Langkau ke kandungan utama

Kau bukan untukku 3


Aku melangkah longlai memasuki rumah yang kosong, sekosong hatiku ini. Setelah mengunci pintu, kubaringkan tubuhku ke atas sofa panjang. Suatu waktu dahulu, inilah tempat lepak kesukaanku. Tiap kali aku berbaring di sini, dia pasti datang. Dia akan duduk di hujung kepalaku dan mengangkat kepalaku itu agar berada atas ribaannya. Rambutku akan diusap lembut dan sesekali, bibirnya akan turun menjelajahi wajahku, mempesonakan, mengujakan, sehingga aku lemas dalam dakapan cintanya. Sehingga aku menyerah dalam kehangatan asmaranya. 

Namun, malam ini, aku sendirian. Luqman mungkin sudah melupakan semua tentang diriku. Mungkin sudah melupakan kebahagiaan yang pernah menjengah. Aku sudah tak penting lagi agaknya sehingga dia tega mengecilkan hatiku. Sehingga dia tega biarkan aku sendiri, membawa luka hatiku begini. 

Kubiarkan ruang tamu itu kegelapan. Sepasang mata terkebil-kebil, memandang ke atas. Pandangan yang kosong dan hambar. 

“Tasha, sini! Kita tangkap gambar ramai-ramai,” 

Aku hanya perhatikan mereka bergambar sakan. Suamiku riang dengan dia di sisinya. Aku? Terhindar sepi. Sendiri. Membawa hatiku yang hancur, disiat-siat. 

“Kenapa puan tidak bergambar sekali, deh?” 

Hah, mbah Ina, orang gaji keluarga Luqman pun kehairanan melihat apa yang berlaku. Wajahnya kelat dan dia berkongsi rasa denganku. 

“Kenapa puan biarkan mereka? Bangun! Jangan kecewa gini, dong! Encik Luqman itu suami puan. Nanti, kalau dia sudah lupa...” 

Aku gelengkan kepala. “Dia memang dah lupa, mbah Ina. Dia memang sudah melupakan,” 

Entah bila aku terlena di atas sofa itu, aku pun tak ingat. Kini, dalam mamai, aku terjaga. Membuka mataku perlahan-lahan, aku tahu yang aku tidak lagi di situ. Terasa, ada tangan kekar memeluk tubuhku. Terasa, ada nafas panas bergetar lembut berhampiran leherku. Terasa, getar jantung perlahan, di belakang tubuhku. 

Dia pulang? Dia bersamaku kini? Dia mengangkat tubuhku lantas sekarang, aku berada di atas katil? Dalam bilik peraduan kami? Baju? Cepat-cepat aku angkat selimut yang menutup tubuhku. Laa, dah pakai baju tidur pulak. Diakah yang menyalinkan pakaianku? 

Keadaan ini... tidak ku mahu. Tidak, setelah dia melukakan hatiku semalam dan hari-hari sebelumnya. Jadi, aku ingin bangun. Sebab itu, erat dakapannya cuba kuleraikan. Perlahan-lahan, kuangkat tangannya. Perlahan-lahan, aku duduk. Kuintai wajahnya. 

Nafas ku hela. Sedikit gugup diriku kala ini, saat aku menatap wajahnya. Inilah wajahnya yang amat kusukai. Dalam tidur yang polos, Luqman bagaikan seorang anak kecil. Ingin benar kusentuh pipi itu. Ingin benar kukucupi bibirnya tapi, sisa luka semalam membuat aku jadi dingin. Dan, aku ingin menjauhinya. 

“Hai, Nat. Selamat pagi, sayang,” 

Sapaan Luqman mengejutkanku. Terpanar aku seketika. 

Kini, dia kembali memelukku. “Nak ke mana, sayang? Kan awal lagi ni?” tanya dia. 

Spontan mata tertancap ke dinding, pada jam yang baru menunjukkan pukul lima setengah pagi. 

“Nat?” 

Aku tidak membalas. Juga, tidak langsung aku memandangnya. Malah, tangan ini cuba meleraikan semula pelukannya. Hati jadi sayu. Dada rasa tersumbat dengan kehadirannya ini. 

“Abang yang angkat Nat naik ke bilik. Nat pun satu, yang tidur di sofa tu, kenapa? Berapa kali abang cakap, tidur betul-betul. Tapi, Nat tak pernah nak dengar. Mujur ringan, tau. Kalau tidak, mahu patah pinggang abang ni,” 

Dia bersenda denganku? Setelah sekian lama kesepian melanda rumah tangga kami, dia bergurau? Kenapa? Apakah dia diserang rasa bersalah padaku? 

