apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.4.12

Tua - satu ketakutan

Salam....

Apabila melangkah masuk usia 40 - an, bermulalah... macam-macam! Tak kira lelaki atau perempuan akan mengalami fasa perubahan tingkah laku. Semakin hampir ke usia emas, semakin jelas fenomena midlife crisis ini....


Bila mengalaminya?

Bagi lelaki: Mungkin.........
- semasa menyambut hari jadi mereka pada umur tertentu 
- semasa menyambut kelahiran cucu pertama 
- setelah merasakan prestasi seksual mereka semakin menurun akibat penurunan paras hormon testosteron.

Bagi wanita pula, midlife crisis dihadapi dengan lebih mudah dan tenang kerana mereka lebih bersedia. Simptom menopause adalah tanda bermulanya fasa midlife crisis ini.

Bila kecantikan makin pudar, bila badan dah mula kurang cergas, bila uban sudah mula memutih, saiz pinggang bertambah apatah lagi wajah yang makin berkedut lepas tu selalu lupa pulak. Hidup makin sunyi sebab anak2 dah makin besar dan mula mencari tapak sendiri...


Maka, waktu ini,
                              sunyiiii......

Bebanan kerja meningkat, duit selalu tak cukup, isteri/suami pulak tak cukup faham diri kita... 
membuat kita tertanya2 
Apakah, kita dah buat pilihan yang tepat dalam hidup. 
Tempoh persaraan yang semakin hampir dan kurangnya persediaan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang gagal melalui tempoh midlife ini akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan emosi. Perubahan ini boleh berlaku dalam tempoh yang singkat:


daripada 
             seorang penyabar kepada panas baran, 
             penyayang kepada tidak bertanggungjawab 
atau 
             ceria kepada pendiam.

Yang kurang iman.... mengalami kemurungan dan hidup dalam penafian. Mulalah nak cuba tabiat baru seperti:
merokok, berjudi, mengambil alkohol atau menyalahgunakan dadah.

Perbalahan suami isteri dan keganasan rumah tangga kadangkala berakhir dengan perceraian. Ada yang menukar isteri kepada yang lebih muda dan jelita untuk memenuhi tuntutan jiwa muda.

Midlife crisis perlu ditangani. 


Setiap orang perlu melalui proses ini dengan bijak. Apa yang perlu dilakukan?


1. belajar cara-cara merangsang minda bagi mengembalikan semula perasaan indah zaman remaja.


2. ambil makanan seimbang, 


3. lakukan senaman berkala 


4. buat rawatan hormon untuk membantu melambatkan proses penuaan.


5. Jangan stress / atau kerisauan terlampau


6. Tidur secukupnya. Pastikan anda telah pun tidur dengan nyenyak pada pukul 11 malam ke 2 pagi kerana waktu inilah badan anda melakukan proses membaik pulih.


7. kurangkan mengomel tentang sebarang kekurangan pasangan dan banyakkan melihat kelebihan yang ada. 


8. Kukuhkan ikatan kekeluargaan dengan meluangkan lebih banyak masa bersama.


9. Hubungi rakan lama di sekolah dan jangan malu untuk beritahu yang anda telah berubah sesuai dengan usia. Ini untuk menambahkan bilangan kawan dan sahabat.


10. Kurangkan penglibatan dengan kumpulan berteraskan sosial atau politik. 


11. Sertailah aktiviti kumpulan keagamaan setempat seperti masjid dan surau.


12. Senaraikan keutamaan hidup dan keluarkan mana yang tidak penting. Ini akan mengurangkan komitmen masa dan wang anda. 


13. Betulkan hala tuju kerjaya dengan meningkatkan kemahiran 


14. cuba teroka bidang baru seperti kembali ke kolej atau universiti jika berpeluang.


15. Mulakan semula hobi zaman remaja seperti menunggang motosikal, menulis buku, menanam pokok bunga, bermain bola atau menonton wayang. Ini akan mengembalikan semula perasaan gembira pada waktu tersebut.


16. Luangkan masa dengan mereka yang boleh menggembirakan hati. 


17. Cari peluang untuk ketawa seperti mengambil gambar aksi sendiri atau menonton komedi.


18. Sentiasa ingat perkara-perkara yang pernah membuat anda gembira seperti saat manis bercinta, kelahiran cahaya mata atau ketika anda menikmati pemandangan indah.


Tua bukan untuk melarikan diri daripada realiti....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.