apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.5.12

Tetamu hati 3



3

Aku sedang berada di Giant, Wangsa Maju. Saja-saja isi masa lapang, berjalan-jalan ambil angin kat sini. Sambil-sambil tu, boleh juga cuci mata tengok beg tangan dan blaus yang cantik-cantik untuk kupakai sebagai belasahan ke sekolah. Member kat sebelah nampak risau pulak. Hisy, apa dia ingat aku nak pinjam duit dia ke beli semua baju-baju ni? Kirim salam! Aku pun ada duit la. Belum sengkek lagi, alhamdulillah. 

Inilah antara sebab kenapa aku tak minat lelaki yang seorang ini. Namanya Zikri, cikgu Zikri. Mengajar di sekolah yang sama denganku. Dengar khabar, dah lama menaruh hati padaku. Tapi, dia ni pengecut sikit, tak mahu berusaha memenangi hatiku ini. 

Nak tahu? Kami 'dating' hari ini pun, aku yang pelawa. Aku janji, semua 'on the house', maksudnya, minyak kereta dia, makan tengah hari, malah kalau dia nak beli apa-apa, aku belanja. Macam terdesak aje aku, kan? Tapi, mamat ni suka. Ah... lelaki!

Mengapa aku ajak Zikri keluar? Hmm, sebab....., sebab si dia yang seorang itulah! Si Ziyad tu! Aku terpaksa tebalkan muka ajak Zikri keluar sebab aku nak elak si Ziyad yang dah macam orang angau kat aku. Aku takut betul dengan dia. Dengan cara dia. Eeii, sangat-sangat bersungguh-sungguh dia nak memikat aku, seperti yang dikatakannya padaku dahulu. 

Kenapa aku larikan diri? Kenapa aku takut? Kenapa aku tak mahukan Ziyad? Sebab aku bodoh. Itu kata Azura padaku. Mungkin kot! Tapi, tak juga. 

Aku kurang yakin dengan Ziyad, itulah yang aku rasa. Ziyad Irsyadi sudah biasa dipuja gadis-gadis. Mungkin, dia mendekatiku kerana dia rasa tercabar dengan penolakanku. Aku simpulkan, dia minat pada aku sebab ego dia tercalar. Aku tak nampak keikhlasan pada dirinya. Yang aku nampak ialah kesungguhan untuk memiliki. Aku yakin, nanti, bila dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya, dia akan tinggalkan aku. Jadi, lebih baik awal-awal lagi aku mengelak. Senang!

"Hai, jumpa kat sini kita, ya? Apa khabar, Kay?" 

Baharu sahaja teringatkan dia, dah terjengul kat depan mata. Segaknya dia memakai seluar khaki dengan T-shirt berkolar warna hijau muda. Biasalah, pegawai tentera, kan? Sering menjaga penampilan. Kacak dan menawan. 

"Your date?" tanya dia lagi sambil mendekatkan dirinya padaku. "Tak boring ke keluar dengan dia? Dekat sejam jalan sana sini, cakap sepatah dua aje. Jalan jauh-jauh pulak tu?" bisiknya. 

Bulat mataku merenung dia yang sedang tersenyum sinis. Ketika aku nak balas cakapnya, Zikri mencelah pula, "Kay, siapa ni? You tak kenalkan pada I pun,"

Amboi cikgu Zikri? Ber I - you pulak dah! Uisy!

Aku ingin memperkenalkan Zikri pada Ziyad. Biar Ziyad tahu dia tak ada tempat dalam hatiku ini. Tapi, aku silap perhitungan. Ziyad lebih cekap dari aku.

"Hai, saya Ziyad. Sebenarnya, maaflah... tapi saya kena beritahu awak, encik..."

"Zikri,"

"Ah, Zikri. Cikgu Zikri, ya? Actually, kita ni rivals. Musuh. Awak nak rebut gadis yang saya suka ni. Kay tak beritahu awak, ke?"

Selambanya dia! Mengaku macam tu pada Zikri? Sakitnya hatiku melihat sikapnya. Langsung tak peduli nak jaga maruahku. Tentu sekarang Zikri fikir yang bukan-bukan tentangku. Aduhai, kenapalah aku kenal dengan Kapten Ziyad Irsyadi Abd Fatah ni? Kenapa? 

"Kay? Tolong jelaskan pada I apa semua ni?" pinta Zikri lemah. 

Aiseyy man! Tak bolehkah Zikri berlagak macho sikit untuk berebut dengan Ziyad? Kenapa dia sangat-sangat lemah. Kalaulah dia sudi mempertahankan aku, mungkin aku boleh jatuh hati padanya. Tapi tengoklah tu. Macam nak mengalah saja....

