Langkau ke kandungan utama

Kau bukan untukku 5



Sebaik aku usai mengerjakan solat Maghrib, bunyi enjin kereta mengaum masuk ke laman rumah, menyedarkan aku bahawa detik penentuan sudah tiba. Kuintai melalui tabir jendela ke bawah. Kudapati, ibu dan ayahku turut tiba. Nampaknya, hari ini, hari perhitungan. Natasha mengotakan janjinya padaku satu waktu dahulu. 

Masakan aku boleh lupa, saat dan detik ketika dia pulang semula ke rumah ibu bapaku. Ketibaannya disambut meriah oleh kedua-duanya dan aku sekali lagi diketepikan. Namun ketika Natasha nampak aku ingin meninggalkan mereka, dia memanggil, mendakap tubuhku erat. Pada ayah dan ibu, tentulah anak kesayangan mereka merupakan insan pemaaf, yang sanggup memeluk diri ini meskipun akulah yang telah menghalau dirinya, secara tidak langsung. Namun, hanya aku yang tahu apa bisikan Natasha, kepadaku. 
“Sha akan pastikan kak long hilang kasih sayang semua orang. Sha akan pastikan kak long sendirian. Kak long akan hidup sorang-sorang! Abang Luqman pun akan Sha rampas dari tangan kak long nanti. Percayalah!” 
Ya, aku percaya, Sha. Aku percaya! Pasti, malam ini, malam kemenanganmu, dik. Pasti, malam ini, mereka akan buang aku dari hidup mereka, kan? Itu yang kau dah atur untukku. Kan, Sha? 

Kuseka air mata ini tatkala kudengar tombol pintu bilik tidurku dipulas dari luar. Tak perlu aku melihat siapa yang datang. Tak perlu aku pandang. Pasti Luqman! 

“Dah sedia, kak long?” 

Terkejut mendengar soalan itu, aku berpaling menghadap Natasha yang selamba duduk di birai katilku. 

“Kenapa terkejut nampak Sha? Oh.. kak long ingat abang Luqman yang naik, ya? Sori la! Dia tak ingin nak berdepan dengan kak long sorang-sorang, tau!” sinisnya.

Kuhela nafasku perlahan. Mengamati diri dan keangkuhannya yang tidak pernah berkurang. 

“Apa tengok-tengok? Kak long pun tahu, kan? Sha selalu menang dan kak long selaaalu jadi mangsa. Dan, kali ni, kak long KO terus. Tahniah!” ucap Natasha penuh bangga. 

Tuhan, selama ini, keluargaku membela seekor ular yang amat bisa. Yang sanggup mematuk orang yang memeliharanya. Inilah, susu yang diberi tapi dibalas dengan tuba. Tergamaknya dia! 

Alangkah pedih kenyataan ini. Kalaulah ibu dan ayah tahu, tentu hancur hati mereka. Anak yang sangat-sangat disayangi ini... Haisy! Siapakah yang akan percaya padaku? Luqman sendiri cakap aku ni terlalu cemburu, iri hati pada Natasha. Ayah dan ibu? Sejak Natasha pulang, aku bukan sesiapa lagi pada mereka. Tidak, aku harus terima apa sahaja yang terjadi. Biarlah aku yang terluka. Aku tidak mahu mereka disakiti. Tidak! 

Natasha melangkah ke arah pintu. “Cepatlah! Orang semua dah ada kat bawah tu,” 

Aku segera mencapai beg galasku. Beg pakaian sudah siap kukemas, dan sudah pun berada dalam bonet kereta. Ketika aku ingin melangkah keluar, mataku tertancap pada bingkai gambarku di sudut meja tepi katil. Gambar yang ditangkap oleh Luqman ketika kami berbulan madu di Chiangmai, beberapa bulan yang lalu. Dia tentu tidak mahukannya lantas aku ambil dan simpan gambar itu. Kupastikan tidak ada apa-apa tentang diri ini yang tertinggal untuknya. 

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Hah, bukan dia yang meninggalkan aku. Tapi, aku! Aku yang pergi bila dia membiarkanku... Aku yang keseorangan, tanpa cintanya!
Bila kamu tak lagi denganku... Ku
Tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang ku pergi darimu... Ku
Tak ada lagi di dunia ini
Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku

Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Aku duduk di satu-satunya tempat kosong yang ada. Jauh dari semua orang, jauh... jauh dari suamiku sendiri. Tidak mengapalah. Aku pasrah. Dia kulihat tunduk merenung lantai. Tidak sudi mengangkat wajah buat kurenungi untuk kali terakhir. Jijik benar dia pada diriku agaknya? 

