apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.5.12

Kau bukan untukku 2

2

Kekecewaan tidak berakhir di pejabat tadi. Ia berlarutan sampai kini. Setelah dua jam di rumah mentuaku, aku merasakan bahawa aku harus pulang. Aku tak diperlukan di sini. Tak siapa hiraukan aku. Ayah, ibu, keluarga mentuaku, sahabat handai kami, malah Luqman sendiri mengabaikan diri ini. Aku seolah-olah sudah dilupakan. Aku seolah-olah tidak ada dalam kalangan mereka. Entah siapa diri ini agaknya? Sehingga terpinggir di tebing luka?

Semuanya berubah sejak dia pulang. Ibu tidak lagi bersedih. Ayah tidak lagi memandang garang padaku. Kehadirannya bagai pelita menerangi mereka.

Cemburukah aku?

Aku hanya seorang manusia. Ke mana hendak kubuang rasa itu? Tapi, kerana sejak kecil Nur Alia Natasha sudah merampas apa yang sepatutnya menjadi hak aku, aku sudah lama pasrah. Asalkan ibu dan ayahku bahagia, cukuplah. Biarlah aku diketepikan, tak apa! Asalkan, aku jadi anak yang baik pada mereka, aku relakan.

Namun nampaknya, Nur Alia Natasha tidak pernah puas menyakitiku, merebut hak milikku. Sejak kepulangannya ke pangkuan kami, dia banyak mencuri masa Luqman dariku. Ke mana sahaja, dia ingin Luqman menemaninya. Aku sudah dapat menjangka apa yang bakal terjadi namun Luqman cakap, aku tak harus cemburu kerana Natasha hanya dianggap sebagai adik sahaja. Dia pesan, aku jangan cemburukan adikku itu. Aku akur namun sudahnya, lepas satu, satu, taktik Natasha mengikat Luqman padanya. Apabila Luqman memerlukan seorang setiausaha, dia cepat-cepat memohon pekerjaan itu. Maka, semakin eratlah perhubungan mereka. Aku? Apa yang boleh kulakukan?

“Nat ni cemburu sangat la! Abang bosan dengar Nat merengek macam ni. Tasha is your sister. Abang ni, abang ipar dia aje. Takkan Nat tak percayakan abang?”

Tiap kali kuluahkan resahku, itulah yang aku dengar daripada mulut Luqman. Aku dikatanya terlalu cemburu dan ingin mengongkong. Aku dituduh tidak mempercayai dirinya. Aku yang salah sehingga aku tidak mampu hendak menegur lagi. Aku jadi diam. Aku dingin padanya.

Hari ini, aku berikan piala kemenangan kepada Natasha. Dia berhak menjuarainya. Dia.... dia yang buat semua untuk Luqman. Sangkaku, majlis ini diatur oleh ibu mentuaku tapi rupa-rupanya, Natasha yang kelola semua. Aku? Sebagai isteri, aku rasa tercalar. Aku rasa diriku malang benar. Sebab itu, biarlah aku balik ke rumah sahaja. Kan?

Sedihnya, bila tak siapa sedar aku pergi. Waktu aku masuk ke dalam kereta, aku nampak Luqman begitu riang bila Natasha menyuap kek ke dalam mulutnya. Bahagianya dia! Tak pernah aku lihat Luqman seriang itu.

Argh, air mata ini mengalir juga. Kalah juga aku. Tewas akhirnya!

Dalam pandangan berbalam, aku tinggalkan keriuhan. Berpaling sedetik ke arah laman, mataku dan mata Luqman bertembung. Cepat-cepat kukalih. Biarlah dia. Aku yakin, dia tidak akan peduli untuk menjejakiku. Aku yakin, namaku dan cintaku sudah tidak ada lagi dalam hatinya.

Mungkin benar, dulu akulah perampas. Aku rampas Luqman daripada Natasha. Tanpa kusedari. Cinta Luqman kubalas. Janji-janji manisnya kugenggam kemas. Tapi, kini aku mendapat balasan. Kurasai kesakitan tidak terhingga yang mungkin dulu dialami Natasha. Ya, inilah balasan! Aku pasti!

21 ulasan:

  1. kak sofi, saya cdgkn kawinkan aje nat dgn encik ahmad nazmi fauzi nanti.. hehe

    kesian la nat, dari 1st cerpen lagi hidup dia sangat sengsara :'(

    BalasPadam
  2. haila, memang dari dulu kan adik Nat ni suka tarik perhatian? Jgn dia buat something yg boleh porak perandakan rumah tangga diorang ni dah la.

    BalasPadam
  3. macam sedih je cerita ni?
    kesian nya dekat nat.

    BalasPadam
  4. Hai kesian nyer....tak pernah bahagia, apa yang bagus sgt adiknyer tu....hmmmm.....suami nyer pon satu....agak2 ler pergaulan biar ade batasan kan...hati isteri kena jaga...benda simple pon x bole handle mcm mane nk jadi ketua keluarga...hehehehe emo pulok kannn....tapi best cerpen kak sofi :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx.... saja nak bagi anda emo sikit hehe

      Padam
  5. Sedihlah cerita ni. Sakit hati dengan keluarga Nat. Masih tak sedar dengan perangai buruk Natasya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg, kdg2 kita x sedar bahawa yg manis itu racun sebenarnya

      Padam
  6. kciannya nat...
    x suka la luqman ni...
    klu dia xmlyan sngt sya 2...
    x la jd mcm ni...
    br dia khlngn nat bru pdn muka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nat pergi, dan luqman masih x kisah, camne?

      Padam
  7. hope jodoh nat dgn bos die ler...amirul ni cam lupa diri plk, duk sibuk dgn adik nat tu knp??

    BalasPadam
  8. memang kesian kat nat, tapi laki dia tu apasal cam tu??? dulu sibuk nak kat nat, asal sekarang macam sibuk kat tasha lak... jahat nya kat lukman, dan tasha mangsa jugak,tapi tasha dan lukman memang elok la bersama, sama2 jahat. x pernah hargai nat..tq ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedihnya jadi wanita ni kan..bila nak dirayu..bila tak nak dibuang begitu je..apapun nat mesti kuat jgn tunjuk lemah kat lukman..apa kata bagi nat lari..n akhirnya nat bersama ngan bos dia..tq ana

      Padam
    2. kadang2 cinta hanya disedari bila ia dah hilang dari hati, mila.
      to anonymous, mmg sedih jadi wanita...kalau lemah? meranalah!

      Padam
  9. ala cian nyer nat...trk btl luqman.ni kn...cite sdh ke ni kak

    BalasPadam
  10. benci lelaki mcm lukhman ni.. mcm tak tau batas antara adik ipar dan isteri...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.