apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.4.12

Kamukah lelaki berkualiti?


gambar hiasan, ya!
Tengok rupa... memang boleh tergoda. Mata yang punya renungan mendebarkan, hidung mancung tercacak, bibir yang nipis kemerahan, rambut ikal... 

Hmm, dah ada ciri-ciri lelaki idaman tu! Tambah dengan badan yang tegap, tinggi, amboi, gagah sungguh. Bila dia approach, hati gadis mana yang tidak cair? 


Cer citer... hehe...

Tapi, bila sudah hidup bersuami isteri dengannya, alahai... kalau boleh digredkan, maka termasuklah lelaki yang menawan itu tadi dalam gred 1. Kalau boleh bagi gred 0, memang nak bagi jugak jugak! Kenapa? 


Sebab, dia bukan hero dalam cerita novel. Dia bukan anak orang kaya yang penuh karisma. Yang muka macam Brad Pitt, tegap macam Danial Henney, handsome macam Arjun Rampal... bukan! Hero dalam novel memang terpilih perfect 10. Tapi hero kita tu? 
Sebab itu ramai anak gadis yang lebih suka jadi andartu atau andalusia. Sebab apa? Lelaki berkualiti sudah semakin susah didapati! Betul!


Mengapa lelaki berkualiti ni susah nak dapat? Mudah aje jawapannya... Baca ni, aku petik dari DCCK

Zaman sekarang bukan senang nak cari suami berkualiti. Namun itu bukan salah mereka semata-mata tetapi salah ibu bapa yang terlampau memanjakan mereka sehinggakan tidak tahu apa tugas, fungsi dan tanggungjawab sebenar seorang lelaki.

''Sebagai contoh, sejak sekolah lagi budak-budak lelaki diberikan telefon bimbit yang canggih-canggih. Tak cukup itu, motosikal dan duit poket yang berlebihan. Bila ada telefon dan motor, top up dan minyak mestilah ibu bapa yang beri!"

Sepatutnya mereka diajar cara kumpul duit belanja sekolah yang kita beri atau duit raya, didik berjimat seawal usia atau latih mereka bekerja dengan ambil upah cuci kereta, bersihkan laman orang atau apa sahaja yang kita boleh awasi pergerakan mereka. Biar mereka belajar betapa susahnya cari duit.

''Kalau duduk kampung lagi senang dapat kerja. Boleh bantu ibu bapa jadi pembantu kedai, menoreh getah, jual buah pada musim buah, pembantu kantin, cuci pinggan atau apa saja kerja halal dan yang penting, kita ibu bapa boleh awasi mereka."

Apabila mereka sedar betapa susah dan peritnya cari duit barulah mereka tahu menghargai setiap sen yang dibelanjakan. Sifat berjimat ini secara tidak langsung mendidik mereka jadi bertanggungjawab apabila dewasa.

Masalahnya jika anak lelaki sentiasa dibantu, mereka jadi terlalu manja dan lebih teruk lagi apabila berkahwin. Kerana mereka tak pernah fikir tentang sewa rumah, bil elektrik, bil telefon, keperluan dapur dan kerja rumah. Lelaki jenis ini tidak akan ambil kisah tentang masalah tersebut sebab dari kecil semuanya sudah tersedia depan mata. Jangan terkejut jika sudah bekerja dan berkahwin, mereka akan tetap minta duit ibu bapanya kerana nak senang.

Pembaca boleh bayangkan anak-anak jenis ini jika telah beristeri nanti. Tentu kita juga tidak dipedulikan kebajikan dan kesihatan bila tua dan sakit nanti. Lebih sedih ada ibu bapa sanggup menyediakan segala-galanya supaya anak segera kahwin, daripada duit belanja hangus, barangan hantaran, cincin kahwin termasuk perbelanjaan kenduri.

Si anak ini tidak akan menghargai nilai perkahwinan itu sebab segalanya dia dapat dengan mudah. Dia akan mengharapkan isteri membantu hidup selesa dan mewah. Jadilah dia suami tidak bertanggungjawab.


Efaal dalam e-melnya berkata; dia menjadi satu-satunya tempat adik beradik mendapatkan pertolongan.

''Kehidupan saya yang stabil dan tidak berkahwin ini seolah-olah jadi sasaran adik beradik terutamanya yang telah berkahwin untuk dapatkan wang. Semuanya kerana suami masing-masing tidak mahu berusaha meningkatkan taraf hidup sendiri. Setiap kali ada masalah duit mereka jumpa saya untuk dapatkan bantuan. Pada pandangan saya, lelaki sekarang hanya tahu memenuhi nafsu mereka tetapi lari daripada tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Norhasanah dalam e-melnya membandingkan hidupnya dengan kawan baiknya yang dipaksa kahwin oleh keluarga. 

Teman baik saya Mazmi terpaksa berkahwin setelah dua kali dilangkah bendul oleh adik perempuannya. Dia dituduh terlalu memilih suami, akhirnya berkahwin dengan seorang pegawai rendah yang lima tahun lebih muda sedangkan dia pegawai lulusan universiti kira-kira 10 tahun lalu. Setelah 10 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak, saya kira tentulah hidupnya aman, malangnya tekaan saya meleset.

''Satu hari Mazmi dalam tangisnya bercerita dia tak bahagia dengan perkahwinannya. Bukan setakat dia yang mengurus perbelanjaan keluarga malah berdepan kerenah suaminya yang kaki judi. Duit gajinya tak pernah cukup kerana beli nombor. Suaminya kerap menghinanya mengatakan kalau dia tak ambil jadi isteri, Mazmi akan kering kotai sampai mati. Dulu memang dia malu, kini dia minta dibebaskan. Tapi suaminya enggan ceraikan dia malah menuduh pula Mazmi ada kekasih."


Tu dia! Luahan hati wanita tentang lelaki. Mencari laki memang mudah (maaf, bahasa sedikit kasar, ampunn! ) tetapi mencari LELAKI terutama yang tahu tanggungjawab sebagai suami dan ayah, sebagai anak dan jiran, sebagai khalifah di bumi ALLAH ini, memang semakin sukar. 


Pendek kata... janganlah anda hendak dapatkan lelaki yang macam hero dalam novel kesukaan anda. Memang tak jumpa kot! Kalau jumpa tu, memang bertuah bebenorr.... kan?


Aku ada dua anak perempuan. Aku harap, mereka temui lelaki yang berkualiti. Bagi aku, berkualiti bukan maksud kaya tapi rajin bekerja. Bukan maksud loving tapi menjadi pelindung. Bukan maksud alim tapi sanggup membimbing. Tidak mengharap pada kekayaan emak bapak tapi cukup sekadar memberi keselesaan. Tak perlu hensem sangat, sebab nanti takut dia riak... 


Amin....

2 ulasan:

  1. salam puan sofi..

    nice entry..memang ade yang btol pe yg dikatakan oleh artikel tersebut..tapi bab salahkan ibu bapa tu rasenye tidak juga, kite balik ke basic ajaran agama islam..jika basic agama islam lelaki tersebut kukuh..rasenye die tau apekah penting nya tangunggjawab itu..lagi2 tanggungjawab seorang suami,ayah dan ketua keluarga..

    wasalam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. memang betul, islam dah ajar semuanya, kalau kita ikut, semua benda jadi baik, kan?

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.