Langkau ke kandungan utama

Kisah Cinta 4

"Kamil datang tadi,"

Anis Syahira mengangkat muka perlahan-lahan. Hilang sudah konsentrasi terhadap bacaan. Novel yang dibaca itupun hampir terlepas dari tangannya. 

"Dia cari kamu, Anis," puan Zahira memberitahu lagi. Wajah ayu itu ditatap lembut.

Anis hanya menjungket bahu. Malas hendak berkata apa-apa. Nama itu, lelaki itu, adalah kenangan silam. Kala cinta bodohnya sedang membara dalam jiwa. Cinta bodoh, itu yang sering dimarahi diri sejak mereka berpisah hampir dua tahun dahulu. 

"Mak rasa, dia cari kamu sebab dia perlukan pertolongan kamu, Nis," 

Ayat itu buat jiwanya memberontak. Wajah sudah merona merah, menahan marah. Pantang baginya jika dihubungkait antara pertemuan, cinta dan pernikahan dengan pertolongan. Memang itu akan menyebabkan dia hangin satu badan!

"Kenapa? Kali ini dia perlukan Anis, ya? Terbalik pulak? Dulu, ayah dengan emak yang perlukan dia dan keluarga dia. Hmm, let me think!" Tiba-tiba sesuatu menyapa minda. Sesuatu yang buat dia nanar. "Jangan cakap yang dia, Ahmad Kamil, perlukan isteri untuk jaga anak dia?"


Wajah Puan Zahira yang tetiba nampak serba salah, menyebabkan Anis akhirnya ketawa kecil. Dia tahu bahawa kini tekaannya tepat mengena. Sah, memang lelaki itu perlukan ibu kepada anaknya yang berumur enam bulan itu. 


"Suruh aje dia rujuk balik dengan bini dia tu, mak!" ujarnya tanpa perasaan. alat kawalan jauh ditekan-tekan, mencari stesen yang dapat memberi sedikit keseronokan. Kerana, perbualan ini membuat jiwa jadi kacau. 


Puan Zahira senyum pula. "Dia memang nak rujuk. Dengan kamu!" 


Kalau bola matanya boleh melompat keluar dari soket, memang itulah yang akan terjadi akibat rasa terkejut yang teramat sangat. Terkejut dengan kehendak lelaki itu, satu hal, tapi, melihat betapa teruja ibunya sendiri, aduhai.... dah rasa macam nak pitam pun ada! Geram, sakit hati dan kemarahan yang sedang dikawal ini, silap haribulan, bisa terhambur tanpa selindung sebentar lagi. Rasa hendak menjerit ARGHHHHHHHH.............


"Usah marahkan Kamil lagi, Anis. Dia dah sedar kesalahan dia dulu. Dia dah tahu, yang mana kaca, mana intan. Dah mengaku yang kamu jauh lebih baik daripada Rasyidah tu,"


"Cukuplah, mak! Tak payah nak buat promosi kat sini. Kaca ke intan ke, mintak maaf! Jangan nak atur hidup saya macam dulu. Mak faham tak ni?"


Puan Zahira segera menggenggam tangan Anis. "Jangan macam tu! Kamu pernah cintakan dia, dan mak yakin cinta tu masih ada lagi. Anis, setiap orang buat silap. Kamil tak terkecuali. Tapi, tak ada salahnya kalau kamu memaafkan dia. Demi anak dia, mak rasa, kamu perlu berkorban. Terima dia semula, Anis. Dia tentu akan sayangkan kamu. Percayalah!"


Anis menolak tangan emaknya. Dia kemudian bangun. Cadangnya, dia nak masuk bilik, kemas beg dan keluar dari rumah itu seketika. Dia hendak pergi ke rumah Noraini, kawan sepejabatnya. Nak menumpang duduk di rumah itu sehari dua.  


"Kamu nak ke mana?" tanya si ibu.


"Nak keluar, nak pergi rumah kawan," balasnya.


"Tak boleh! Kamu jangan nak pergi mana-mana. Kejap lagi keluarga mentua kamu sampai. Kita nak tetapkan hari nikah kamu dengan Kamil,"


Menyirap darah naik ke muka. Sakit hatinya, Allah sahaja yang tahu. Terus trelefon bimbitnya dicapai. Nombor lelaki itu didail. Bila suara Kamil kedengaran, kemarahanpun terhambur, "Listen, kalau kau nak rujuk, rujuk dengan Syidah. Sebab dia emak anak kau. Aku tak nak jadi emak pada anak kau dengan dia, okey!"


"Anis..."


"Dah, jangan nak cakap lembut-lembut dengan aku. Aku tak akan terpikat. Lagi pun, nama kau dah aku padam sebab dulu kau buang aku, campak cinta aku, macam kau buang kain buruk. Ni, satu lagi aku nak pesan. Jangan guna emak bapak, tok nenek semua untuk berbaik dengan aku. Buang karan aje, tahu?"


Puas hatinya dapat menghambur kemarahan. Dia segera berpaling, nak masuk ke dalam bilik, ambil baju dan chao... lagi cepat dia beredar, lagi baik. 


"Sampai hati kamu, Anis. Kasar betul bahasa kamu guna pada Kamil. Kenapa kamu berubah sampai macam ni? kenapa, Anis?" Puan Zahira sebak. Air mata sedih sudah mula menitis. 


Anis merapati ibunya semula. Lancar lidahnya berkata, "Sebab, saya dah ada pengganti Ahmad Kamil, mak."


Benarkah Anis sudah bertemu lelaki baharu ataukah alasan itu direka agar Kamil tidak lagi mengganggu? Tunggu jawapannya dalam Kisah Cinta seterusnya. :)

Ulasan

  1. kenapalah mesti,setiap kali perlu ada peluang kedua?bukan semua perkara harus ada peluang kedua..sbb tu kita diajar dan harus belajar untuk memghargai sesuatu itu sebelum terlambat.
    teremo plak baca n3 kali ni..

    ~gurangak aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak sofi pun x ske bg peluang kedua hehe

      Padam
  2. hehehee..sweet eh cite kak sofi ni...i like...kdg2 kite perlukan peluang ke2 jugak...semua insan lakukan kesilapan...tiap org berhak dpt peluang ke2, tp jgn smp ade ke3, ke4 dan seterusnya...hargai peluang yg diberikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ni rasanya xde kut peluang tu sori hehe

      Padam
  3. huhuhu...tertanya2 ni ape berlaku kt is3 yg disayangi kamil ni, smp tetiba nak rujuk blk dgn anis...sambung lagi kak...best la, kite suke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah bercerai tu yg muka x malu nk suruh anis jaga anak dia. peace...

      Padam
  4. cehhh...bila dah terdesak n sesak tau la plak nak cari anis...mana pi si syidah cinta agung tuh...bagussss anis wat ati kering sket...ajarin sket kamil jongos tuh... apasal mak si anis yg terlebey sudah plak sedihhnya...tak faham tulll...

    BalasPadam
  5. kalau ada pengganti, apa salahnya pun...kan Kak Sofi
    ..dah ludah nak julat balik...
    ..carila prempuan lain KAMIL..
    benci betul lelaki mcm tu..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg gitu la kdn org yg xde malu kut?

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…