengok awak menangis, Kay. Saya tak reti nak pujuk," dia berjeda. Aku ralit menatap wajah dan senyumannya bagaikan inilah kali pertama aku melihatnya betul-betul, tepat-tepat dan dalam-dalam. Dia sungguh mempesonakanku. Ohh....

"Tapi, bila kita dah kahwin nanti, awak menangis aje, tahulah saya nak buat apa,"

"Awak nak kahwin dengan saya?"

Dahi Ziyad berkerut. "Tentulah! Tak kan dah bersusah payah mengorat, nak tinggalkan awak pulak," balasnya sambil mengetip hidungku. Sakit.... 

"Tapi, Ziyad, saya... Lili.... Awak dah ada Lili. Saya tak boleh rampas awak dari dia. Dia, gadis yang emak awak dah pilih untuk awak. Dia yang lebih sempurna berbanding saya." ujarku lemah. Hatiku menangis saat kata-kata ini terluah. Pada bibir, ia meniti penuh tulus tapi, di hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku tidak merelakannya. Betapa Allah tahu yang aku sangat-sangat berharap agar Lili tidak wujud di antara kami. 

"Saya suka bila awak cemburu pada Lili. Selama ni, saya sangkakan awak ni tak ada hati, tak ada perasaan," Ziyad mengutukku bersama tawa riang yang amat kuat. 

"Ziyad!" aku menjerit bila dia masih seronok mentertawakanku. Kutampar dadanya, geram. Tanganku ditangkap, digenggam kemas. Perlahan-lahan tubuhku ditarik ke dalam dakapannya. Damainya.... tapi,

Kutolak agar dakapan terlerai. 

"Sorry, baby.... but I just can't resist you, Kay," Ziyad duduk berlutut di hadapanku. Buat hatiku berdebar. Macam dalam kebanyakan drama inggeris ke, Korea ke, yang aku tengok, aku tahu dia nak buat apa. Dan, aku jadi gugup. Aku terkelu lidah. 

"Tolong jangan tolak kali ni, okey! Saya lamar awak sendiri, sekarang, Kay. Dan, saya hanya nak dengar awak jawab 'ya'. Faham?" Kapten Ziyad Irsyadi bersuara tegas. Agaknya, inilah suara yang digunakannya ketika memerintah anak buah apabila dia bertugas di kem tenteranya kot. 

"Kay," 

Aku larut dalam sinar matanya.

"Kahwin dengan saya, Kay. Saya dah lama tunggu awak. Sejak awak tolak lamaran emak saya dulu, saya teringin sangat mengenali seorang Khairiyah. Saya bertekad untuk melenturkan hatinya yang keras. Saya bertekad memenangi cintanya. Dan, saya tahu, saya dah berjaya, Kay. Jadi, kita akan kahwin. Secepat mungkin!"

Dengan kata-katanya itu, Ziyad keluarkan kotak baldu merah hati dari poket seluarnya dan menghulurkan sebentuk cincin kepadaku. 

"Kali ni saja, awak akan sarungkan sendiri. Nanti, bila awak dah halal bagi saya, saya aku sarungkan cincin lain di jari manis awak yang lagi satu tu," tegasnya dalam senyum yang meleret. 

Aku turut tersenyum. Tak mengapalah. Biar aku buat sendiri sekarang. Nanti, bila kami nikah, janjinya akan kutuntut. 

"Hmm, kalau umi tahu dia nak kamu sendiri yang lamar dia, umi bawak kamu masa kali pertama umi datang pinang dia dulu, Ziyad,"

Ouch.... pijar rasa pipiku Malu lagi....
.....................



9

"Ziyad," 

Suatu suara lembut beralun, menyapa telingaku. Saat aku berpaling, Ziyad sudahpun bangun dan mendekati gadis itu. Mereka terlalu dekat. Rapatnya! Hatiku semakin parah bila Lili menyentuh pipi lelaki yang baharu saja meluahkan perasaannya padaku. Aik? Apa pulak ni? 

