Langkau ke kandungan utama

Tetamu Hati - Akhir


Akhir

"Ziyad," 

Suatu suara lembut beralun, menyapa telingaku. Saat aku berpaling, Ziyad sudahpun bangun dan mendekati gadis itu. Mereka terlalu dekat. Rapatnya! Hatiku semakin parah bila Lili menyentuh pipi lelaki yang baharu saja meluahkan perasaannya padaku. Aik? Apa pulak ni? 

"Aku cintakan kau, Ziyad. Aku cintakan kau. Jadi, aku tak boleh lepaskan kau pada dia, Ziyad. Tak boleh!"

Aku termangu. Sungguh, inilah kali pertama aku mendengar suaranya dan hatiku memekik mengharapkan agar dia diam sahaja. Bisu, lagi bagus! Sebab, sekarang tiap patah kata yang meniti bibirnya, sembilu buatku. 

"Lili?" 

Suara emak mentuaku.. maaf ya, suara bakal emak mentuaku, melantun kuat seraya menarik tangan Ziyad menjauhi tubuh sasa itu daripada Lili. Mujur... Kalau tidak, rasa-rasanya, Lili sudah bersedia untuk memeluk lelaki itu pula. Haih... risau aku dibuatnya.

"Mak ngah, tolong Lili. Lili cintakan Ziyad. Lili sayang Ziyad. Dia," Lili menudingkan jari telunjuknya ke arahku. "Dia, perempuan yang mak ngah nak sangat jadi menantu mak ngah tu, bukan calon isteri yang sesuai untuk Ziyad. Dia pentingkan diri. Dia garang. Dia sombong. Ziyad tak perlukan dia, mak ngah. Ziyad tak sesuai dengan dia. Ziyad,"

Aku rasa wajahku dah pucat lesi. Kata-kata Lili yang penuh kesungguhan itu buat aku takut. Aku kini tersandar di bonet keretaku. Aku rasa kakiku sudah lemah. 

"Lili, kenapa dengan kamu ni? Sakit?" 

Mak cik Roza yang asyik berbalas cakap dengan Lili. Ziyad? Aku ambil peluang memerhati lelaki itu yang kini kaku di sisi ibunya. Wajahnya keruh namun dia tak sedikitpun mengalihkan pandangannya daripada Lili. 

Apa ni? Lakonan lagi? Berdebar lagi hati ini. Semakin gelisah. Dan dalam resah ini, jari jemariku bertautan. Saat itu, cincin di jari manis, mengingatkan aku pada kata-katanya. Lantas, aku pusing-pusingkan cincin itu sambil kembali mendongak, melihat sandiwara antara Ziyad dan Lili. Kalau ini hanya lakonan... habislah! Kecewalah aku! Tak kahwinlah nampaknya! 

"Sejak bila kau cintakan aku, Lili?" 

Kenapa Ziyad tanya soalan itu pada Lili? Apakah dia juga ada menyimpan perasaan kepada gadis itu?

"Dah lama, Ziyad. Sejak aku tahu maksud cinta itu lagi. Ziyad, kau tak boleh pura-pura lagi. Aku tahu, kau jugak cintakan aku. Kau cuma kesian pada dia aje! Kau cakap macam tu pada aku hari tu, kan?" 

Ziyad kasihankan aku? Ziyad tak cintakan aku? Tapi, tadi? Tadi tu apa? Bukan Ziyad meluahkan rasa cintanya pada aku ke? Aku keliru bila tadi, Ziyad cakap lain, sekarang, Lili cakap lain pula. Siapa yang harus kupercaya?

Ziyad gelengkan kepalanya. Bila dia renungi aku, aku nampak dia kelihatan terkejut. Mungkinkah kerana dia rasai pilu hatiku ini?

"Lili, kamu ni dah tak betul ke? Tunang kamu, si Amirul tu, kamu nak buang ke mana?"

Ziyad terangguk-angguk. "Mujur mak tanya. Kalau tidak, saya pun dah keliru ni. Tak sangka betul. Hensem sangat ke anak mak ni sampai dua tiga orang perempuan mengaku cintakan saya dalam waktu yang sama?"

Aku tak salah dengar ni! Wah, bukan main lagi dia? Perasan sungguh! 

"Tapi, siapa sebenarnya yang kamu nak pilih ni?" Mak cik Roza pun nampaknya dah berbulu dengan perangai anak lelaki dia yang berlagak nih. Hah... jawab! Jangan tak jawab! Pilih cepat! Hatiku mencabar dia.

"Laa, kan saya dah pun lamar dia tadi? Pilihan saya satu sahaja. Cik Khairiyah binti Muhamad Aizat. Tak ada dua tiganya, mak," tegas Ziyad. Aku jadi sedikit lega. 

"Habis, si Lili ni?" 

