apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.5.12

Hamka: Kenali insan hebat ini!


Terlebih dahulu, aku nak ucapkan terima kasih kepada pemilik blog firasyh jamil  , kerana semua yang tercatat di bawah ini kua copy paste bulat2 daripada blognya itu. 

SIAPAKAH HAMKA ???

•NAMA SEBENAR: HAJI ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH
•NAMA SAMARAN: HAMKA, A.S HAMID, INDRA MAHA DAN ABU ZAKI
•TARIKH LAHIR: 17 FEBRUARI 1908 BERSAMAAN 14 MUHARRAM 1326H
•PUTERA KEPADA SHEIKH ABDUL KARIM BIN AMRULLAH DAN SITI SAFIYAH
•STATUS: BERKAHWIN DENGAN SITI RAHMAH (mempunyai 10 orang anak) & SITI KHADIJAH (setelah isteri pertama meninggal)
•MENINGGAL DUNIA PADA 24 JULAI 1981
•SEORANG PENDAKWAH, CENDIKIAWAN, SASTERAWAN, AHLI POLITIK

PENDIDIKAN

*MENDAPAT PENDIDIKAN RENDAH DI SEKOLAH DASAR MANINJAU SEHINGGA DARJAH DUA
*PADA USIA 10 TAHUN MEMPELAJARI AGAMA DAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH THAWALIB( DIASASKAN BAPANYA)
*MENGIKUTI PENGAJARAN AGAMA DI SURAU DAN MASJID YANG DIBERIKAN ULAMA TERKENAL SEPERTI SYEIKH IBRAHIM MUSA, SYEIKH AHMAD RASYID, SUTAN MANSUR, R.M. SURJOPARONTO DAN KI BAGUS HADIKUSUMO.
*PADA TAHUN 1924 BERANGKAT KE YOGA MEMPELAJARI PERGERAKAN ISLAM
*SANGAT MAHIR BERBAHASA ARAB
*BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG FALSAFAH, SASTERA, SEJARAH,SOSIOLOGI DAN POLITIK
*MENUBUHKAN UNIVERSITI MUHAMMADIYAH PROF. DR. HAMKA (UHAMKA) PADA 18 NOVEMBER 1957

KERJAYA

*MULA BEKERJA SEBAGAI GURU AGAMA PADA TAHUN 1927 DI PERKEBUNAN TEBING TINGGI, MEDAN DAN GURU AGAMA DI PADANGPANJANG PADA TAHUN 1929.
*1957-1958 =DILANTIK SEBAGAI DEKAN DI UNIVERSITAS ISLAM, JAKARTA DAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH, PADANG PANJANG
*REKTOR PERGURUAN TINGGI ISLAM, JAKARTA DAN PROFESOR UNIVERSITAS MUSTOPO, JAKARTA
*1951-1960=PEGAWAI TINGGI AGAMA OLEH MENTERI AGAMA INDONESIA, TETAPI MELETAKKAN JAWATAN ITU KETIKA SUKARNO MENYURUHNYA MEMILIH ANTARA MENJADI PEGAWAI NEGERI ATAU BERGIAT DALAM POLITIK MAJLIS SYURA MUSLIMIN INDONESIA (MASYUMI).

HAMKA- DAKWAH

•MULA BERGIAT AKTIF PADA 1925
•1928- MENGETUAI CAWANGAN MUHAMMADIYAH DI PADANG PANJANG.
•1929- MENUBUHKAN PUSAT LATIHAN PENDAKWAH MUHAMMADIYAH
•1931-MENJADI KONSUL MUHAMMADIYAH DI MAKASSAR
•1946- MENJADI KETUA MAJLIS PIMPINAN MUHAMMADIYAH DI SUMATERA BARAT OLEH KONFERENSI MUHAMMADIYAH, MENGGANTIKAN S.Y. SUTAN MANGKUTO
•1953-HAMKA DIPILIH SEBAGAI PENASIHAT PIMPINAN PUSAT MUHAMMADIAH