"Aku cintakan kau, Ziyad. Aku cintakan kau. Jadi, aku tak boleh lepaskan kau pada dia, Ziyad. Tak boleh!"

Aku termangu. Sungguh, inilah kali pertama aku mendengar suaranya dan hatiku memekik mengharapkan agar dia diam sahaja. Bisu, lagi bagus! Sebab, sekarang, tiap patah kata yang meniti bibirnya, sembilu buatku. 

"Lili?" 

Suara emak mentuaku.. maaf ya, suara bakal emak mentuaku, melantun kuat seraya menarik tangan Ziyad menjauhi tubuh sasa itu daripada Lili. Mujur... Kalau tidak, rasa-rasanya, Lili sudah bersedia untuk memeluk lelaki itu pula. Haih, risau aku dibuatnya.

"Mak ngah, tolong Lili. Lili cintakan Ziyad. Lili sayang Ziyad. Dia," Lili menudingkan jari telunjuknya ke arahku. "Dia, perempuan yang mak ngah nak sangat jadi menantu mak ngah tu, bukan calon isteri yang sesuai untuk Ziyad. Dia pentingkan diri. Dia garang. Dia sombong. Ziyad tak perlukan dia, mak ngah. Ziyad tak sesuai dengan dia. Ziyad,"

Aku rasa wajahku dah pucat lesi. Kata-kata Lili yang penuh kesungguhan itu buat aku takut. Aku kini tersandar di bonet keretaku. Aku rasa kakiku sudah lemah. 

"Lili, kenapa dengan kamu ni? Sakit?" 

Mak cik Roza yang asyik berbalas cakap dengan Lili. Ziyad? Aku ambil peluang memerhati lelaki itu yang kini kaku di sisi ibunya. Wajahnya keruh namun dia tak sedikitpun mengalihkan pandangannya daripada Lili. 

Apa ni? Lakonan lagi? Berdebar lagi hati ini. Semakin gelisah. Dan dalam resah ini, jari jemariku bertautan. Saat ini, cincin di jari manis, mengingatkan aku pada kata-katanya. Lantas, aku pusing-pusingkan cincin itu sambil kembali mendongak, melihat sandiwara antara Ziyad dan Lili. Kalau ini satu kebenaran, kecewalah aku! Tak kahwinlah nampaknya! 

"Sejak bila kau cintakan aku, Lili?" 

Kenapa Ziyad tanya soalan itu pada Lili? Apakah dia juga ada menyimpan perasaan kepada gadis itu?

"Dah lama, Ziyad. Sejak aku tahu maksud cinta itu lagi. Ziyad, kau tak boleh pura-pura lagi. Aku tahu, kau jugak cintakan aku. Kau cuma kesian pada dia aje! Kau cakap macam tu pada aku hari tu, kan?" 

Ziyad kasihankan aku? Ziyad tak cintakan aku? Tapi, tadi? Tadi tu apa? Bukan Ziyad meluahkan rasa cintanya pada aku ke? Aku keliru bila tadi, Ziyad cakap lain, sekarang, Lili cakap lain pula. Siapa yang harus kupercaya?

Ziyad gelengkan kepalanya. Bila dia renungi aku, aku nampak dia kelihatan terkejut. Mungkinkah kerana dia rasai pilu hatiku ini?

"Lili, kamu ni dah tak betul ke? Tunang kamu, si Amirul tu, kamu nak buang ke mana?"

Ziyad terangguk-angguk. "Mujur umi tanya. Kalau tidak, saya pun dah keliru ni. Tak sangka betul. Hensem sangat ke anak umi ni sampai dua tiga orang perempuan mengaku cintakan saya dalam waktu yang sama?"

Aku tak salah dengar ni! Wah, bukan main lagi dia? Perasan sungguh! 

"Tapi, siapa sebenarnya yang kamu nak pilih ni?" Mak cik Roza pun nampaknya dah berbulu dengan perangai anak lelaki dia yang berlagak nih. Hah... jawab! Jangan tak jawab! Pilih cepat! Hatiku mencabar dia.

