apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.5.12

Kau bukan untukku 4

 

4

Dia suamiku. Dia lelaki yang amat kucintai. Bila berada dalam dakapannya, aku pasti bahagia. Hilang sedih, hilang duka, hilang marah, hilang semua derita yang kutanggung. Rasa ingin mempertahankan cinta ini begitu teguh kubina. Luqman tidak perlu bersuara. Hanya cintanya yang dialirkan melalui sentuhan penuh mesra ini, kudambakan.

Malang, ketika aku dibuai indah, Luqman menerima panggilan telefon daripada dia. Arghh, tentu sahaja dia yang menelefon kerana Luqman lari jauh dariku untuk bercakap di talian. Berbisik, seakan-akan memujuk.

“Jangan macam tu, Sha. Sabar!”

Tuhan, tolonglah aku. Beri aku kesabaran menangani dugaanMu ini. Kelembutan suaranya itu menghiris benar. Lebih baik hati ini ditoreh dengan belati daripada mendengar bicara penuh romantis itu. Tolonglah!!

“Ya, abang tahu. Okey, abang janji, abang datang sekarang. Wait for me! Sha... please!!” Aku tak tahan lagi lantas aku tinggalkan dia. Laju langkah kuatur ke bilik tetamu yang kosong. Kukunci pintu bagai mengunci hatiku yang remuk. Hancur luluh, hanya Dia yang tahu. Hanya Dia!

Luqman tidak memujuk diriku. Tidak sudi menjenguk aku pun! Aku dengar dia memandu pergi. Mungkin hatinya penuh risau, mungkin terlalu runsing akan Natasha sehingga aku yang terluka di hadapan mata, tidak dia sedarinya.

Kenapa air mata ini tidak mahu menitis?

Menangislah wahai hati! Bersedihlah! Luahkan duka ini.....


Aku ke pejabat tepat jam sembilan pagi. Bersama luka yang dalam, bersama kerja yang terbengkalai. Langkahku lemah bagai tak jejak ke tanah.

“Bos suruh puan masuk ke bilik dia sebaik puan sampai,” Amal, setiausaha si Nazmi, memberitahuku.

Wajah cantik Amal ku renung. “Dia dah sampai?”

Amal mengangguk. “Mana pernah dia sampai lewat dari pukul sembilan, puan. Dia tu kan workaholic? Kerja, kerja, kerja!” Amal dekat untuk berbisik, “Sebab tu, tak kahwin-kahwin sampai sekarang,”

Gosip yang berjaya membuat aku tersenyum.

“Baik puan masuk sekarang. Nanti, kalau angin dia naik macam semalam, teruk puan kena dengan dia lagi!” Amal memberi ingatan tulus ikhlas padaku.

Aku angguk lantas langkah kuatur menuju ke bilik lelaki itu. Aku ketuk dan ketika suara garau itu menyuruh aku masuk, aku akur. Kini, aku sedang menghadap dia yang sedang duduk. Dia sedang tengok aku, sebab tikaman renungannya sedang buat hatiku bergetar. Mungkinkah dia akan naik hantu lagi?

“Awak ni perempuan paling biadap!”

Kan dah cakap? Bos baru aku ni memang mulutnya jahat sangat!

“Awak pergi macam tu aje lepas awak pecahkan blackberry saya! Apa, awak ingat, saya tak akan tuntut awak bayar kerugian saya tu?” tanya dia.

Aku rimas betullah dengan lelaki ini. Bencinya!

“How much?”

Dia jongket kening.

“Cakaplah! Ingat saya tak ada duit nak bayar awak?” Aku dah mula naik radang.

Nazmi betulkan duduknya. “Saya tak nak duit. Saya nak awak belikan saya telefon tu! Macam saya, yang dah belikan awak Lumia baru ni. Nah!”

Aku terpempan. Tidak kusangka dia melakukan begitu. Rasa macam tak percaya pulak.

“Kenapa? awak ingat saya ni kejam sangat ke? Saya, kalau dah buat salah, mesti saya akan minta maaf, tahu tak?”

Kata-katanya mengundang senyum sinisku. Lelaki.... memang cukup pandai bercakap. Pandai main kata-kata. Tapi, sudahnya...

Arghh, jangan fikirkan dia. Lupakan dia. Aku perlu fokus pada kerja. Kerja ini nadi dan nyawaku. Aku perlukan kerja ini andai nanti aku kembali keseorangan dalam hidup ini.

