Langkau ke kandungan utama

Susu diberi dibalas tuba! Betapa hancur sekeping hati...

Assalamualaikum... 

Saya telah tujuh tahun bernikah dengan suami, Nazir, seorang pegawai kerajaan dan mempunyai dua orang anak berusia enam dan empat tahun. Saya bertugas di sebuah syarikat swasta. Tujuh tahun hidup bersama tidak ada masalah yang timbul. Suami seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memberi layanan baik kepada saya dan anak-anak. Saya amat menghargai sikapnya itu dan berterima kasih atas kebahagiaan yang kami nikmati selama ini.
Petikan di atas adalah curahan hati seorang wanita yang aku kutip dari UM. Perasaan seorang isteri yang menghargai. Selama tujuh tahun suami memberi kebahagiaan kepadanya. Namun.... 
Panas yang saya harap sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kedatangan sepupu saya dari kampung melenyapkan segala kebahagiaan kami itu. Sepupu saya berusia 23 tahun, anak sulung ibu saudara saya, adik kepada ibu saya. Dia baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Sementara hendak biasa dengan hidup di KL, ibu saudara saya minta saya tolong tengok-tengok dia dan tumpangkan di rumah saya.
Apa maksud tengok? Tentulah jaga, perhati tingkah laku, adab malah keselamatan juga. Tapi, nampaknya suami wanita ini dah terlebih 'jaga'.... Tapi pun, si adik sepupu itu juga mungkin sudah terleka... lupa...
Lama-kelamaan saya perhatikan sejak S menumpang kereta suami pergi balik dari dan ke ofis, mereka selalu pulang lewat ke rumah. Alasannya, suami  saya  sibuk dan S terpaksa menunggu dia untuk pulang. Bukan sekali dua kejadian itu berlaku malah semakin kerap dari minggu ke minggu. Apabila saya tanya, dia kata saya cemburu. 
Api cinta dah membara la tu... maklum sepupu muda ek?
Di rumah juga saya nampak sikap mereka banyak berubah. Tidak seperti S mula-mula tinggal dulu. Apabila suami saya ada di meja makan, S tidak makan bersama kami lagi. Apabila saya terlewat turun untuk makan atau sedang solat, baru S makan bersama suami dan anak-anak. Banyak kali juga saya perhatikan keadaan tersebut. Saya boleh baca daripada bahasa badan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-duanya. Tetapi saya tidak boleh menuduh tanpa usul periksa. Saya luahkan perkara ini kepada adik lelaki saya tetapi dia menafikan dan berkata saya cemburu. Tapi saya beritahu dia satu hari saya akan buktikan yang tekaan saya benar belaka.
Hati seorang isteri memang mudah mengesan perubahan tingkah laku suami. Part ini yang paling sedih...
..... Jelas suara itu datangnya dari bilik tidur kami. Saya berjalan laju ke arah itu, makin dekat makin kuat pula suara yang saya dengar. Hati mendidih, meluap-luap kemarahan saya. Sebaik menolak pintu, saya terpaku. Suami dan S dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya menjerit sekuat hati dengan air mata berlinangan. Tergamak mereka! Melihat saya terpacak di depan mata, suami tergamam dan melompat turun dari katil sementara S terpinga-pinga......
"Sampai hati abang! Ini balasan yang kamu bagi pada kakak. Patut kamu bersyukur ada tempat menumpang. Ini tidak, suami kakak pun kamu hendak rampas. Saya tidak akan ampunkan abang...tidak sama sekali,'' saya menjerit dan menuding jari ke arah mereka.