"Laa, kan saya dah pun lamar dia tadi? Pilihan saya satu sahaja. Cik Khairiyah binti Mohd Aizat. Tak ada dua tiganya, umi," tegas Ziyad. Aku jadi sedikit lega. 

"Habis, si Lili ni?" 

"Umi uruskanlah dia. Umi yang atur semua ni, kan? Umi bincang dengan besan umi, mak cik Shimah ni. Ya, mak cik, ya?" 

Entah bila emak serta seluruh kaum kerabat berada di sekeliling kami, aku pun tak tahu. Yang pasti, emak sedang tersenyum pada Ziyad sambil mengangguk. 

"Mak cik, saya nak bawak anak mak cik pergi beli barang hantaran. Boleh?" Ziyad tanya, tapi aku dah gelabah. Pelik lelaki ini. Soal antara dia dengan Lili belum selesai, dah sibuk nak bawa aku keluar shopping.

"Pergilah. Tapi, balik awal sikit. Makan malam di sini nanti. Jemaah maghrib sama-sama dengan pak cik nanti," Ibuku ceria membalas. 

Tiba-tiba aku teringat, "Awak, dompet saya kat dalam bilik," 

Ziyad sengih. "Relakslah! Hari ni saya belanja awak,"

"Tapi?"

Ziyad buka pintu keretanya, terus tolak aku masuk ke dalam dan sebaik masing-masing sudah memasang tali pinggang keledar, dia terus memecut laju meninggalkan pekarangan rumah ibuku. 

Aku sepatutnya rasa gembira tetapi, kenapa tak mampu nak tersenyum pun?

"Jangan pedulikan Lili. Apa yang dia cakap tadi tu, awak jangan ambil pusing. Dia keliru," Ziyad cuba meyakinkan hatiku.

Aku pandang dia. Sikitpun tidak ada rasa bersalah? Hatinya batu ke?

"Ziyad, kalau awak cinta dia..."

"Saya kahwin dengan dia." 

Tegasnya suara lelaki ini. Tapi,

"Saya cinta awak sorang. Hati saya, setakat ini, milik awak aje. Esok-esok, tak tahulah pulak," Ziyad tarik nafas sebelum melirik ke wajahku. Sebentar cuma, namun senyuman manis di bibirnya, mengusik hatiku. "Dia, Lili tu, dah salah faham. Saya tak pernah cakap saya suka dia. Atau cakap saya kesiankan awak. Tak pernah! Tapi, saya suka tengok muka awak tu. Ada cemburu, ada rasa panik, ada ketakutan akan kehilangan saya, kan? Thank you! Saya hargainya. Semua tu memberitahu saya yang awak ada hati pada saya, kan? Awak cintakan saya juga, betul tak, Kay?" 

Aku nak mengaku ke tidak ni? 

"Tak mengaku pun tak apa. Janji, awak akan kahwin dengan saya. Lepas kahwin, kita isikan hati dan hari-hari kita dengan cinta. Nak tak?" 

Alamak... bestnya!

"Hmm, baru nak senyum sikit. Kay, mula-mula awak tolak lamaran mak, saya memang geram pada awak. Saya rasa kepala otak awak ni tak betul bila gambar saya pun awak tak nak tengok. Tapi, lepas tu, saya redha. Mungkin belum jodoh kita, itu yang saya fikirkan. Saya jumpa babah awak dengan mak cik. Saya luahkan rasa terkilan tapi babah awak cabar saya. Dia cakap, awak belum kenal saya. Tak kenal maka tak cinta. Jadi, dengan restu keluarga kita, saya dekati awak. Sebenarnya, Allah dah aturkan semuanya. Bila kita kenal, cinta itu makin mekar dalam hati. Syukur, awak dah boleh terima saya. Tapi, saya tak tahu isi hati awak. Sebab tu, Lili enterframe. Saya menang, kan? Saya tahu, awak cemburukan dia. Cemburu tu tanda sayang. So, kita tak payah nak tunggu dan bertangguh lagi. Dah tiba masa kita kahwin dan dapat anak," Ujar Ziyad panjang lebar. Aku terpesona. Sungguh!

