apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.4.12

Mudahnya dapat sijil MC? Beli ke?


Kadang-kadang, aku hairan juga tengok sesetengah orang yang kerja dengan aku kat sekolah.... ada aje cutinya. Dalam hati selalu gak tertanya-tanya, sakit ke dia? Tapi, selalu benar dia kasi sijil MC swasta. So, hati nakal tanya lagi... Mudahnya dia dapat MC? Beli ke?

Memang tak mustahil kan? Apatah lagi bila ada pendedahan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) semalam. MMA mengecam tindakan segelintir doktor yang mengaut keuntungan mudah dengan hanya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelanggan mereka.

Presidennya, Dr Mary Suma Cardosa berkata, biarpun MMA tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi berhubung isu berkenaan, namun pihaknya tetap memantau sebarang laporan berkaitan.


“Setakat ini, kita tidak menerima aduan berkaitan dan sekiranya urus niaga sedemikian wujud, kita harap ada pihak tampil menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan,” 

Dr Mary berkata, pihak persatuan tidak pernah menyokong sebarang aktiviti membabitkan salah laku di kalangan doktor mahupun pengamal perubatan.

“Dari sudut tindakan, kita tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan sebarang hukuman sebaliknya berperanan sebagai orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan keterangan dan maklumat daripada pihak yang dituduh. Kita tegaskan bahawa tindakan menjual sijil cuti sakit kepada pelanggan demi keuntungan mudah adalah menyalahi etika perubatan. Bagaimanapun, seorang doktor itu berhak mengeluarkan MC berdasarkan penilaian yang dibuat terhadap pesakitnya,”

Buat apalah nak bohong, kan? Tak sakit, cakap sakit. Kalau dah malas dan rasa kerja tu tak sesuai dengan diri, berhenti dan cari kerja lain. Senang aje, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.