Langkau ke kandungan utama

Tetamu hati 2

 
2

Yang seronoknya bila pergi ke majlis formal begini, tentulah masa makan. Wah, tertib aje semua duduk menanti makanan dihidangkan. Lepas satu, satu 'course' diletak di hadapan untuk dijamah. Aku paling suka masa makan sup. Ada roti, aku cecahkan aje roti tu dalam sup cendawan yang pekat. Makan pelan-pelan macam akulah perempuan Melayu paling sopan, kihkihkih....

Ziyad Irsyadi? Ada kat sebelah aku ni. Tapi, percaya atau tidak kalau aku cakap, sejak aku masuk dalam kereta dia, aku jadi minah bisu. Sikitpun aku tak bercakap dengan dia. Kenalkan diri aku pun tidak. Perasanlah jugak yang dia sering jeling-jeling pada aku, tapi tak kisahlah! Tengoklah! Pandanglah! Peduli apa aku....

"First time, saya bawak perempuan bisu ke 'mass night', tau," 

Eeeii, bisik-bisik pulak mamat ni. Tak kuasa! Tapi, aku diam aje. Bisu pun, bisulah... asal dia tak ganggu aku sudah. Hehe...

Dia? Memang hensem orangnya. Tinggi. Kulitnya aku rasa, putihlah dulu... tapi sekarang, mungkin kerana sudah sering berjemur di padang kawad, dah bertukar gelap sikit. Bila dia bercakap, memang cair dengar suara dia. Yang paling memikat tentu sahaja penampilan kacak dan bergaya bila mengenakan pakaian serba putih 'mass kit' itu. Makk aiii, memang menyerlah kelebihannya. Memang tumpaslah jejaka-jejaka lain yang ada di sekeliling kami. Malah, ramai juga gadis-gadis yang menjadi pasangan pegawai-pegawai lain, terintai-intaikan 'pakwe' aku tu. Hmm, rasa banggalah jugak...

"Betul ke awak ni bisu?" Aku mendengar soalannya. Nak tergelak pun ada tapi aku diamkan sahaja. Pelik rasa hatiku. Kenapa dia tanya begitu?

Malam berakhir sudah. Aku dihantarnya pulang. Wajahnya penuh bosan.  Aku yakin, lepas ni, dia taubat, tak ajak aku jadi teman dia lagi. Kerana, aku ini tak boleh dibawa ke majlis. Aku tak reti nak sembang, aku tak reti nak bergaul. Jadi, aku dah macam kera sumbang tadi. Azura pelik tengok muka aku. Asyman pun macam tak percaya sahaja. 

Sampai depan rumah, dia paling padaku. "Lain kali, tolak saja pelawaan Zura tu. Tak payah jadi teman saya kalau lagak tu macam takut benar dengan diri saya ni. Hello, saya tak ada penyakit berjangkitlah! Saya ni lelaki normal aje,"

Marah nampak? Apa aku nak jawab ni?

"Awak tak terpikat dengan saya, ke?" soalnya. Wah, perasan betul dia! 

Baru sekali keluar bersama, dah boleh terpikat ke? Soalan apa ni? Apa yang istimewa sangat tentang dia yang boleh menyebabkan aku terpikat padanya? 

"I guess not," dia jawab sendiri soalan bodohnya tadi. "Tapi," 

Dahiku sudah berkerut menanti. 

"Saya dah terpikat dengan awak. Aksi ganjil awak ni buat saya ingin dekati awak. Saya tahu, awak buat perangai ni sebab awak nak buat saya bosan dan jauhkan diri lepas ni. Awak silap, Kay. Ops, Cik Khairiyah binti Mohd Aizat. Cikgu Khairiyah,"

Mata kami bertentangan. Ah, di sinilah bermula kesilapanku. Orang kata, cinta bermula apabila mata bertentangan kerana cinta itu akan turun ke hati. Mula membuat hati jadi berirama. Lagu syahdupun berkumandang. 

"Saya dah jumpa awak. Mulai malam ni, saya akan kejar awak, cikgu Kay. Larilah sejauh mana pun dari saya, satu hari, awak akan cintakan saya. Takdir jodoh kita dah tiba," kata Ziyad penuh yakin. 

Aku? Terpesonalah juga. Tapi, entah dari mana suara emak berkumandang lantang di telinga ini....

"Mak tak mahu menantu yang kacak, segak dan bergaya, Kay. Kalau lelaki macam tu, tentu kamu dah lama kahwin dah. Tapi, mak nak kamu kahwin dengan lelaki yang terbaik. Biar sakit mata tengok dia, jangan sakit hati bila dah hidup bersama. Jangan tengok pada harta dunia milik dia sebab nanti,  bila mati, dia bawak kain putih aje...."

Aku senyum. Faham maksud pesanan mak aku tu. So, Ziyad yang kacak lawa ni pun, tentu 'out' juga nanti. Mak tak akan setuju punya! Sebab, ciri-ciri yang mak mahu, tak aku nampak pada diri lelaki ini. Habislah....

Ulasan

  1. sofi, teruja menanti sambungannya.jalan cerita yg menarik utk diikuti macam selalu.......

    BalasPadam
  2. hahaha... kay2, apalah mak awak tu. pessimis sungguh ea!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? kan? sangat sangat pesimis

      Padam
  3. Alahhh... mak dia cakap mcma tu sebab si kay ni payah benor nk kahwin. Kalau mak dia jumpa jejaka yg betul2 syok kt ank dia? tenti si Kay ni x dpt nk elak... kan3

    BalasPadam
  4. aduh...kejamnya mak dia. agaknya surrender dah kut anak dia tak kahwin2. tapi the guy Ziyad, penuh azam dan tekad ...ha ha ha... tak boleh nak lari la cikgu kay lepas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg pun, x boleh larri dah hehe

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…