Ibu mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Aku kasihan pada ibu tapi, aku keraskan hati. Aku tidak akan menyeka titis-titis air mata itu. Aku tak layak. Aku bukan anak kesayangannya. Kalau aku pergi, aku yakin, tangisan itu akan berhenti akhirnya. Kan Natasha ada? 

“Kenapa kamu buat Luqman macam tu, Nurul Aina Natalia? Tergamak kamu? Tak cium bau...” 

“Nat tak nak bela diri Nat, ibu, ayah. Nat tak berhak. Nat tahu tu! Jadi, Nat akan pergi. Nat akan pergi jauh dari semua orang. Nat ada di sini lagi, Nat tunggu abang, tunggu ayah ibu datang, dengan muka tak malu ni, sebab Nat nak mintak maaf. Nat mengaku, Nat salah,” pintasku. 

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku 
Engkau harga diriku 
Mengerti aku    
           
Aku bangun. Tangan kuhulurkan pada ibu. Ia tidak bersambut. Kuhulurkan pada ayah. Terbiar sepi. Sebaknya dada.... 

Bagaimana kalau Luqman juga tidak mahu aku menyalami tangannya? Aku tak sanggup! Nanti aku pasti meraung. Baik aku pergi. Tak usah menoleh lagi! 

“Nat pergi dulu,” kataku lantas kuatur langkahku laju, meninggalkan mereka. 

“Tak salam abang dulu?” 

Jangan! Jangan bersuara lembut begitu. Jangan! 

Aku teruskan langkah. 

“Nat balas dendam, kan? Nat marah abang sebab tu Nat buat apa yang Nat buat tadi. Kan?” 

Luluh hatiku mendengar tuduhannya. Tapi, aku tak boleh berpaling. Aku tak boleh! Lantas aku hayunkan kaki ke hadapan lagi. 

“Nurul Aina Natalia, maafkan abang. Jangan pergi! Abang sayangkan Nat lebih dari segala yang ada di dunia ni. Hanya Nat saja!” 

Luqman, jangan buat aku begini! Jangan! 

“Abang Luqman, apa abang cakap ni? Abang bodoh ke? Dia ni dah curang pada abang. Dia dah khianati kasih sayang abang. Takkan abang tak ada harga diri langsung? Entah-entah, dia dah...” 

Natasha terdiam bila bunyi kaca jatuh terhempas, kedengaran. Aku berpaling. Ketika itu, Luqman menumbuk cermin dinding. Habis berkecai namun aku tak hiraukannya. Yang aku risaukan ialah tangan suamiku yang sudah berdarah. 

Aku jadi lupa yang aku harus pergi. Sebaliknya, aku berlari mendapatkan Luqman lantas tudung ku tanggal dan ku lapkan ke jari jemarinya yang berdarah. 

“Kenapa buat macam ni?” tanyaku sambil mencabut sisa-sisa halus kaca yang melekat di tangannya. Air mata? Usah ceritalah. Dah macam tengok cerita Kabhi Khushi Kabhi Gham dah. Meleleh macam air terjun! 

“Kalau tak buat macam ni, isteri abang akan terus buat kerja bodoh. Berkorban dan terus berkorban pada orang yang langsung tak tahu menghargai. Kan?” 

Aku mendongak. Membalas renungan redupnya. Cuba mencerakin apa yang ingin disampaikan kepadaku. Cuba memahami suamiku.

"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan." 

Aku tatap wajah suamiku. Kata-kata mutiara cinta yang pernah dilafazkan Mahatma Gandhi, kini meniti di bibirnya. Kata-kata yang sering kami ungkap bersama tiap kali kami bertelingkah berdua. Dia masih lagi. Dia tidak pernah lupa. Ah, suamiku, aku tidak memahami dirimu!

Luqman menatap wajah Natasha, kini. Natasha yang sedang melayan keegoannya. Aku dengar Luqman bersuara....

"Sha, maafkan abang. Selama ni, abang berlakon aje. Dalam hati ini, abang tak ada langsung rasa cinta pada Sha,"
Aku melopong. Tergamam. Penuh hairan. Aku tak silap dengar kan? 
..................
episod akhir akan menemui anda nanti... hehe, kempen tuh! cheerio!!!

nota kaki:
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ulasan

  1. ala....nape pendek sgt...huhuhu...kak sofi smbung la cpat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam dik..akak mmg la dah maki berbakul bakul kat lukman tu dik..rasa ..kalo akak si Nat..mmg akak dah lempang laju laju si minah gedik tu..yg tak faham bahasa..
      sebenarnya..apakah motif lukman buat tu semua..kalo akak mmg dah terguris abis..wo..sakit hati ..giler..

      Padam
    2. hai ain, pendek, ya? namanya pun, erpen hehe...

      Padam
    3. nnt akan dibongkarkan...

