Langkau ke kandungan utama

Tetamu hati 1

Dah lama tak bercerpenan.. hehe, rosak bahasa.... ya, rindu pulak nak menulis cerpen. lalu terhasillah Tetamu Hati. Harap anda, sahabat-sahabat setia kak sofi... sukakannya....
..........................
1

Kalau aku boleh menyorok, ingin aku sembunyikan diriku daripada Azura yang tak habis-habis mahu mengganggu. Rimas betul aku dengan sikapnya. Tak tahu langsung nak mengaku kalah. Aku kunci pintu, dia cari kunci pendua dan masuk dalam bilik aku ni. Datang tayang muka monyok dia depan aku yang sedang enak baca novel. Dia tengok muka aku yang cun ni dengan sepasang mata yang sengaja dikuyu-kuyukannya. Hisy, lemas!  

"Bolehlah, Kay. Please!! Aku dah janji dengan Ash. Nanti dia marah aku sebab kawan dia tak ada teman. Sekali ni aje, Kay. Tolonglah!" rayunya entah untuk kali ke berapa.

Aku tutup novel. Aku tatap mata dia tajam-tajam. Tapi, kawan aku ni sikitpun tak hairan dengan jegilan aku tu. isk, sakit hati betullah! Sudahnya, terpaksalah aku bersuara jugak. "Berapa kali aku nak cakap yang aku tak nak pergi ke mass night tu. Aku tak suka pergi kem askar. Tak suka pergi ke wisma perwira, jumpa pegawai-pegawai tu semua. Aku tak minat! Faham tak ni?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak minat? Kau jugak yang cakap, kau, kalau nak kahwin, kau nak kahwin dengan lelaki yang pakai uniform. Ni, dah ada peluang nak cari calon suami, kenapa menolak pulak?" Azura menempelak.

Aku nyaris bisu dibuatnya. Hampir KO. Rasa nak tampar-tampar mulut aku yang pernah cakap bukan-bukan begitu. Sebab itu, lain kali, jaga mulut. Kalau tak ada benda penting nak cakap, baik diam! Sebab, kalau dapat kawan macam Azura yang punya daya ingatan 110%, memang hancurlah jawabnya. Sampai ke akar umbi dia cari akal untuk mengganggu gugat ketahanan diri aku ni hah. 

Memang dulu aku pernah cakap macam tu. Memang aku minat sangat dengan lelaki yang bekerja dengan memakai uniform. Askar atau polis, kastam ke... hmm, aku minattt... sangat! Tapi, bila dah semakin berumur ni, minat tu hilang dengan sendirinya. Mungkin kerana aku tak fikir yang aku ada peluang untuk berkenalan dengan mamat-mamat segak itu. 

Di sekolah, tempat aku mengajar, ada juga cikgu-cikgu yang pakai uniform pada hari Rabu. Ada yang pakai uniform pengakap, ada yang pakai uniform KRS, yang pakai pakaian seragam polis pun ada, tapi.... semuanya dah kahwin. Dahlah bilangan guru lelaki di sekolah boleh dibilang dengan jari, yang ada itu pulak kebanyakannya sudah berpunya. Maka, anak dara macam aku ni, yang sudah menjengah usia 28 tahun, hanya mampu gigit jari aje la!

"Kay! Khairiyah binti Mohd Aizat, kau dengar tak apa aku cakap ni?"

Angguk aje, senang. Azura ni, kalau naik darah, susah aku nanti. Alamat jalan kaki pergi ke sekolah. Mahu patah kaki aku esok, hehe....

"Nama dia Ziyad Irsyadi bin Abd Fatah. Umur 32 tahun. Dia tu kapten. Kalau tak silap aku, dia dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera. Pemegang ijazah Kelas Pertama bidang kejuruteraan Mekanikal di UPNM. Anak pasangan guru yang berasal dari Kuala Lumpur. Apa lagi yang kau nak tahu? Cakap cepat. Boleh aku SMS Ash lagi," 

Rasa nak ketawa aku dibuat Azura. Sanggup berbalas-balas mesej dengan pakwe dia, si Ashman, hanya untuk mengetahui tentang lelaki yang seorang tu. Pelik betul! 

Kutarik tangan Azura supaya dia duduk di hadapanku. "Aku tak faham, kenapa lelaki tu mintak tolong Ash carikan dia teman untuk pergi ke majlis tu. Dia tak boleh cari sendiri ke? Bawak sendiri kekasih hati dia?" 

Azura ketawa. "Oh, jadi, itulah sebabnya, ya? Kau takut kalau-kalau dia ni tak hensem, eh?"

Aku senyum kambing. Malu kena tembak dengan Azura. Dia ni, serba serbi tahu. Kaypoh betul!

"Untuk pengetahuan kau, Kay, Ziyad ni malas nak pilih," 

Pelik bunyinya. Malas nak pilih? Pilih apa? 

"Pilih antara yang ramai-ramai berderet nak ikut dia. Sebab itu dia suruh Ash carikan. Dia tak mahu nanti ada antara girlfriend dia tu merajuk,"

Aku naik hantu la. Apa, dia orang ingat aku ni tayar ganti? Belum kenal lagi aku dah tak berkenan dengan si Ziyad ni. Ewah, banyak sungguh makwe sampai tak tahu nak pilih, ya? Habis, aku ni nanti dia nak kenalkan sebagai apa? Tapi, Azura...

"Macam ni la, Kay. Kau tak suka askar dah, kan? Ziyad pulak tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Just go, sekali ni aje. Lepas tu, korang bawak haluan masing-masing. Boleh, kan?"

Hisy, macam manalah agaknya rupa si Ziyad buaya tu, kan? Harap-harap nanti, jangan dia ngap aku, sudah... Aku dah la tak pernah bercintan cintun nih! Nanti kalau tangkap lentuk, susah aku. Kan? 

Come on, Khairiyah! Perkara kecik aje tu! Kay kan kuat? Takkan jatuh cinta pandang pertama punya! Cayalah!  

Ulasan

  1. tak saba nak tunggu n3 selanjut ny.. Mmg suspen sesangat la... Thanks akak sudi m'bwt karya2 yg sll m'dpt tmpt d hati sy.. Sy sll join web akak n semue cite akak dlm web nie da sy khatam kn.. Trus kn b'karya sy akn trus m'bc n suprot akak dr jauh... ( peminat setia mu )

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx, my frined. sokongan anda semangat buat kak sofi..

      Padam
  2. camane la agaknye rupa ziyad tu...mesti ensem...hahaha...
    jgn ckp besa kay...kang jtuh t'golek² ssah...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. jatuh tangga x pe kot takut jatuh cita la pulak hehe....

      Padam
  3. best.... nak lagi kak.... x sabar ni....

    BalasPadam
  4. wah...
    mnrik crt ni...
    x sbr nak tngu n3...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…