Jodoh itu ketentuanNya. Jika dia jodohmu, larilah ke manapun, kamu akan balik kepadanya. Tapi, jika tidak berjodoh, cintalah bagai nak rak pun, dia tetap jadi hak orang lain. Berkahwin dengan orang yang dicintai, memang membahagiakan tapi tentu lebih bahagia jika cinta sentiasa mekar sepanjang hidup berumah tangga itu. Jangan cinta hanyut dek nafsu, tak guna semua tu. 
.....................


Akhir


Setelah lebih setahun kami mendirikan rumah tangga, Ziyad masih belum tahu mengapa aku menolak lamarannya. Dia masih kubiarkan tertanya-tanya. Kerana bagi diriku, ada perkara yang perlu aku rahsiakan daripada pengetahuan semua orang. Ada rahsia yang perlu kusimpan hanya untuk diriku. 


Tapi, rahsia tetap akan terbongkar juga. Satu hari! Satu waktu! 


Siapa yang menjadi dalangnya? Siapa lagi kalau bukan Lili. Ya, Lili! 


Lili dendam amat padaku. Dia bencikan aku kerana dia anggap akulah punca kenapa dia tidak berjaya menawan hati Ziyad. Dia dah berusaha. Segala macam muslihat sudah dibuat untuk memiliki suamiku namun dia gagal melakukannya. Sehinggalah kejadian dua minggu yang lepas. 


Kami sedang turun dari kereta untuk melangkah ke rumah Amirul. Amirul, bekas tunang Lili. Mereka tak jadi kahwin kerana bagai dikata oleh perempuan itu, mereka tidak ada jodoh. 


Kata Ziyad, kami datang ke mari kerana hendak menjenguk adik Amirul yang sedang sakit tenat. Ahmad namanya. Dia baru pulang dari luar negara. Tak sampai sebulan kembali, dia dimasukkan ke hospital. Kini, kononnya, doktor membenarkan pesakit pulang atas permintaannya sendiri. Mungkinkah kerana ajalnya sudah menghampiri?


Entah mengapa hatiku rasa longlai. Dadaku berdegup degap. Dan, aku cemas. Aku sendiri hairan. Tak pernah aku begini. 


Amirul menyambut kami dengan senyuman tapi aku perasan matanya memerhatiku tajam. Kenapa?


"Kay, yang sakit tu, Ahmad Fazlan. Ingat dia lagi?" 


Pasti bola mataku bulat kini. Nama itu.... sudah lama tidak kusebut. Sudah lama aku melupakannya. Tapi, sudahnya, ia hadir kembali. Wajahnya hadir bersama sebuah senyuman di tubir mata ini. 


"Faz...Faz lan? Adik abang Mirul?" Aku tergagap-gagap mengucapkannya. 


Amirul anggukkan kepalanya. 


"Dia sakit?"


Sekali lagi Amirul mengangguk sambil memberitahuku, "Dah lama dia sakit. Sejak lebih kurang dua tahun dulu,"


Lebih tepat lagi, dua tahun, empat bulan, lima belas hari yang lalu. Dia, lelaki pertama yang menghulurkan cintanya padaku. Meminta aku membalas cinta itu namun belum sempat cintanya kusambut, dia pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi, kami bermesra di alam maya. Kucuba memberikan kasihku kerana kasihankan dia. Tapi, dia tak menghargai perbuatanku. Tiba-tiba sahaja, dia putuskan perhubungan denganku. Aku dibiarkan tertanya-tanya dan keliru. 


"Siapa Fazlan dalam hidup Kay," suara suamiku yang tegas berbisik, mengejutkan aku daripada lamunan. 


