Langkau ke kandungan utama

Kisah Cinta 6

Maaf, lambat sambungannya... hehe tapi jom kita tengok bagaimana Anis menepis kehendak keluarga dan Kamil. juga, bagaimana Iskandar membantu....
...................
6

"Awak, saya tak pernah buat macam ni pada keluarga saya. Saya tak pernah tipu dia orang. Saya takut," 

Lelaki yang sedang memandu kereta itu hanya tersenyum mendengar pengakuan tulus daripada Anis Syahira. Gadis, ops, janda muda yang seusia adiknya yang juga lima tahun lebih muda daripada dirinya ini, kelihatan gelisah di tempat duduk sebelah. Jari jemari kanan dan kiri diramas, digenggam dan diletupkan sesama sendiri. Bukankah itu perlakuan seorang yang sedang tidak yakin diri?

"Anis, abang ada. Anis jangan takut la. Selagi daya, abang bantu Anis hari ini. Percayalah,"

Anis angguk. Dalam hati, dia sendiri tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku dalam hidupnya kini. Tetiba sahaja, ada watak baharu, muncul dalam jalan ceritanya. Watak hero kedua yang juga menagih cintanya. Sanggup berebut dengan Kamil pulak tu!

"Mak nak jumpa buah hati kamu tu. Mak nak tengok apa istimewanya dia sampai kamu menolak Kamil. Bawak dia jumpa mak,"

Ketika dia memberitahu Noraini tentang kemahuan ibunya, Nor, tanpa teragak-agak terus menelefon Iskandar. Balik daripada pejabat hari tu, mereka balik ke kondominium. 

Terkejut Anis bila mendapati lelaki itu sudah siap menyediakan hidangan makan malam untuk mereka. Baru dia tahu bahawa Iskandar sebenarnya ialah seorang 'chef'. Dia kembali ke Malaysia setelah puas mengelilingi dunia luar, untuk bekerja di Hotel Impiana KLCC. 

Dan, nampaknya, kali ini, bukan pakej luaran lelaki itu sahaja yang telah menggoda naluri wanitanya, malah keenakan nasi goreng kerabu yang dijamah itu juga memikat jiwa. Tapi, dalam hati semuanya disimpan kemas. Sebab, Anis sudah belajar daripada kesilapan silam. Sayang dan cinta kepada lelaki harus dipendam kemas di lubuk hati. 

Rahsia dalam hati, tidak siapa boleh mengetahui!

"Tapi abang ada satu permintaan,"

Anis melihat raut wajah Iskandar. Lama.

"Anis kena tunjukkan rasa mesra sikit dengan abang. Kalau dok tergagap-gagap, kekok aje, memang kantoi la jawabnya. Sah, Anis kena kahwin dengan Kamil tu balik! Jadi, kalau betul Anis tak nak dia dan Anis dah pilih abang, Anis kena buktikannya." 

Kepala yang digeleng-geleng bersama jeritan halus, tamo, tamo.. menyebabkan Iskandar ketawa besar. Aduhai, sejak balik lebih dua minggu lalu, wanita ini sering berjaya buat dia gelak sakan. Buat dia gembira dan rasa bahagia. Tak sangka, dalam masa dua minggu, cinta boleh berputik dalam hatinya. Dan demi cinta ini, dia akan pastikan, sebentar lagi, Anis menjadi miliknya.... dengan izin Allah jua. Semoga, lelaki bernama Ahmad Kamil itu akan mengalah biarpun mendapat sokongan moral yang penuh dan padu daripada semua.

"Kenapa Kamil bercerai dengan Syidah, siapa ke nama madu Anis tu?" tanya Iskandar. 

"Syidah, betul la tu! Entah, tapi, kata Syidah, Kamil tu banyak songeh sangat. Nak kongkong hidup Syidah. Semua Syidah kena ikut cakap dia. Syidah tak tahan la," 

"Anis, bila kita kahwin nanti, nak anak berapa orang?"

"Awak?" Muka Anis merah dah. Macam udang kena bakar. "Kenapa tanya?"

Iskandar ketawa. "Saja," Kereta sudah sampai di hadapan rumah keluarga Anis. Nampaknya, mereka yang terakhir tiba. Di halaman, sudah ada ramai tetamu nampaknya. 

"Wah, ini dah macam isytihar perang. Abang akan dilanyak dari semua sudut ni," kata Iskandar.

"Ha ah la. Macam mana? Nak teruskan jugak? Kalau abang nak undur diri, sempat lagi ni," 

Iskandar geleng. "Abang tak akan mengalah selagi belum benar-benar tewas. Lagipun, Anis ada untuk bagi sokongan padu pada abang, kan?" 

Anis mengangguk. Laju. Penuh perasaan.

"Yakin dengan abang. Biar abang buktikan cinta kita,"

Erk? Cinta kita? Macam tahu-tahu aje Iskandar tentang isi hatinya. 

"Abang?"

Iskandar segera menoleh, menatap anak mata Anis. 

"Tapi, pun... jangan lebih-lebih, ya!"