HAMKA -POLITIK

•BERMULA PADA TAHUN 1925 KETIKA BELIAU MENJADI ANGGOTA PARTI POLITIK SAREKAT ISLAM
•1945-BELIAU MEMBANTU MENENTANG USAHA KEMBALINYA PENJAJAH BELANDA KE INDONESIA MELALUI PIDATO DAN MENYERTAI KEGIATAN GERILYA DI DALAM HUTAN DI MEDAN.
•1947-HAMKA DIANGKAT MENJADI KETUA BARISAN PERTAHANAN NASIONAL, INDONESIA. BELIAU MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI MASYUMI DAN MENJADI PEMIDATO UTAMA DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1955.
•1960-MASYUMI KEMUDIANNYA DIHARAMKAN OLEH PEMERINTAH INDONESIA .
•1964 HINGGA 1966-HAMKA DIPENJARA OLEH PRESIDEN SUKARNO KERANA DITUDUH PRO-MALAYSIA

HAMKA- PENULISAN

•SEJAK 1920-an HAMKA MENJADI WARTAWAN BEBERAPA BUAH AKHBAR SEPERTI PELITA ANDALAS, SERUAN ISLAM, BINTANG ISLAM DAN SERUAN MUHAMMADIYAH. PADA TAHUN 1928, BELIAU MENJADI EDITOR MAJALAH KEMAJUAN MASYARAKAT. PADA TAHUN 1932, BELIAU MENJADI EDITOR DAN MENERBITKAN MAJALAH AL-MAHDI DI MAKASAR. HAMKA JUGA PERNAH MENJADI EDITOR MAJALAH PEDOMAN MASYARAKAT, PANJI MASYARAKAT DAN GEMA ISLAM.
•MULA MENULIS PADA TAHUN 1925 - KARYA PERTAMA “KHATIBUL UMMAH”, MANAKALA NOVEL PERTAMA IALAH “SI SABARIAH”.
•DIKATAKAN TELAH MENULIS SEBANYAK 118 KARYA SEPERTI NOVEL. CERPEN DAN SEBAGAINYA
•TAFSIR AL-AZHAR SEBANYAK 5 JILID MERUPAKAN KARYA TERBESAR BELIAU YANG MULA DITULIS SEMASA DI DALAM PENJARA

HAMKA-ANUGERAH

•HAMKA PERNAH MENERIMA BEBERAPA ANUGERAH PADA PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA SEPERTI :
•1958-ANUGERAH KEHORMATAN DOCTOR HONORIS CAUSA, UNIVERSITI AL-AZHAR
•1974-DOKTOR HONORIS CAUSA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
• GELARAN DATUK INDONO DAN PENGERAN WIROGUNO DARI PEMERINTAH INDONESIA

HAMKA- KEPIMPINAN

•BERANI
•PETAH BERKATA-KATA
•FLEKSIBEL
•BERILMU
•MEMPUNYAI PENGARUH
•SUKA MENOLONG
•SEMANGAT JUANG YANG TINGGI
•RENDAH DIRI
•BERTANGGUNGJAWAB
•BERFIKIRAN TERBUKA

KATA-KATA HAMKA......

*KEGAGALAN MESTI BERTEMU, KEKECEWAAN
MESTI ADA! TETAPI KEGAGALAN DAN
KEKECEWAAN ITULAH KITA DAPAT MENGENAL
*DIMANA KEMAMPUAN KITA. KALAU SUDAH
BERKALI-KALI KITA TEMPUH SUATU JALAN,JATUH
JUGA, MENGELAKLAH KE JALAN YANG LAIN,
*TANDANYA ITU BUKAN PEKERJAAN KITA. MATA
PERJUANGAN BUKANLAH SATU SAHAJA! LEBIH BAIK KITA BESAR DI JALAN KITA SENDIRI!

oh ya, lupa... 
Carilah Novel beliau bertajuk, TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER VICK.  Pasti anda akan tahu betapa hebatnya seorang HAMKA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.