apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.4.12

Siapakah yang tidur di bawah jambatan itu?

Assalamualaikum,


Ada orang hidup, tidur bangkit, di bawah jambatan. Mereka digelar gelandangan dan orang di Jabatan Kebajikan Masyarakat cakap:
Isu berkenaan akan dikaji dan dipanjangkan kepada pihak atasan untuk dinilai sebelum langkah seterusnya diambil. 
Mula sorang, kemudian dua kemudian lagi... tiga. Esok2 berapa pula? 

“Saya perasan sejak tiga bulan lalu ada seorang gelandangan di bawah jambatan itu berteduh siap dengan khemah buatan sendiri dan bantal, tetapi baru-baru ini ada seorang lagi mungkin rakannya turut tinggal bersama."

- kata pemandu bas henti-henti, Sulaiman Razak, 35,
pandangan pakaian yang ditinggalkan 'lelaki gelandangan' 
setelah tidur di bawah jambatan di bangsar

Bayangkan kalau anda lalu di kawasan gelap itu dan tiba2 disergah oleh lelaki2 tersebut. Pasti akan terkejut juga, kan? Bukanlah nak kata yang mereka itu bahaya atau jahat, cuma waspada itu penting, kan? sebab, kawasan terbabit  sunyi dan gelap selain jauh dari penglihatan orang ramai kerana jambatan berkenaan terletak di tengah jalan raya.

Tinjauan ke kawasan berkenaan pada waktu pagi mendapati mereka tiada di tempat berkenaan kerana keluar mencari makan dengan merayau-rayau di kawasan sekitar dan keadaan di situ bersepah dengan sampah-sarap. Malah, terdapat dua tempat tidur berasingan yang masing-masing beralaskan kotak dan baju sebagai bantal selain beberapa pakaian dan dua unggun api yang dibuat bagi mengelakkan cuaca sejuk pada waktu malam.

Kesian, kesian juga. sebab itu lakukan sesuatu agar malaysia bukan negara yang hanya cakap besar kononnya rakyat miskin dah terhapus tetapi kalau benar, mereka yang bergelar gelandangan ini siapa? 

aku bukan mengutuk sesiapa, jadi, jangan ada cik anon yang cakap aku anti.... aku hanya mahu pihak2 berwajib celik bijik mata. jalankan tanggung jawab dan amanah sebaiknya....

rujukan: harianmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.