apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.4.12

Lihatlah pada apa yang disampaikan, bukan pada siapa yang menyampaikan


Faizah Abu Bakar telah menitipkan ini di status facebooknya... terima kasih.

................

Terkadang, bila seseorang menasihati kita berkenaan sesuatu yang mungkin dia sendiri BELUM sempurna melakukannya, kita akan kata, 

"Tak sedar diri...".

Lantas, kita menolak terus nasihat yang diberi.. 


Sekurang-kurangnya, buat mereka, tanggungjawab mereka untuk menyampaikan nasihat pada kita sudah terlepas.... Betul?

Tinggal sekarang diri kita.. 


Sejauh mana kita mengambil pengajaran dari nasihat yang diberi, itu yang seharusnya kita fikirkan.. Ayuh sama-sama kita latih diri.. 

Untuk menerima nasihat yang diberi sebelum menilai siapa orang yang menyampaikannya.. 


¬ Latih diri, untuk tanya diri kita dahulu, sejauh mana kita ikhlas untuk menerima nasihat mereka ¬

Sebelum kita mula mempersoalkan, sejauh mana pula mereka ikhlas terhadap nasihat yang mereka beri...


Ingat ini:- 

"Lihatlah pada apa yang disampaikan, bukan pada siapa yang menyampaikan."                                                                                             - Saidina Ali r.a -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.