apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.4.12

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.

Assalamualaikum,

Di pagi Jumaat yang indah ini, aku kongsikan status facebook seorang teman, namanya, Zainab Ngah. Kumulakan dengan ucapan terima kasihku kepadanya. Terima kasih untuk perkongsian yang amat menginsafkan ini....

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari-Nya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Diberikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Diberikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepada-Nya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari-Nya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.

semoga memberi iktibar....

6 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.