Aku tak berdaya hendak menjawab soalan itu. Haruskah aku berterus terang kepada Ziyad bahawa, kerana Ahmad Fazlan, aku campakkan semua nama lelaki lain dari hidupku? Aku belum mencintainya tetapi aku sudah berlagak setia sehinggalah aku dikhianati. Sebab itu aku begitu berhati-hati dengan lelaki. Tidak berani menaruh perasaan, bimbang aku terluka sehinggalah Ziyad membuka kuncinya.


Kami melangkah masuk ke dalam bilik yang kelam. Di atas katil, aku melihatnya. Dulu, temanku ini, tegap orangnya. Tapi, kini jauh berbeza. Dia sudah terlalu kurus dan lemah. Bagaikan rangka yang bernyawa sahaja. 


Aku tak hiraukan sesiapa lagi. Aku meluru ke katil, menghampiri Fazlan. Namanya kulaung sehingga sepasang matanya terbuka, merenungiku. 


"Kay, kau datang jugak, Kay. Terima kasih," Fazlan bersuara antara kedengaran dengan tidak. 


Aku menangis. Aku sedih. Terutama bila Amirul memberitahu padaku bahawa Fazlan memutuskan untuk melupakanku apabila dia tahu, dia menghidap barah hati. Lagilah aku dilanda rasa bersalah yang amat sangat. Selama ini aku sangka dia meninggalkan aku tanpa berita kerana dia dah ada perempuan/kekasih yang lain. Rupa-rupanya, dia tidak mahu aku risaukan dirinya. Dia tidak mahu membelenggu diri ini kepadanya. Tidak mahu aku kasihankan dia. Sungguh, dia berkorban untukku. Tapi, aku? Aku terpikat pada Ziyad.   


Aku menemani hari-hari terakhir Fazlan tanpa sedar perbuatanku menyakiti hati suamiku sendiri. Apatah lagi, Ziyad tidak langsung menegur perbuatanku. Ziyad sepi, tidak pernah mengungkit. Kufikir, dia redha. Kufikir, dia faham. Namun satu hari, meletus kemarahannya. 


"Kay ingat abang ni apa? Kay tak peduli perasaan abang langsung! Kay sibuk dengan dia. Jaga dia. Abang?"


Baru aku tahu, aku silap. Betapa berdosanya aku pada Ziyad. Aku cuba memberitahu bahawa aku hanya ada rasa simpati kepada arwah Fazlan. Aku cuba memberitahu bahawa aku tak pernah ada rasa cinta untuk lelaki itu. Aku cuma kasihankannya. 


Manalah aku tahu yang Lili dah racuni fikiran suamiku. Manalah aku menyangka bahawa Ziyad sudah dipengaruhi makhluk perosak rumah tangga itu. Namun, bila Ziyad sudah semakin renggang dariku, aku tahu, aku harus bertindak kalau aku tidak mahu kehilangannya. Aku harus lenyapkan Lili dari hidup kami. 


Dengan sokongan keluarga mentua dan ibu bapaku, aku nekad mendepani Ziyad. "Siapa yang abang lebih sayang sekarang, Kay atau Lili?" tanyaku. 


"Lili sepupu abang, Kay."


"So, tak ada cinta?" 


Matanya buntang. "Kita kahwin sebab apa? Sebab abang cintakan Kay. Cinta tu tak luak pun. Yang Kay dok suruh abang cintakan Lili ni, kenapa? Nak sangat abang madukan Kay dengan dia?" suara Ziyad bergema dengan lantang sekali. 


"Habis, abang ingat, bila dah jadi isteri abang, Kay sanggup ke curang dengan abang? Sanggup ke Kay nak lepaskan abang pada Lili? Fazlan tu kisah dulu. Bukan ada rasa apa-apa pun pada dia. Hanya kesian aje. Tapi, Lili tengah nak rosakkan hubungan kita berdua. Dia cakap apa entah pada abang, abang balik rumah, abang marah Kay. Abang kata Kay macam-macam. Abang rasa, Kay nak bersabar aje ke dengan sikap abang ni?" 