“Waktu lunch nanti, ikut saya pergi Axis,”

Aku tatap wajahnya. “Encik Nazmi, saya rasa tak perlulah saya pergi dengan encik. Biar saya bagi duit, sudahlah. Saya isteri orang, encik. Tak manis kalau orang tengok kita keluar berdua. Saya tak suka jadi bahan gosip,” Aku berterus terang. Senang, biar dia faham.

Kenapa Nazmi tersengih begini? Kenapa ekspresi mukanya begitu? Apa yang ada dalam ruang fikirnya?

“Awak ni memang naif, kan, Natalia? Nama aje dah kahwin tapi otak awak tu masih lembab nak faham perbuatan orang, kan?”

Lagilah aku tak faham cakap dia. Senyum dia tu... aduhai, kenapa? Dia nak menggoda aku ke? Ya Allah, janganlah tambahkan masalah yang aku hadapi ini. Tak sanggup aku! Sungguh! Aku takut, Tuhan! Takut dengan dugaanMu ini. Takut aku tak mampu menangani!

“Natalia,”

Dia gelak lagi. Hisy, hantu gelak dah merasuk ke? Mengada-ngada betul! Semalam, macam singa luka mengamuk. Hari ini, dia tersengih, bukan main lagi. Dah berbaik dengan mak we dia la tu!

“Oi, awak berangan, ya? Bagusnya? Aku cakap dengan awak, awak teringat pada suami awak  pulak,”

Aku ingin lari dari situasi yang pelik ini.

“Err, saya nak keluar,” laju aku atur langkah kakiku meninggalkan Nazmi. Mujur dia tidak menahan, namun ketawa kecilnya bikin hatiku cemas. Aku tak suka! Aku tak suka!



“Jom!”

Ya Allah, aku ingatkan dia dah lupa, rupa-rupanya dia memang hendak aku belikan dia telefon itu. Cadangnya, aku nak menyorok kejap lagi tapi, tak sempat! Lelaki ini dah tercongok depan aku. Isk! Isk!

“Kalau awak masih degil, saya angkat awak, dukung awak ke kereta. Nak?”

Soalan yang buat aku cemas, sungguh-sungguh cemas. Pantas aku bangun dan capai beg tanganku. Terus dia kutinggalkan. Laju langkahku menuju lif. Aku bukan apa, aku bimbang jika ada mata yang nakal, memerhati kami. Aku tidak mahu dituduh isteri curang. Tak mahu! Kerana aku tahu betapa sakitnya rasa bila diriku dicurangi. Ya, rasa sakit itu masih berbekas dalam hati ini! Apatah lagi, suamiku, Luqman, langsung tidak menghubungiku hari ini. Langsung tidak!

“Awak marahkan saya, Natalia?”

Malas aku hendak menjawab. Takkan bodoh sangat kot? Muka aku ni tak tayang perasaan seronok dan gembira menemani dia, kan?

“Saya tahu awak isteri orang, Natalia. Saya tahu! Tapi, tak salah kalau saya minat awak, kan? Lagipun, saya tak ada niat nak lebih-lebih dengan awak. Saya cuma nak berkawan saja. Takkan awak tak nak jadi kawan saya kot?”

Kujuihkan bibir. Mataku garang merenung dirinya. “Cepat ya, bos berubah hati? Semalam mengamuk, hari ini nak jadi kawan saya pulak? Dah hilang marah, ya?” sindirku.

Ahmad Nazmi Fauzi ketawa mendengar pertanyaanku. Eei, menyampah! Macamlah lucu benar!

“Nak tahu kenapa saya berubah?”

“Tak nak!” tegasku. Tapi, dia nak dengar cakap aku ke?

“Sebab, saya dah tengok semula kertas cadangan projek yang awak dah buat tu. Saya lakukannya bila CEO Murni Holdings cakap, dia berkenan dengan cara awak dan mahu saya guna konsep yang awak buat tu secepat mungkin. Jadi, puan Natalia, sebab awak dah berjaya dapatkan bisnes untuk syarikat saya  tu, saya pun hadiahkan semula Lumia pada awak. Awak pun, kenalah hadiahkan saya Blackberry. Baru adil, kan?”

Barulah hatiku rasa sedikit lega. Dia baik padaku sebab aku dah dapat projek tu! Syukur, alhamdulillah.

Kami berjalan, berpapasan, melewati deretan kedai di pusat membeli belah hebat ini. Aku sangat berharap agar kami segera bertemu dengan kedai yang menjual telefon. Cepat jumpa, cepat beli, cepat balik ke ofis! Tak perlu singgah makan sebab perutku ini sudah sebu. Tak lalu!

“Warna kesukaan awak, Nat?”

