background img

Catatan Baharu

Kisah Cinta 3

Kepada yang sukakan Kisah Cinta, thanx, ya. Sambung baca, k!
...................
3

Ahmad Kamil memandu masuk ke dalam rumah milik ibubapanya sebaik pintu pagar automatik terbuka. Lama dia memaut stereng, berdiam diri sehinggalah bila suara ibunya kedengaran, baru dia mengajak Anis turun. 

"Kenapa kita datang sini, bang?" tanya Anis. Namun soalan itu terbiar sepi. Ahmad Kamil terus laju meninggalkan isterinya.

Puan Amna terkedu elihat wajah kelat Ahmad Kamil. Dia tahu ada sesuatu mengganggu fikiran anak lelaki tunggalnya itu. Kehadiran bersama Anis ini tentu membawa khabar yang tidak enak. Dia harus bersedia. 

"Mak suruh saya kahwin dengan dia, saya ikut. Tapi mak tahu tak apa menantu kesayangan mak ni buat? Dia hendap saya dengan Syidah, mak. Saya dah pesan, jangan datang ke pejabat. Tapi, ada dia dengar pesan saya? Haram! Tidak! Sekarang, saya nak mak tepati janji mak pada saya. Mak cakap, kalau dia ingkar, saya boleh ceraikan dia. Jadi, saya nak mak setuju dengan permintaan saya ni. Saya nak ceraikan dia!"

Anis Syahira termangu. Puan Amna terkedu. Nekadnya Ahmad Kamil menyebabkan mereka kehilangan kata-kata. Masing-masing cuba menyelami ke dasar hati lelaki itu. 

"Saya nekad, mak. Saya pun bukannya teringin sangat nak ada dua bini. Mak paksa, saya ikut. Tapi, sekarang, dia ni dah mungkir syarat yang mak buat dengan saya. Jadi, saya nak kebebasan saya. Sekarang juga!"

Anis akhirnya bersuara lemah, "Apa maksud abang tu, mak? Syarat apa? Mak tak cakap pada Anis pun?"

Puan Amna terhenyak ke kerusi. Dia sendiri bingung bila syarat menjadi cagaran hutang. Dia sudah berjanji. Haruskah dimungkiri?

"Mak?" Anis sudah menangis. Dia rasa jantungnya bagai hendak pecah melihat wajah ibu mentua yang nampak sangat bersalah. Ibu mentua sedang mengelak daripada bertentang mata dengannya. Argh..

"Anis, meh aku cerita pada kau, apa sebenarnya, okey! Kita berdua ni kahwin kontrak, aje. Aku kahwin dengan kau sebab bapak kau nak jaminan satu projek dengan bapak aku. Bila tahu yang kau cintakan aku, dia orang peralatkan kau la. Mak aku setuju bantu parents kau, atas dasar kawan. Aku tak nak tapi mak cakap, aku kena kesiankan ayah kau. So aku bagi syarat yang kita kahwin tapi kau tak boleh menyibuk urusan aku dengan Syidah. Tapi, kau dah mungkir janji. Maka aku rasa, dah tiba masa untuk aku ceraikan kau. Aku lemas dengan pernikahan kita. Aku lemas dengan kau. dan, yang lebih penting, aku lemas bila Syidah menangis sebab kau. Faham tak ni? Jadi, sampai di sini perkahwinan kita. Kau bebas sekarang,"

Apa yang mampu dikatakan lagi. Cintanya dengan mudah diperolok. Perasaannya dipermainkan. Dia kecewa. Kecewa dengan semua, Ibu, ayah, mentua, namun kesakitan itu tidak menandingi keperitan akibat perbuatan suami sendiri. 

Mereka berpisah. Talak sudah jatuh. Dan, Anis Syahira tidak menoleh lagi. Dia ingin melupakan. Kisah cinta ini harus berkubur. Harus menjadi nesan. Tanpa tangisan!!!
............
belum tamat, nanti akan bersambung lagi. :)


14 comments: Leave Your Comments

  1. ya Allah kesiannya Anis. Rasa cam kejam lak diorang nih. Mungkin kebahagiaan Anis bukan dengan Ahmad Kamil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia ni banyak manusia kejam. tp ramai lg yg baik2. kan?

      Delete
  2. aduhaiii...kesiannya anis...kejam nya jantan nama kamil neh..pas ni biar kamil gila talak n meroyan kat anis...biar dia rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mmg nak bagi dia menyesal tak sudah...

      Delete
  3. eeee.....geramnye dkat ahmad kamil tu.....kesian anis:(......smbung la cepat kak sofi...

    ReplyDelete
  4. huhu sedihnya.. kesian anis..
    tk ptut la diorang wt cmtuh..
    smbg cikgu sofi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x patut tp hidup mmg tak adil, kan?

      Delete
  5. Yesss best... saya suka dgn idea2 bernas dari kak sofi...
    cerpen2 kak sofi semuanya berkualiti dan ada pengajaran.....
    Teruskan lagi kak sofi

    ReplyDelete
  6. okay ler tuh. hehe... maklumlah bab2 madu ni tak sedap sikit. agak sensitif jiwa ni... mungkinkah ada satu haro bakal muncul menghilangkan hati anis yang keciwa?

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Novel 5: Suami Sebelah Rumah

Novel 4 : Tiada Yang Lain

Novel 2 : Cintamu Cintaku Satu

Novel 1 : Tak Mungkin Kuhindar

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-6. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15

Novel-novel dalam Bikinan

Followers