“Nat, sayang. Tahu tak yang Nat belum bgi abang hadiah lagi?” 

Cukuplah tu! Usah bergurau begini. Aku tak sanggup mendengarnya. Tolonglah!!! Hatiku menjerit pada Luqman. 

Aku ingin bangun. Nak solat subuh. Nak jauhkan diri daripada lelaki yang sorang ni. Yang tidak kumengerti sikapnya sama sekali. 

“Nat!” 

Aku ingin menatap wajahnya tapi aku takut. Takut melihat mata yang hilang cahaya cinta untukku. Takut melihat sinar cinta yang sudah pudar. Aku tak berani! Jadi, aku diam. Menonong aku bangun, meneruskan langkah menuju ke bilik air kami. Sebaik pintu kukunci, aku bersandar dan tubuh ini gagal untuk terus berdiri. Aku akhirnya jatuh terduduk, menangis, mengongoi bagai orang yang benar-benar sudah kehilangan. 

Aku sangka, dia sudah bangun dan pergi, seperti selalu. Bukankah sejak dua menjak ini, dia tidak menungguku? Sarapan yang kubuat, tidak pernah dijamah. Asyik nak cepat sahaja. Tapi, pagi ini, dia masih berbungkus di atas katil. 

“Lamanya Nat mandi? Jenuh abang tunggu,” 

Aku tidak menyahut juga. Tak payahlah berbual. Untuk apa? 

“Kita solat subuh dulu. Tunggu abang, kita jemaah sama-sama. Lepas solat nanti, kita borak!” 

Kami solat bersama-sama, seperti dulu. Aku hayati bacaannya, aku dengar alunan ayat-ayat suci yang meniti merdu daripada bibirnya. Sebaik dia menghulurkan tangan, aku kecup lama. Tapi, ketika dia ingin mengecup dahiku, aku segera bangun, menghindar sentuhannya. 

“Masih marahkan abang, ya?” perlahan suaranya beralun. Dan, aku tegak berdiri mendengarnya. Dia tahu rupanya. Dia sedar yang aku marah. Baguslah! 

“Jangan ikut sangat rasa hati tu. Jangan ikut sangat keras kepala Nat tu. Cemburu buta tu... buangkan jauh-jauh! Nanti, semua tu akan rosakkan hubungan kita,” 

Aku berpaling ke arahnya. Wajahnya kutatap. Cuba memahami maksud yang tersembunyi. Namun, aku gagal. Aku tak mengerti. 

“Kalau hubungan kita terus macam ni, kalau setiap kali abang nak sentuh Nat, Nat mengelak, Nat rasa, berapa lama abang dapat bertahan?” 

Salahkan aku! Salahkan aku saja! 

“Nat yang tolak abang, yang dekatkan abang pada Tasha. Nat tahu tak tu?” 

Aku tatap wajahnya lagi. Nafas kusedut dalam-dalam. “Abang, perasan tak yang abang tengah salahkan Nat dalam semua hal?” 

“Pulak! Nat, bila masa abang salahkan Nat? Abang cuma pesan supaya Nat ubah sikap! Jangan nak bersaing dengan Natasha. Itu saja, Natalia!” 

Aku lemah bila dia menengkingku. Aku lemah bila dia marah begini. “Nat tak pernah bersaing dengan dia, bang. Nat tahu siapa diri Nat ni,” ujarku. 

“Nat dengki pada Tasha! Baru abang dapat rasa yang Nat dengki pada dia. Tiap kali kita kelahi, nama dia mesti Nat timbulkan. Apa ni? Kenapa busuk hati dengan adik sendiri?” 

Aku atur langkah supaya aku berdiri betul-betul di hadapannya. Aku tahu, Luqman sedang merenung wajahku tajam. Aku tahu, dia sedang marahkan aku. Tapi, aku ada hak untuk mempertahankan pendirian, bukan? Cukuplah kutukan itu. 

“Nat tak pernah dengki, marah, sakit hati pada Nur Alia Natasha. Nak tahu kenapa? Sebab dari hari pertama dia jadi adik Nat, dia dah dapat semuanya. Kasih sayang ibu, perhatian ayah, jadi hak dia. Dialah anak kandung dia orang, Nat yang jadi orang asing. Nat redha, asalkan ibu dengan ayah gembira. Nat cemburu dia dengan abang? Ya, Nat mengaku, Nat cemburu. Sebab dia dah berjaya menawan hati abang. Sebab dia dah berjaya jauhkan abang dari Nat. Sebab dia dah berjaya buat abang marahkan Nat. Abang tak nampak semua tu? Atau pura-pura tak nampak? Nak Nat jelaskan lagi?” 

