apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.4.12

Kisah Cinta 5

6

Dia sudah berada di hadapan kediaman Noraini, yang terletak di tingkat 17, Kondominium Sederhana Mewah di Seri Petaling. Fuh, lega! Dapat juga dia meloloskan diri  biarpun emaknya naik angin tak tentu sebab. 

"Kamu nak putuskan silaturrahim antara keluarga kita dengan keluarga Kamil? Kamu tahu tak apa hukumnya memutuskan hubungan sesama manusia?"

Tak sangka sampai ke situ ibunya memikir. Hendak sahaja dia bertanya siapa yang terlebih dahulu memutuskan hubungan? Namun mungkin mata semua orang sudah buta dan telinga sudah tuli untuk melihat dan mendengar kebenaran. Oleh kerana kalau cakap banyak-banyak pun tidak ada gunanya, dia keluar. Keluar membawa segala macam perasaan bersamanya. 

Laju sahaja langkah diatur menuju ke bilik yang sudah Noraini isytiharkan sebagai biliknya. Sebenarnya, Noraini sudah lama mengajak dia tinggal bersama gadis itu, cuma dia yang selalu mengelak. Tapi, nampaknya, inilah peluang untuk dia tinggal berasingan daripada keluarga. Sudah tiba masanya!

Meskipun jam baru menunjukkan pukul sembilan setengah malam, Anis mengambil keputusan untuk tidur sahaja. Nanti, fikirnya, bila Noraini balik, pasti temannya itu akan mengejutkan dirinya dan bolehlah mereka berbual panjang. Sekarang, biarlah dia tenangkan fikirannya. Suasana rumah yang gelap tidak dipedulikan. Lebih baik begitu. Lebih mudah untuk dia lelapkan mata dalam kegelapan itu.

Noraini tiba di rumah dalam keadaan marah-marah. Mahunya tidak? Punyalah lama dia menunggu seseorang di KLIA, namun manusia itu tidak juga muncul-muncul. Setelah naik kematu kakinya berdiri menanti, dia akhirnya membuat keputusan untuk balik. Dia kasihankan Anis yang sudah hampir tiga jam menunggunya. Hisy, nantilah! Bila dia jumpa lelaki itu esok-esok, tahulah dia bagaimana hendak mengajarnya, desis hati.

Ketika memasuki ruang tamu, sepasang mata mengecil. Di satu sudut, ada dua buah beg besar dengan label KUL terletak. Di atas sofa pula, sebuah 'overnight beg' elok terletak. 

Mulutnya ternganga. Hati berdetak. Dia orang berdua ada di sini? Makkk.....

Berlari Noraini ke arah bilik yang satu. Habislah! Habislah! Hati terus menerus menjerit.

Dan, ketika lampu terpasang, apa yang dirisaukan benar-benar menjadi kenyataan. Atas katil, elok sahaja dua orang makhluk sedang tidur dengan nyenyak. Seorang di sebelah kanan, seorang di kiri dan terpisah oleh bantal peluk di tengah-tengah. Aik? Rasa tak percaya tengok mereka yang sedang lena. Tapi, mana boleh dibiarkan, kan? Bukan muhrim tu!

Pada masa yang sama, mungkin kerana cahaya lampu mengganggunya, Anis tersedar. Dalam mamai, dia menggeliat. Noraini sudah panik bila melihat tangan Anis  'landing' atas muka lelaki itu. Dia melihat Anis membuka mata, terkejut dan melompat turun dari katil. Lelaki itu juga sudah terjaga. Juga terkejut dan terus duduk tegak atas katil. 

"Nor? Apa ni? Siapa dia?" Anis yang panik, hampir menangis. 

"Pukul berapa, Nor? Lama ke abang tertidur?" Lelaki itu bagai tidak mempedulikan keadaan sekeliling. 

Noraini mencapai bantai peluk dan membaling ke muka lelaki itu. "Abang suruh Nor tunggu abang di airport, tapi abang dah sampai ke rumah. Pasal apa jadi macam tu?"

Mata lelaki itu masih terpejam. "Alah, kerja abang habis awal. So, malas nak tunggu lama, abang tukar flight. Sebab tu abang sampai awal."