“Hitam,”

“Saya nak yang hitam ni,” Nazmi selamba memberitahu pilihannya kepada jurujual itu. Gadis itu tersenyum. Tu, mesti dah salah sangka. Agaknya, jurujual itu fikir yang bukan-bukan tentang kami.

Aku tak mahu berlama-lama lagi lantas aku bangun. Ketika aku hendak keluarkan duit, Nazmi sudah mengeluarkan kad kreditnya. Aku jadi bingung. Bukankah tujuan kami keluar bersama ini adalah untuk aku membayar harga telefon bimbit yang ingin dibelinya ini?

“Simpan duit awak tu! Tak laku!”

“Habis, kenapa ajak saya ikut awak?”

Nazmi sengih. “Saja,”

Hilang sabar, aku libas beg tanganku ke muka Nazmi. Padan muka dia! Sengaja mainkan aku? Dia fikir, aku suka dengan perbuatan dia ini?

Laju aku melangkah. Laungannya tidak kupeduli. Menonong aku berjalan tanpa arah tujuan sehinggalah aku terlanggar seseorang. Dan seseorang itu ialah Luqman. Luqman! Luqman yang tidak bersendirian. Luqman yang sedang diulit pinggangnya oleh jari jemari halus milik Nur Alia Natasha!

“Nat, apa Nat buat kat sini?”

Aku tak sempat menyahut soalan Luqman kerana Nazmi yang mencungap sudah berdiri di sisiku.

“Awak nak ke mana? Kita belum habis dating lagi, tau! Jom, pergi makan!”

Nazmi sudah melangkah, dan tentunya dia berharap, aku ikut dia. Dia mungkin tidak menyedari apa yang sedang aku alami. Dia mungkin tidak melihat Luqman yang maih lagi terkejut.

“Kan Sha dah cakap, bang. Isteri abang ni bukannya bidadari syurga. Dia manusia biasa. Dia pun bukan setia pada abang. Betul tak apa yang Sha cakap? Sebab tu, abang jangan rasa bersalah pada dia, okey. Jom, kita pergi makan, bang. Jom!”

Natasha tarik tangan Luqman dan bagai lembu yang dicucuk hidungnya, Luqman melangkah pergi meninggalkan aku. Aku tahu hatinya sedang mendidih marahkan aku. Kerana aku kenal Luqman. Dia diam. Dia tenung aku. Tanpa sepatah kata. Tapi, nanti, pasti aku akan diamuknya di rumah. Pasti!

“Siapa tu? Awak tengok dia macam dialah satu-satunya lelaki dalam dunia ni. Istimewa sangat ke dia tu?”

Aku kalih diriku dan kini aku pandang wajah Nazmi garang. “Istimewa atau tidak, dia suami saya, encik Nazmi. Encik nampak tak muka dia tadi? Dia marah saya, tahu tak? Semua ni salah encik! Kalau encik tak paksa saya keluar,”

Nazmi pintas, “Kalau saya tak ajak awak keluar, datang sini, awak pun tak akan tahu yang suami awak ada kekasih lain. Awak?”

Aku geram dengan lelaki ini yang sengaja tabur garam, menambah pedih lukaku. “Habis, kita? Apa pulak andaian suami saya pada kita?” marahku. 

Nazmi terkedu mendengar soalanku. Soalan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya bila Luqman bertanya padaku satu masa nanti.

Malang nasibku! Haruskah aku menangis!

44 ulasan:

  1. hukhukhuk.....
    adakah itu petanda bahawa nazmi adalah jodoh yg diutuskan oleh Allah untuk Natalia....kerana berkat kesabarannya????
    pandai2 jew wat spekulasi sendiri....hhihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak nazmi ke? x nak luqman dah? sedih...

      Padam
  2. kesian natalia. dapat boss pun tak betul.

    BalasPadam
  3. sian nat...padan muka lukman!sape suruh sha peluk pinggang die, kan dah nampak is3 sendiri dgn laki lain plk...haruslah lukman mengamuk kat nat nti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah.... what goes around comes around

      Padam
  4. Alaaa...rasa xpuas baca...luqman tu kata xde apa2 dgn tasha tp yg dia duk biar tasha peluk2 tu pesal?? saya rasakan lepas ni diorg akn gaduh2 n luqman akn ceraikan nat la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau lain yg jadi, amacam? hehe...

      Padam
  5. saya approved encik ahmad nazmi fauzi dgn nat!!! ^_^

    BalasPadam
  6. Kasihan pada Nat, sakit hati pada Natasya dan Luqman. Pada Nazmi...hmmm.

