apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.5.12

Kau siapa nak benci aku? Uisy...



Membaca tulisan Alia Amalina, di facebook waktu dinihari ini, membuat aku termalu sendiri. 

‎"Jika ingin membenci seseorang, janganlah membenci dirinya. Tetapi bencilah pada perbuatannya. Manusia boleh berubah, perbuatan boleh berlalu. Taubat sentiasa terbuka. Adakala kita memaki manusia yang sudah bertaubat dan mengungkit-ngungkit kesalahannya yang lalu. Kita bukannya maksum untuk menghukum orang lain dan mereka bukannya syaitan untuk dibenci selama-lamanya... Mari mencintai saudara2 & sahabat2 handai kita sepertimana cintanya Rasulullah terhadap umatnya."
Sesungguhnya, kita sering melakukan perkara ini. Bila kita marah, kita ungkit perbuatan buruk orang itu selagi mahu. Kita lupa bahawa dia pernah buat baik pada kita. Kita benci dia! Dari kawan, dia sudah jadi musuh kita pulak....

Jadi, belum terlambat untuk muhasabah diri. Andai anda sedang membenci seseorang ketika ini, dah nak tidur tu, maka maafkanlah dirinya. Ingat, jangan benci orangnya tapi bencilah perbuatannya. Mungkin dia khilaf waktu itu...

salam...

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.