"Saya tak ada apa-apa nak jelaskan pada awak, Zikri. Kita keluar, makan, jalan-jalan... itu saja, kan? Tak ada apa-apa niat lain," balasku tulus. Dan, leganya rasa melihat anggukan Zikri. 

"Then, I nak balik. Jom, I hantar you," 

Aku angguk sambil menjeling ke arah Ziyad yang tersenyum lebar. Dengan muka tak malunya, dia mengekori kami ke tempat parkir. Mungkin dia ternampak kerut di dahiku, cepat saja dia memberitahu, "Saya pun nak balik jugak,"

Tahu apa yang terjadi? Boleh pulak tayar kereta si Zikri tu pancit? Dua-dua tayar sebelah kanannya, leper menyentuh jalan. Kenapalah jadi macam ni?

Tiba-tiba Ziyad menghampiri kami dengan keretanya. "Kenapa tu?"

"Pancit," jawab Zikri dengan wajah 'blur'nya. 

Ziyad dah turun daripada keretanya. "Nak saya tolong tukar tayar?" tanya dia sambil menyingsing lengan baju. Nampak bersedia nak mulakan tugas. 

"Eh, tak payahlah, awak," Aku yang menjawab. Secara logiknya pun, tayar ganti cuma ada satu sahaja. Jadi, apa pun, kena panggil mekanik jugak, kan? Lebih baik terus telefon mana-mana kedai tayar berdekatan. Mudah!

Zikri memandang wajahku bila aku menolak pertolongan Ziyad. Lalu aku terus sahaja mengeluarkan wang kertas RM200 kepadanya. Sorok-sorok, kumasukkan dalam genggamannya. "Kat seberang sana kan ada kedai tayar? Awak pergilah ke kedai tu. Mintak tolong dia orang baiki tayar kereta awak tu,"

Zikri angguk. "Habis tu, you macam mana?" tanya dia. 

"Tak apa. Saya boleh hantarkan Kay balik," Ziyad tarik tanganku lalu menolak aku masuk ke dalam kereta Viosnya. Memang tak sempat aku nak cakap dan buat apa-apa langsung!

Bila agak jauh kereta bergerak, ketawa Ziyad meledak. "Hmm, puas hati saya ni! Ada hati dia nak tackle awak, eh? Lepas tu, punyalah baik, kan? Awak belanja dia macam-macam! Kenapa, Kay? Nak kata awak ni terdesak sangat, tidak! Tapi, tak rasa rugi ke berhabis duit untuk Zikri tu?" 

Ayat lain aku tak peduli tapi ayat yang pertama tu, aku tak faham. "Awak puas hati? Kenapa?" tanyaku, ingin tahu. 

"Sebab saya dah pancitkan tayar kereta dia," Hahaha....

Ziyad memang sentiasa berjaya membulatkan mataku ini. Buat aku tercengang. Buat aku terpanar. Aku betul-betul tak percaya dengan apa yang baru kudengari. Sungguh!

"Dan, saya akan buat begitu pada semua kereta teman lelaki awak yang lain," ujarnya lagi penuh keyakinan. 

"Tapi, kenapa?" tanyaku. Hairan dengan sikapnya.

Ziyad memberhentikan keretanya di bahu jalan. Lama dia pandang ke hadapan. Sengaja buat aku kegelisahan. Sengaja buat aku berdebar. Dia kemudian berpaling, seluruh perhatiannya kini tertumpu padaku. Daguku diangkat supaya dia dapat merenung jauh ke dasar hatiku agaknya. 

"Sebab, awak buah hati saya. Wanita idaman saya. Satu-satunya yang entah mengapa, tak berjaya saya buang daripada ingatan, walaupun dah puas saya cuba melakukannya. Dah enam bulan, Kay! Enam bulan lamanya awak cuba lari dari diri ini. Awak tak rasa ke yang awak gagal jauhkan saya dari hidup awak? Kita berdua ada chemistry, Kay. Honestly, saya tak tahu apakah ini cinta ataupun just infatuation. Tapi, saya nak awak beri kita berdua peluang untuk saling mengenali, Kay. Jangan tolak saya lagi, boleh kan?"
...............
cerpen ni aku belasah saja. idea spontan. jadi, kalau rasa macam kurengg... maaf ya. semoga setia menunggu sambungannya...

1 ulasan:

  1. Nama dh sama, nama suami pn dh nk hmpir sama fikri zikri.....ish2

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.