    BalasPadam
  7. xnak la luqman dgn tasha...
    dr dulu lg nat mengalah,
    xkan smp suami pon die kne mengalah?
    xadil tok nat.

    BalasPadam
  8. Jangan pisahkan mereka disebabkan org ketiga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul... tk nk lh smpi cerai2 nie...

      Padam
  9. bila nat blik umah nanti..
    mesti luqman akan marah nat kn..
    biar nat hadapi dalam keadaan cool..
    konon2nya nat x kisah kena marah...
    biar pulak luqman pulak rasa macam mana nat rasa..
    xkn nk biarkn pihak lelaki ada yang suka dengan dye..
    watak perempuan mesti ada juga kkn...
    tpi kira ok nazmi ni b'banding natasya..
    nazmi tahu yg nat ni dh berkawin jdi dye nk b'kawan je kn...
    tpi natasya siap nk goda n nk m'hasut luqman supaya marah kn nat...
    betul x...
    tpi masa yg sama xyah lah buat diaorg sampai b'cerai pulak...
    biar la nat n luqman kekal buat selama2nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak nat bahagia dgn luqman tp dlm masa sama nk ajar luqman erti setia, ya? ok.. hehe

      Padam
  10. benci betul dgn lukman nie....
    bagi la nat bahagia dgn org yg betul2 hargai dia...
    nazmi tu mcm suka kat nat je....
    ok la tu...nat pun berhak untuk bahagia.

    BalasPadam
  11. Si luqman ni kata anggap macam adik je tapi kenapa tak larang Tasha tu nak betlebih2 dgn dia? Ish...
    Cemana agaknya Nat nak explain nnt. :(

    BalasPadam
  12. ha xnkla nat ngn nazmi....btl2 cian nat asik beralah jk..huhu...biarla ngn luqman cian nat

    BalasPadam
  13. geram nyeee dgn tasya...
    apa lagi die nak eehhh...
    luqman pun satu hal...
    yang die layan si tasha tue kenapa...
    cakap anggap adik ipar je..
    tp gaya macam kekasih jee...
    stupid lah that guy...
    beri lah kebahagian kepada nat..
    kesian kat nat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah nat akan bahagia peacee

      Padam
  14. jln cter yg menarik..cian kat nat sobs3 :(

    BalasPadam
  15. alahai3.... kita tgk sejauh mana tindakan mereka........ kak sofi!!! x saba nk tgu yg seterusnya...

    BalasPadam
  16. benci ngn tasha.. lukhman pun melampau..
    kak sampai bile nak biarkan si tasha tu menang dan berleluasa...

    Jangan pisahkan mereka disebabkan org ketiga.......

    BalasPadam
  17. sedih..waaaa..xsukenye...kau bukan utkku
    sape tu..luqman atau nazmi

    BalasPadam
  18. lukman masih ada hati kat tasya?
    dalam diam dia lukakan hati Nat...
    bagi pengajaran kat lukman
    biar dia rasa apa yang nat rasa kini...
    baru fair n square...

    ikutkan saya,,,, nazmi dah ada menunggu
    nat, kalau dia kata nat curang, dia pun
    dalam kategori itu juga...

    well, bagi lukman sedar sikit!

    BalasPadam
  19. cikgu sofi...baca bab 1 saya dah tak suka ngan nazmi. give me bad impression lah.

    pandai suruh org hormat dia tp dia tak hormat staffs dia. sesuka hati campak phone org & cekak baju. siap nak tampar lagi. yg dia buat begitu staff perempuan pulak. dia tu lelaki . kasar ngan staffs camner. org nak hormat. kena report kang baru tau.
    tiada kewibawaan menjadi boss langsung.
    macam ta betul je si nazmi.

    cikgu sofi...saya geram ni ngan si nazmi.
    tak mau lah dia jadi hero. sian nat kalau kahwin ngan dia ni. nanti selalu kena lempang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.... hero kak sofi tetap luqman, k! harap bersabar...

      Padam
  20. eee...geram sey baca part ni pulak..entah pape tah si natasha tu..dah la rampas mak bapak si nat..ni ngn laki dia pun nk dibolot...kureng giler..si lukman ni pun bodoh...sori kak sofi..bahasa kureng sikit.. ni geram punya pasal..padan muka lukman ..dia ingat xde org nk kat bini dia tu....sekali berduyun tunggu tau..biar dia rasa apa yg nat rasa selama ni...kasi ajar sikit laki mcm ni..senang2 nk cari lain...yg si nat ni pun tegas la sikit...geram ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. narah benar pada luqman ngan tasha, ya... xpe, tunggu lepas ni pulak, ya :)

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.