Tak ku peduli kemarahan Luqman. Dia yang mulakan, biar aku luah saja resah hatiku ini. 

“Dia aturkan majlis hari jadi abang. Abang tahu tak, bila Nat jumpa emak dan rancang majlis tu, mak cakap, bagus! Bagus! Terujanya dia! Tapi, semua tu pura-pura! Dia akur dengan Natasha. Mak abang buat Nat rasa diri ni macam orang bodoh. Semalam, Nat sorang-sorang. Abang pedulipun tidak. Tangkap gambar ramai-ramai. Ada abang ajak Nat sekali? Dia di sisi abang seolah-olah dialah isteri abang. Abang senyum. Abang bahagia dengan dia. Nat? Siapa Nat?" Aku diam sebentar. Mengutip sisa kekuatan sebelum menyambung, "Mungkin bagi abang, sikap Nat ni kebudak-budakan. Tapi, biar Nat terus terang aje. Nat kecewa, bang. Sangat-sangat kecewa,” 

Ketika aku membelakanginya, ketika aku ingin meninggalkannya, dia dakap tubuhku erat. Luqman bagai enggan melepaskan. 

Mengapakah? Permainan apakah ini? Kenapa dia buat aku begini?

Ulasan

  1. Huh, mujur luqman masih sedar siapa isteri dia. Kalau takkk, ishhh!

    Tapi kenapa eh, saya cam terasa2 yg jodoh diorg ni x pqnjang. Hmm..

    BalasPadam
  2. Hish, geramnya. Luqman ni pn satu hal. Bkn nk tgok salah sndri.
    K. Sofi, nak lagi..:)

    BalasPadam
  3. sambung lagi kak..... nak tau permainan ape lg yg lukhman nk buat ni... pasal adik ipar tu dari dlu sampai sekrang x berubah2 dengki x abis2.. bnci betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sifat buruk bukan mudah nak buang

      Padam
  4. ermmm... sedih la pulok citer nih...

    BalasPadam
  5. lama dah tak baca cerita yang makan hati macam ni kak sofi..sayu je rasa macam hati ni pijak-pijak hehe

    BalasPadam
  6. sedih...huhu..

    BalasPadam
  7. sedihnye...huhu... ape la luqman ni...bini pun diketepikan...

    BalasPadam
  8. huwaaah sakit dada baca n3 ni kak sofi...

    BalasPadam
  9. kak sofi....kenapa baca n3 ni rasa sakit sgt dada....
    geram dgn lukman dan simpati dgn nat

    BalasPadam
  10. luqman nak uji saja kot? atau dia nak sedarkan family nat? speku2x :D

    BalasPadam
  11. Kak Sofi, cerpen akak kali ni saya tak berani nak baca sebab bila baca sikit je pun dah rasa sakit kat dada sangat2.

    BalasPadam
  12. Tapi lagi geram dengan Si Alia Natasha..haish! kalau da menumpang tu buatlah cara menumpang..seolah-olah memang nak meruntuhkan rumah tangga kakak sendiri..kasih ibu dan ayah, mak mertua kakak pun dia dapat..apa lagi yang tak cukup agaknya ya bila jadi manusia macam si Alia Natasha0.o

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia inginkan semua milik natalia...

      Padam
  13. bila selesai membaca entry ni rasa macam sakit hati bila memikirkan peranan seorang suami.jika benar dia bukan untukku rasanya lepaskanlah nat mencari kebahagiaannya sendiri.biar tiada duka didalam hati masing-masing.biarkan nat memperolehi kebahagiaannya sendiri.Luka dihati amat perit bila melibatkan orang yang kita sayangi.namun masih ada sinar diluar untuk kita capai kebahagiaan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah anda mahu pisahkan nat dengan luqman? :)

      Padam
  14. kesian dgn nat....mengapa luqman buat macam tue ye...
    biar nat dgn nazmi je lah...padan muka luqman..
    tapi kalau ending nat masih dgn luqman lagi lah best...hahahahha.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayang jugak kat luqman ya? hehe

      Padam
    2. sayang tue tak lah juga...just that sayang nak meruntuhkan rumahtangga mereka yg dulu nya bahagia...hahahahah....

      Padam
    3. sayang tue tak lah juga...just that sayang nak meruntuhkan rumahtangga mereka yg dulu nya bahagia...hahahahah....

      Padam
    4. hmm, lewat pulak balas hehe...

      Padam
  15. harap sgt ada happy ending utk nat & luqman... harap sgt kak sofi x hampakan kami....

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…