"Kenapa tak call Nor? Kenapa balik rumah? Kenapa tidur atas katil tu dengan... dengan... kawan Nor ni?"

Soalan Noraini menyebabkan mata yang tertutup, kini terbuka luas. Pandangan tajam tertuntas ke arah gadis yang berlindung di belakang Noraini sejak tadi. "Bila pulak abang tidur dengan dia? Masa abang masuk dalam rumah ni, tak silap pukul tujuh, abang terus tidur. Tak ingat dunia. Kalau ada yang menceroboh, dialah tu! Bukan abang!"

Anis tepuk dahi. Lelaki itu menang sebab memang kalau dah begitu keadaannya, dialah yang salah. Masa masuk tadi langsung tak buka lampu. Langsung menonong masuk bilik dan baring, tak ingat dunia juga. Aduh, kenapa hidupnya mesti penuh dengan adegan yang memalukan? Mengapa?

"Aku nak balik la, Nor. Aku malu ni. Mintak maaf ya, menyusahkan kau dengan... dengan...,"

"Anis, ini abang sulung aku, abang Is, Iskandar, yang selalu aku cerita pada kau tu. Dia baru balik dari London,"

Lelaki itu ketawa. Gigi yang tersusun cantik kelihatan. 

Kalau selama ini Anis mengkagumi kecantikan Noraini, malam ini, dia kagum dengan ciptaan Tuhan yang pertama kali bertemu. Memang cukup sempurna ciptaanNYA. 

"Kalau abang tahu, hadiah menarik sebegini yang abang dapat, dah lama abang balik Malaysia, tahu!" 

Usikan lelaki itu semakin membuat Anis gelabah. Terus dia mengatur langkah untuk keluar dari rumah itu. Malunya, tak boleh nak luah lagi. 

"Anis, tunggulah! Dah tengah malam ni. Toksah pergi mana-mana, bahaya! Kau dengan aku nanti, ya? Sori?"

"Cik adik, saya minta maaf, okey. Lupakan apa yang jadi tadi. Sebab kita sama-sama tak sedar, kan? Lagipun, bahaya kat luar tengah-tengah malam ni. Awak dengan Nor malam ni, ya. Sori sekali lagi sebab curi bilik awak ni,"

Tersentuh hati Anis. Lembut tutur kata dan keikhlasan meminta maaf meskipun kesalahan itu jelas adalah dirinya, buat dia kehilangan kata-kata. Hati terus beralun dengan satu lagu baru. 

Hisy! Tak sedar diri betul minah janda ni, diri dimarahi! 

Namun redup pandangan dan senyum yang terukir pada bibir Iskandar benar-benar menyebabkan jiwa Anis keresahan. Aww...

16 ulasan:

  1. yeay! jgn biarkan ahmad kamil tu ambik kesempatan. dah buang ada hati nak ambik balik. tak mo ahmad kamil tu tapi nak iskandar ye, kak sofi.

    BalasPadam
  2. muncul juga hero baru hehe..
    baru padan dgn muka si kamil tu..ajar dia sikit.bukan semua benda harus ada ada peluang kedua..klu mcm tu,org tak akan teragak-agak membuat kesilapan..
    best kak sofi.

    ~gurangak aja~

    BalasPadam
  3. auwwww...suke3 sangat...jejaka hensem sudah mai... pi blah terjun gaung je lah kamil oooiiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hero muncul utk bela nasib anis... :)

      Padam
  4. yea cikgu sofi kita semua mau iskandar & anis.

    BalasPadam
  5. sofi,

    bagi peluang Anis dgn. Is,
    tutup buku dgn. si Kamil tu w/p
    dia gunakan ibu bapa dan segalanya...
    betul cakap Anis, jika dia hendak rujuk
    rujuklah dgn. ex-wife dia yg dipuja2 dulu

    suka dgn. Anis yang berani bersuara
    bukannya hanya menerima segala keputusan orang lain..

    Sofi, ada buku baru ke masa KLIBF 2012?

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx krn sukakan ketegasan anis.

      actually, tahun ni kak sofi x produktif la. xde buku di pbakl nnt. sori. kpd peminat2, harap bersabar ya..

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.