apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.5.12

Suami belasah isteri. Boleh tak kalau isteri belasah dia balik?


Pernah tak anda dipukul suami? Kalau pernah, apakah perasaan anda ketika itu? Marah? Sedih? Sakit hati? Suka? 

Tentu yang paling nyata... anda kecewa. Lelaki tempat anda bermanja, menjadi tukang pukul pula. Mana aci, kan? 

Tapi, dalam hidup kita ni, perkara sebegini bukan luar biasa. Tidak ada yang mustahil. Suami belasah isteri sampai lebam, sampai nyawa-nyawa ikan, ada yang sampai mati pun! 

Mengapa? Mengapa ada lelaki yang begini? Dia sepatutnya memberi kasih sayang dan melindungi isteri namun dia pula yang menjadi duri dalam daging. Dialah yang memberi kesakitan! 

Ini suatu kisah yang diceritakan oleh seorang mentua. Anak perempuannya yang disayangi sejak lahir menjadi mangsa menantu yang kejam. Baca...
"Suatu hari saya tergerak hati untuk menelefon Yati, anak saya,  untuk bertanya khabar tetapi dimaklumkan anak saya tidak datang kerja kerana sakit. Lalu saya mengambil keputusan ke rumahnya yang hanya setengah jam memandu dari rumah saya. Sampai di rumah saya lihat kereta suaminya ada di garaj. Saya memberi salam tetapi tidak berjawab.
Oleh sebab pintu tidak berkunci, saya terus masuk. Dari arah pintu saya mendengar suara lelaki menjerit di tingkat atas. Saya pasti itu suara Nazri, menantu saya. Kemudian saya mendengar Yati menangis. Berkali-kali dia meminta maaf tetapi suaranya tenggelam dengan jeritan Nazri yang bagaikan orang gila sedang mengamuk.
Hati saya mendidih. Saya menjadi amat marah, sebagai ibu saya tidak pernah menengking Yati dan meninggikan suara dengan anak-anak. Tapi lelaki ini sudah melampau. Lalu saya berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas. Pintu bilik mereka tidak berkunci. Saya dapat lihat dengan jelas Nazri sedang memukul Yati. Saya terus menerpa dan mengheret Yati keluar."
Kalau andalah si ibu, apakah perasaan bila melihat anak anda, yang tidak sekali pernah anda jentik, dipukul oleh suami tanpa kasihan belas? Aku yakin, anda juga akan bertindak yang sama, membawa anak anda lari daripada neraka dunia itu, bukan? 

Cerita di atas, aku petik daripada DCCK  dalam Utusan Malaysia. Biasalah, kisah masyarakat ini memang menjadi tumpuanku sejak lama. Bukak utusan hanya seminggu sekali dan hanya di muka surat itu sahaja secara online, hehe. 

Teruskan membaca okey!

Bagi yang belum kahwin, janganlah percaya sangat pada lelaki ni. Belum kahwin, belum dapat, memang hipokrit kot... tapi, bila dah jadi suami, mulalah tunjuk belang rimau dia huhu! Jangan marah... 

2 ulasan:

  1. Lelaki skg ni lain dah. dua tahun lalu aku bersama sama dgn suami tp bila sya habis melahirkan anak sulong kami dia dah berubah...dia dah tak sentuh aku pun, yg paling teruk lg dia ketagih tengok2 web porno..aku bimbang sgt tk tau nk buat mcm mna sy fikir nk cerai je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 begitulah... manusia dan hati akan berubah...

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.