      Padam
  2. Yes3...sukanya saya..:-D
    Hari tu dh geram giler ngan Luqman
    tp tggu gak nk tgok ape sbnr'y dia nk buat
    TQ kak sofi.

    BalasPadam
  3. Sofi,
    ingin tahu mengapa Lokman jadi aktor dalam kes ini...
    apakah kerana hati Nat terlalu beku pada Lokman?
    sekurang2nya Lokman jelas sikap Tasya..

    kadang2 pelik ya, sikap ibu bapa yang hanya
    menerima cakap2 dari satu pihak tanpa bertanya
    pihak satu lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg lumrah hari ini, parents dengar cakap sebelah pihak sahaja

      Padam
  4. Last eps pnjg skit yew sis.....x puas bce,bez sgt.arap last eps natasya sdr kslpan dy.huhuhu......slmt berbhgia nat n luke.hihihihi

    BalasPadam
  5. Lor, Tasya kena permainkan dek Luqman ke? Haha, pdn muka. Tapi mesti ada sebabnya kan? Kena tunggu luqman explain nih. :)

    BalasPadam
  6. hahhh...
    x sngka luqman hnya brlakun...
    x sbr nak tnggu n3...

    BalasPadam
  7. wah wah bdebar ni kak sofi...akak besla ayt last 2
    ..

    BalasPadam
  8. saya tahu....sory lukman dah tersalah sangka hehehe...
    rasanya lukman tu nak sedar kan tasha & keluarga nat,
    yang tasha tu sebenarnya ada niat jahat
    nak runtuhkan rumah tangga nat dgn lukman..
    betul tak ana.???..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya, betul tu! tasha perlu disedarkan

      Padam
  9. msh lg tertnya2 mcm mn ya nazmi seolah2 mcm dh tahu lokman tu ada prmpuan lain...ms kat ofice ada nazmi bg hint...

    BalasPadam
  10. yeayyyy!!! kan betul luqman nak uji saja ^^

    go luqman go!!!

    BalasPadam
  11. asal pendek sngt hehe.x puas arr

    BalasPadam
  12. nasib luqman x jht.. klo x sian ngan nat.. asik jdi mangsa jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah... tp lepas ni dah ok kot...

      Padam
  13. even benci dgn lakonan lukman yg dulu2, tp bile taw yg die cuma berlakon, still syg nat, nat plk syg lukman, hope sgt diorg x bercerai,terharu terutama part lukman tumbuk kaca..huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. cinta sejati x habis dgn dugaan, k!

      Padam
  14. salam kak sofi!

    satu aje yang saya nak cakap, kak sofi memang superb! syabas tahniah!

    tanpa kak sofi sedari, saat mata ini rakus berlar-lari mencari-cari kesinambungan setiap patah kata yang kak sofi coret, hati ini bertebaran dan jantung ini bertendangan penuh deras, penuh asyik. manakala mata ini pula tak henti-henti mengalirkan airmata sama seperti apa yang kak sofi ucapkan dalam tu. kabhi kushi kabhi gham double triple ngan kuch kuch hota hai plus pulak dengan kal ho naa ho.

    kak sofi. saya menangis... tolong hentikan airmata ini dari terus-terusan mengalir. selagi belum membaca penamat bagi cerita ini rasanya airmata ini akan terus terusik lagi.

    terima kasih diatas coretan yang bukan hanya sebuah coretan ini.

    terima kasih kak sofi. terima kasih.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. megat teruna, kak sofi amat terharu dengan coretan anda ini. hanya ucapan terima kasih tak terhingga kerana anda setia bersama kak sofi. terima kasih, kamsahamida, thank you...

      Padam
  15. suka dgn cerpen ni...mudah saja org nak musnahkan rumahtangga org lain...ibu bapa pun tak bole ada perasaan pilih kasih pd anak2..selalunya anak2 yg tak disukai itulah yg akan membantu mrk bila susah nanti. sbg suami wajib pertahankan rumahtangga yg dibina dan elakkan dari terjebak skandal dgn wanita lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesungguhnya rumah tangga bahagia memang idaman semua. kan?

      Padam
  16. Salam..
    kak sofi...
    sy menitis air mata baca sambungan cerita ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai... jangan sedih sangat, ya....

      Padam
  17. kak sofi.... i loveeeeeee u.... sangat....
    sambung lagi x sabar da ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. i love u tooo soooo much hehe...

      Padam
  18. kak sofi, saya harap sgt2 citer dpt dipanjangkan hingga menjadi novel....

    BalasPadam
  19. jeng jeng jeng...
    ayuh smbg kak sofi..
    aish nmpknye suami kesayngan berpihak pd dia...alhamdulillah...

    BalasPadam
  20. K. sofi... kalau boleh buang terus Natasa dari keluarga angkat dia. Dia memang ular...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…