"Mak uruskanlah dia. Mak yang atur semua ni, kan? Mak bincang dengan besan mak, mak cik Shimah ni. Ya, mak cik, ya?" 

Entah bila emak serta seluruh kaum kerabat berada di sekeliling kami, aku pun tak tahu. Yang pasti, emak sedang tersenyum pada Ziyad sambil mengangguk. 

"Mak cik, saya nak bawak anak mak cik pergi beli barang hantaran. Boleh?" Ziyad tanya, tapi aku dah gelabah. Pelik lelaki ini. Soal antara dia dengan Lili belum selesai, dah sibuk nak bawa aku keluar shopping.

"Pergilah. Tapi, balik awal sikit. Makan malam di sini nanti. Jemaah maghrib sama-sama dengan pak cik nanti," Ibuku ceria membalas. 

Tiba-tiba aku teringat, "Awak, dompet saya kat dalam bilik," 

Ziyad sengih. "Relakslah! Hari ni saya belanja awak,"

"Tapi?"

Ziyad buka pintu keretanya, terus tolak aku masuk ke dalam dan sebaik masing-masing sudah memasang tali pinggang keledar, dia terus memecut laju meninggalkan pekarangan rumah ibuku. 

Aku sepatutnya rasa gembira tetapi, kenapa tak mampu nak tersenyum pun?

"Jangan pedulikan Lili. Apa yang dia cakap tadi tu, awak jangan ambil pusing. Dia keliru," Ziyad cuba meyakinkan hatiku.

Aku pandang dia. Sikitpun tidak ada rasa bersalah? Hatinya batu ke?

"Ziyad, kalau awak cinta dia..."

"Saya kahwin dengan dia." 

Tegasnya suara lelaki ini. Tapi,

"Saya cinta awak sorang. Hati saya, setakat ini, milik awak aje. Esok-esok, tak tahulah pulak," Ziyad tarik nafas sebelum melirik ke wajahku. Sebentar cuma, namun senyuman manis di bibirnya, mengusik hatiku. "Dia, Lili tu dah salah faham. Saya tak pernah cakap saya suka dia. Atau cakap saya kesiankan awak. Tak pernah! Tapi, saya suka tengok muka awak tu. Ada cemburu, ada rasa panik, ada ketakutan akan kehilangan saya, kan? Thank you! Saya hargainya. Semua tu memberitahu saya yang awak ada hati pada saya, kan? Awak cintakan saya juga, betul tak, Kay?" 

Aku nak mengaku ke tidak ni? 

"Tak mengaku pun tak apa. Janji, awak akan kahwin dengan saya. Lepas kahwin, kita isikan hati dan hari-hari kita dengan cinta. Nak tak?" 

Alamak... bestnya!

"Hmm, baru nak senyum sikit. Kay, mula-mula awak tolak lamaran mak, saya memang geram pada awak. Saya rasa kepala otak awak ni tak betul bila gambar saya pun awak tak nak tengok. Tapi, lepas tu, saya redha. Mungkin belum jodoh kita, itu yang saya fikirkan. Saya jumpa babah awak dengan mak cik. Saya luahkan rasa terkilan tapi babah awak cabar saya. Dia cakap, awak belum kenal saya. Tak kenal maka tak cinta. Jadi, dengan restu keluarga kita, saya dekati awak. Sebenarnya, Allah dah aturkan semuanya. Bila kita kenal, cinta itu makin mekar dalam hati. Syukur, awak dah boleh terima saya. Tapi, saya tak tahu isi hati awak. Sebab tu, Lili enterframe. Saya menang, kan? Saya tahu, awak cemburukan dia. Cemburu tu tanda sayang. So, kita tak payah nak tunggu dan bertangguh lagi. Dah tiba masa kita kahwin dan dapat anak," Ujar Ziyad panjang lebar. Aku terpesona. Sungguh!

Jodoh itu ketentuanNya. Jika dia jodohmu, larilah ke manapun, kamu akan balik kepadanya. Tapi, jika tidak berjodoh, cintalah bagai nak rak pun, dia tetap jadi hak orang lain. Berkahwin dengan orang yang dicintai, memang membahagiakan tapi tentu lebih bahagia jika cinta sentiasa mekar sepanjang hidup berumah tangga itu. Jangan cinta hanyut dek nafsu, tak guna semua tu. 

Thanx, kerana sudi baca kisah biasa-biasa ini. semoga anda suka akan Ziyad dan ketegasannya memiliki cinta tetamu hatinya, Kay. Peace...

Ulasan

  1. Cikgu Sofi,,,
    dah tamatke? macam tergantung saja..
    Lili tu macammana boleh muncul pula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan ada special edition nanti, k! hehe...

      Padam
  2. best, kelakar dan semua ada la.. tq sofi...

    BalasPadam
  3. dh tamat kha?? mcm tgantung je.. cba ada special n3 ker?? hehe lbh pulk.
    thnks ya sofi ^.^

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…