Mulanya Iskandar kerut dahi. Tak faham. Lepas tu, ketawanya lepas. Lama baru dia dapat mengangguk. Namun tawa itu masih bersisa.
.................

"Dah berapa lama kenal Anis?"

"Dekat 3 minggu,"

"Iya? Kamil dengan Anis kawan sejak kecil lagi. Childhood sweetheart ni!"

Iskandar senyum. "Tapi, saya dah lama cintakan dia. Sebab adik saya, Noraini, selalu cerita tentang Anis sepanjang berhubung dengan saya masa kat luar negara dulu. Jadi, dalam diam, saya dah jatuh hati pada dia,"

Mata Anis bulat merenung wajah Iskandar seolah-olah bertanya, Betul ke? Kepala Iskandar terangguk-angguk. 

"Anis nak buat pembetulan sikit, bang. Takut abang salah faham pulak. Anis dengan Kamil bukan childhood sweetheart. Kalau kami bercinta sejak lama, tentu dia kahwin dengan Anis dulu, kan? Tapi, dia kahwin dengan Syidah dulu. Itu bukti yang dia tak cintakan Anis sepenuh hati. Abang jangan risau, ya!"

Semua orang memandang wajah Anis dengan geram kecuali Iskandar. Iskandar yang tersenyum senang dengan pengakuan itu.  
.................

"Kamil ada anak. Anak tu perlukan seorang ibu. Anislah perempuan tu. Kau boleh cari orang lain, tapi Kamil? Siapa yang sudi kahwin dengan duda yang ada anak. Kesiankan dia?"

"Susah tu. Malang nasib anak Kamil nanti. Sebab Anis tak suka Kamil. Bila tak suka ayah, takut anaknya juga dia benci nanti,"

Anak comel itu diletak atas ribaan Iskandar. "Kau rasa, Anis sanggup ke nak ketepikan sicomel ni?"

Wah, main perasaan pulak dah. Emo ni!

"Macam ni la, semua. Apa kata, biar saya dengan Anis jadikan si comel ni anak angkat kami? Yalah, daripada main perasaan Anis macam ni, paksa secara halus, izinkan saya dengan Anis ambil dia, bela dia. InsyaAllah, kami akan sayang dia macam anak kami sendiri. Kan, Anis?"

Cepat-cepat Anis mengangguk. Sokong aje cakap Iskandar. Biar KO habis orang-orang yang sudah berpakat ni!
................

"Engkau ni, tak faham bahasa ke? Dia orang ni semua nak Anis kahwin dengan aku. Bukan dengan kau. Tanpa restu keluarga, hubungan korang takkan ke mana, tahu? Ni aku ni, yang mampu bahagiakan dia. Aku saja!" Kamil mendabik dada.

Anis panas telinga. Mulutnya sudah siap sedia hendak melontar kemarahan namun Iskandar dengan tenang menahannya. 

"Allah dah bagi peluang sekali pada awak. Masa tu, cinta Anis penuh hanya untuk awak sorang, kan? Tapi, awak dah tolak dia, Kamil. Awak dah ceraikan dia. Saya tak tahu apa kisah di sebalik hubungan awak dulu tu, tapi, saya nampak luka yang Anis pendam dalam hati dia. Luka yang jadi benteng dan tembok pemisah sehingga cubaan demi cubaan awak untuk rebut hati dia semula, gagal tembus. Kan?"

Kamil telan liur. Tergugat dengan tembakan demi tembakan Iskandar yang mengena sasarannya.

"Awak ingat, senang ke untuk saya lepasi tembok yang Anis buat selepas awak bunuh cinta dia? Kalau awak sendiri pun, lelaki yang pernah dicintainya tak berjaya, bolehkah saya? Tapi, dengan kuasa Allah, dibukakan pintu hati Anis untuk terima saya," Kali ini, pandangan Iskandar yang berkaca tertuntas kepada dua ibu bapa Anis yangsedang tunduk memasang telinga. "Pak cik, mak cik, saya datang tanpa syarat. Hanya dengan sekeping hati saya ni saja. Kalau hajat saya ditolak, saya reda. Cuma, saya nak semua orang beri Anis hak untuk tentukan hidup dia. Biar dia bahagia. Jangan paksa dia untuk memilih sebab dia bukan budak kecil lagi,"

"Dan, hak si kecil tu sebenarnya atas saya, abang Kamil. Saya ibu kandungnya, bukan Anis. Kalau kerana anak ini abang nak paksa si Anis ni balik pada abang, ni, saya serahkan surat kuasa mahkamah. Saya nak perjuangkan balik hak penjagaan saya yang abang rampas," 

Rasyidah berpaling menatap wajah Anis dengan sekuntum senyum penuh ikhlas kali ini. 