Ziyad terpegun melihatku. Agaknya, baru dia tahu angin aku macam mana. Kalau tidak, baik aje. Sekarang, baru dia kenal siapa Khairiyah. 


"Abang marah Kay, sebab abang cemburu pada Fazlan. Tak ada kaitan dengan Lili. Dia memang cuba racunkan fikiran abang tapi dia tak berjaya. Kami masih baik sebab dia tu anak saudara kesayangan umi, itu aje!"


Erkk, aku dah salah faham ke ni?


"Kay kena tadah telinga, tahan kemarahan abang sampai abang berjaya lenyapkan rasa cemburu abang ni. Faham?"


"Amboi! Berapa lama tu?" marahku. 


Ziyad kenyitkan matanya. "Sabar aje la. Abang dah makan hati selama dua minggu, tahu. Kay? Baru berapa hari, dah bengkek! Baru tahu kan, macam mana sakitnya kalau kita diserang cemburu?" ujarnya, menarik aku ke dalam pelukannya yang mesra.


Aku akhirnya ketawa. Beria-ia aku ingatkan dia dah jatuh hati pada Lili, rupa-rupanya, dia cemburu saja. Adoyai... Tapi, Lili?


"Jangan risaukan Lili. Dia dah jumpa pengganti abang. Sekarang ni dah tak boleh lekang lagi dah,"


Aku tarik nafas lega. Ziyad pula ketawa melihatku. Pelik kan? Aku cemburukan Lili. Lili cemburukan aku. Ziyad pulak cemburu pada lelaki yang sudah tiada di dunia ini. Macam-macam mainan perasaan. Tapi, itulah yang indahnya. Tanpa perasaan, warna warni cinta tidak kurasa. Betul tak? 


Dia tetamu hatiku. Hadir dalam penolakan. Aku tidak mahu menyambut kehadirannya tapi, tetamu hati ini membawa cinta yang mekar indah, yang tak mampu aku menepis lagi. 


Wahai tetamu hatiku, cintai aku. Kerana, aku tidak akan melepaskan kau keluar dari hati ini. Selamanya, insya-Allah...


.................
Thanx, kerana sudi baca kisah biasa-biasa ini. 

12 ulasan:

  1. yay, dah boleh komen. hihi.

    kak, saya suka hero yang confident nih walaupun boleh tahan tahap cemburunya tu.

    thanks kak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. give me 5 hajar!!! sama la kite :P

      paling suka ziyad suruh kay tadah telinga sampai hilang cemburu tu...comel je

      Padam
    2. hehe.. macam2 you all nih..

      Padam
  2. best. best sgt cite ni. serius tak reti nak komen apa sbb best sgt. haha.

    BalasPadam
  3. aduhai..ziyad ni mmg sangat memikat orangnya..
    suka dgn ketegasan n kesungguhan ziyad dlm memaknakan
    ikatannya dgn kay..
    kdg2 walapun kita brtemu dgn seseorang..kita
    x tahu jodoh itu milik siapa sampailah waktunya..
    best kan sofi..mac selalu,sentiasa membuai dan
    ada nilai yg diselitkan..
    teruskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas sokongan padu yang diberi...

      Padam
  4. best kak.. Heheehe tak tergantung da cite nie..

    Kak nak tny nape tiada yg lain takleh nak koment. Penat duk komen hr tu sll kene tolak.. Just nak tny da hbs ke.. Smpai bab 36 je..? Klu yea mmg la tak puas bc.. Hehehe akak bwt la SE yea..? Hehhehe ( PSM )

    BalasPadam
    Balasan
    1. lambatlah pulak nk balas hehe... kak sofi sdg siapkan manuskrip TYL. harap bersabar, ya!

      Padam
  5. hoho,, suka suka..
    klu dh jodoh tolak pinangan 10 kali pun akn kawin jgk..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.