Betapa hancur hati seorang isteri. Betapa kecewa. Betapa terluka.....
Habis berkata-kata saya berlari keluar dari bilik dan dikejar oleh suami. Hati saya sudah tawar. Sambil menangis saya memandu kereta meninggalkan kawasan rumah menuju rumah adik lelaki saya tanpa menoleh ke belakang lagi. Tiba di sana, saya meluahkan segala yang berlaku. Adik amat marah dengan kejadian itu dan terus menelefon ibu dan bapa saya serta mentua untuk menceritakan perkara yang sudah berlaku. Dia juga memberitahu ibu S tentang kejadian itu.
Apa seterusnya? Biasalah. Kena marah, mengamuk, lontaran kata2 penuh kecewa tapi...
Ibu saudara saya minta Nazir bertanggungjawab terhadap S dan mahu mereka segera bernikah tanpa langsung mengambil kira perasaan saya.
Pelik? Inilah kebenaran. Namun akhirnya,
Sebulan menunggu akhirnya saya dilepaskan. Saya bersyukur kerana hak penjagaan anak diberi kepada saya. Apa yang berlaku selepas itu antara suami dan S saya tidak tahu dan tidak teringin untuk tahu. Malah sehingga kini, saya tidak balik kampung kerana terguris hati dengan perbuatan sepupu saya. Saya tidak mahu bertembung dengan ibu saudara saya dan keluarganya.
Yang penting, siapa kita selepas musibah itu.....
Kini saya semakin pulih. Walaupun kejadian itu tidak dapat saya lupakan tetapi saya akan berusaha untuk tidak mengingatinya lagi. Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal dan memberi kebahagiaan untuk membesarkan anak saya.
Apakah anda akan secekal wanita ini jika suami anda seperti suaminya? Entah, kita tidak mungkin akan tahu sehingga kita mengalami sendiri keadaan itu, kan? Tapi hayatilah pesanan wanita tabah ini....
Saya nasihatkan anda di luar sana supaya jangan mudah menerima orang luar untuk menumpang walaupun saudara sendiri kerana rambut sama tetapi hati lain-lain. Biarlah dikatakan sombong asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

Ulasan

  1. tabahnya dia..semoga bahagia akan meyusul buat wanita yg teraniaya ini..bukan nak ckp siap betul dan salah..
    masing2 ada peranan sendiri..masing2 sudah dewasa..salahkan suami,pihak ketiga pun salah juga..nak salahkan si isteri sbb x pndai jaga suami pun tak guna juga..masing2 sudah dewasa..masing2 diuji dan sendiri kena tanggung akibat tindakan sendiri..tapi jangan ingat bahagia akan kekal jika mencipta bahagia di atas penderitaan orang lain.hukum karma itu tetap ada..peringatan untuk diri dan orang lain..

    ~gurangak aja~

    BalasPadam
  2. dah banyak dah terjadi macam ni.
    lagi satu hati2 bila kenal kekasih kita pd best friend kta.
    pun boleh terjadi macam ni.

    BalasPadam
  3. berhati2 dgn org luar yg datang menupang dirumah kita. Tak kira adik beradik kita sekali pun. Crita ini hampir sama dgn jiran saya. Suaminya jtuh hati pada adiknya sendiri. Tapi syukur adiknya tidak membalas cinta si suami yg gila itu.

    BalasPadam
  4. semoga tabah dengan dugaan menimpa.sedih mmg sedih.usaha dikenang.teruskan kehidupan akak dgn anak2.kisah sy n adik beradik pun sama.kami membesar hasil jerih perih tualang 4 kerat arwah ibu. ayah bila dapat yang baru x ingat kami semua.namun bila kami adik beradik berjaya dalam hidup masing2 ayah kenal kami rupanya. Tuhan Maha Berkuasa. Pasti ada kebahagian yang menanti akak dan anak2. Tabah dan redha dengan apa yang berlaku. Insyallah

    BalasPadam
  5. Saya juga dicerai talak 3 setelah suami main kayu 3 dgn sepupu sndiri. Mertua sambut sepupu saya dan saya diharamkan pijak kaki ke rumahnya. Sepupu yg menjadi kekasih suami yg pd ketika itu belum nikah telah dijemput oleh ibu mertua beramah mesra dgn nya. Kini 7 tahun brlalu. saya brsyukur ALLAHangkat saya keluar dr keluargs yg jijik ini

    BalasPadam
  6. ipar,sepupu lain kelamin ikut tinggal dirumah pasangan suami istri artinya "kematian",tinggal nantikan waktu kapan kucing menjemput daging kecik,atau daging kecik menggoda kucing,mana dulu mulai dan iblis memandu khidmat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…