"Dia ego. Lepas ceraikan kau, baru dia sedar yang dia buat salah. Tu yang jadi gila talak tu. Tengok aku pun nampak kau. Mana tahan? Aku mintak cerai la. Dah bercerai, dia rampas anak aku. Siap beritahu mahkamah yang aku ni isteri nusyuz. Semata-mata sebab nak paksa kau balik pada dia. Mujur kau kuat menolak dia, Anis. Lelaki macam Kamil ni, memang wajar diajar begitu. Biar dia hormat sikit perasaan kita sebagai wanita,"

Suasana hening bila Rasyidah pergi dengan anaknya. Kamil bagai anak ayam hilang ibu, termangu sendiri. Anis sudah lemas dengan keadaan ini. Lantas dia mengajak Iskandar meninggalkan rumah itu.

"Anis, kamu nak ke mana?" tanya puan Zahira perlahan. 

Anis mengeluarkan sesuatu daripada tas tangannya. Sekeping kad. Kad itu dihulurkan kepada ibunya. "Kami nak kahwin esok, mak. Kalau mak sudi, datanglah,"

"Anis..."

Suara Kamil sayu memanggil namanya. Tidak dia peduli. Langkahnya laju membontoti Iskandar. Dia takut untuk menoleh. 

"Anis, jangan tinggal aku, Nis. Aku sayang kau!" 

Anis segera masuk ke dalam kereta yang pintunya sudah siap dibuka oleh Iskandar. Sebaik pintu itu tutup, terus dikuncinya. bila Iskandar masuk saja, dia suruh Iskandar memecut. 

"Cepatlah, bang. Anis takut dengan orang gila talak tu. Seram ni!"

Iskandar ketawa. "Patutnya Anis suka, tahu. Maklumlah, cinta Anis dah berbalas sekarang," usiknya. 

"Anis nak balas cinta abang. cinta dia? Boleh blah!"

Iskandar menggelengkan kepala. "Jangan takbur, cik adik. Tak nampak apa jadi pada orang yang sombong tu? Kalau Allah nak terbalikkan hati??"

Anis kalut. Terus saja beristighfar, minta ampun pada Tuhan kerana kelancangan mulutnya tadi. Sungguh, dia tak mahu pada Kamil lagi tapi, benar kata Iskandar, jangan takbur dengan Allah kerana Dia boleh membolak balikkan hati. Bukankah dia Pemilik Sebenar Hati semua insan, semua makhluk?

"Allah sentiasa menguji kita, Anis. Kita aje yang tak sedar dan lalai. Diuji dengan kesusahan, insyaAllah, ramai yang dapat bertahan. Diuji dengan harta yang banyak... menakutkan jika kita bakhil. Diuji dengan kata-kata.... sehingga kita teringin menjadi bisu. Tapi angkuh dan kesombongan, memang langsung dibenci NYA. Janganlah hendaknya kita tergolong dalam kalangan mereka. Azabnya pedih, Anis. Sakit!"

Sesungguhnya, kata-kata yang lahir dari lidah tidak bertulang itu ujian untuk kita. Fahamilah....

Ulasan

  1. tak tahu nak ckp apa.tapi anis berhak untuk hidup bahagia..dgn kamil..mungkin juga bahagia tapi x mustahil jika kamil gila talak sekali lgi..dgn syidah pula kali ni..
    dgn iskandar,terlalu awal..tapi andai sudah jodoh??
    semua org berhak untuk bahagia..semua berhak untuk dberi peluang ke-2..
    tapi bak kata iskandar..kamil pernah ada peluang tu bila anis pernah jadi miliknya..pernahkah kamil mmberi peluang kepada ania untuk bhagia?Tiada!!
    jadi istilah menyesal,bukan tiket untuk memaksa diberikan peluang ke-2..andai sudah jodoh..mungkin tanpa paksaan anis akan kmbali..tapi siapa mmpu untuk menghadapi kekecewaan untuk kedua kali pada org yg sama??
    fuh!!kisah mmpu membuatkan sya berfikir ttg banyak perkara ttg hak diberi peluanf ke-2..
    cerpen yg bgus kak sofi..teruskan berkarya..

    ~gurangak aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, ga... memang mengharap yang membaca boleh berfikir dan mampu menjadi pedoman...thanx

      Padam
  2. Cerita yang bagus kak. Jangan berpaling lagi pada cinta yang telah gagal.
    Sekali gagal tak mustahil akan ada yang kedua kalinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada waktu, cinta kali ke2 itu akan jadi lebih manis namun kebanyakan masa ia hanya lebih menyakitkan

      Padam
  3. dh hbs ke???

    BalasPadam
  4. yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir. bila perasan diri bagus, itulah jadinya. semua melepas.

    BalasPadam
  5. cikgu sofi.. dah habis ke? tak puas rasanya bila baca.

    BalasPadam
  6. sambung la x mo la abis lagi...
    banyak g kisah x d huraikan....
    untuk iskandar ptt d beri peluang kenali anis lagi mendalam...
    utk anis plak selayaknyer die berbahagia selepas ap yg tjadi kat die selama nie....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... idea kering dah tu, sbb tu pendek aje...jgn marah hah..

      Padam
  7. sebuah lagi kisah yang perlukan pembaca berfikir dan pilih penyelesaian yang paling waras..tahniah

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…