apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.5.12

Anda tegur orang, boleh. Tapi bila orang tegur, kenapa melenting?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....


Teman-teman yang dikasihi, bila anda tengok orang, mudah saja untuk anda mencari kekurangan yang ada pada dirinya, betul tak? Kadang-kadang, mulut anda tu pun mulalah mengomen itu ini. Ya, mudah benar untuk kita tegur kekurangan, kelemahan orang lain. Soalnya, apakah kita akan buat kalau orang pulak yang tegur2 kita?


Memang, memang ramai orang yang mudah tegur orang, tapi melenting bila ditegur. Kerana itu, anda kena punya perisai dan petua untuk menerima teguran tanpa rasa tercabar, tanpa rasa marah mahupun hendak membalas balik sehingga boleh menyebabkan anda bermasam-masam muka.


1.Ingat bahawa Allah tegur kita melalui teguran orang 
2.Syukur sebab tanpa teguran sukar untuk kita berubah 
3.Lapang dada; terima teguran dengan tenang 
4.Nilai;  kaji teguran 
5.Tanya jika tak jelas 
6.Minta nasihat tentang punca masalah kita 
7.Minta nasihat tentang alternatif penyelesaian 
8.Minta tunjuk contoh yang boleh diteladani 
9.Mohon maaf atas kesilapan; ucap TQ 
10.Mohon didoakan agar dapat atasi masalah 
11.Segera bertindak; tawakkal kepada Allah. 


Moga Allah rahmati kita semua. 
Kongsikanlah jika sudi. 
Wassalam, motivasi daripada Dr Fadilah

Terima kasih Rafiah Tengah, atas perkongsiannya di facebook ini...

4 ulasan:

  1. baru-baru ini saya menegur kakak yg sudah berusia dalam 40-an..berkain belah dipejabat.
    mengamuk sakan kakak tu..sampai terbawa-bawa mengutuk saya di FB..

    saya tersalah cara menegur kot..
    tapi saya tak tegur di depan orang..
    entah la..
    rasanya bila bertudung tetapi berkain belah..sangat janggal rasanya kan cikgu sofi kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah pada anda yang berani melakukannya. tak apa, mungkin sekarang dia marah.
      nanti2 dia tahulah yg anda sayngkan dia sesama muslim.

      Padam
  2. Baru2 ni saya menegur adik ipar saya sebab dia sering menghempas pintu bilik ketika saya di ruang tamu tapi bila saya di bilik dia tutup pintu biasa saja.. Bila saya menegur dgn baik dia melenting ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar ajelah. anggap dia tengah datang bulan hehe

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.