Langkau ke kandungan utama

Kisah Cinta 2

2

"Aku tak faham dengan sikap kau ni, Anis. Kau tu isteri nombor 2. Kau tahu tak apa isteri nombor 2 kena buat? Okey, tak apa kalau kau tak tahu. Biar aje aku yang cakap. Dengar..."

Ahmad Kamil hanya memerhati. Bagai merelakan Rasyidah mengeluarkan pendapatnya. Sementara Anis tiba-tiba jadi kaku. Masih terkejut agaknya bila melihat suami kesayangan bermesra dengan madunya.

"Anis, sebagai perampas, kau kena selalu beralah. Kau yang mengambil hak aku.  Aku dah izinkan, tapi itu tak bermakna, abang Kamil hak mutlak kau. Kita kongsi, kan? Tapi, bukan 50-50, ya! 70-30. Malah, kalau aku nak bagi kau 1 % aje pun, kau tak boleh kata apa-apa, tahu? Sebab, kau tu bukan isteri pilihan abang Kamil, kan? Kau, menantu pilihan emak dia. So, lebih baik kau jaga hati mak mentua kita la. Biar aku aje yang jaga abang Kamil. Okey?"

Anis Syahira perhatikan sahaja Rasyidah, kembali duduk di atas pangkuan suami mereka. Tanpa silu padanya. Aduhai, memang membakar perasaan bila melihat tingkah mereka. Tapi apakan daya. Dia sayangkan Ahmad Kamil. Sayang sangat! 

Tapi, sayang sebelah pihak memang malang. Itulah dirinya. Dia kahwin dengan lelaki ini kerana dia, sejak lama, menjadi pilihan puan Amna, ibu Ahmad Kamil. Dia pula sesungguhnya sudah lama jatuh hati kepada lelaki ini. Cintanya satu dan sentiasa setia, untuk lelaki ini. Mereka tinggal serumah, namun, setiap malam, Ahmad Kamil milik Rasyidah. Dia? Dia hanya sekadar orang gaji mereka. 

Adik beradiknya mengatakan dia bodoh. Sanggup berhenti kerja menurut permintaan Ahmad Kamil. Sanggup tinggal serumah dengan madu, mengikut kehendak Rasyidah. Sanggup buat semua yang orang gaji buat, demi membahagiakan suami tercinta. Dia sanggup semuanya, kerana cinta. 

"Kau tak jawab soalan aku lagi, Anis. Kenapa kau cari aku sampai ke pejabat? Kan aku dah pesan pada kau yang tempat kau di rumah aje. Di sini, aku dengan Syidah,"

"Abang bohong! Abang dengan Syidah di mana-mana. Di rumah pun, Anis tak ada peluang nak bersama abang. Abang sentiasa lebihkan Anis. Abang tak adil!"

Tidak disangka-sangka, pasangan di hadapannya itu ketawa. Anis Syahira tersentak. Sebak rasa hati bila suami sendiri bagai tidak berperasaan. 

"Isteri atas kertas la tu. Kan, bang?"

"Hmm,"

"Itulah fasal. Kahwin lagi dengan suami orang? Macam dalam dunia ni tak ada lelaki lain dah, kan?" Rasyidah terus menyindir. 

"Sebab Anis cintakan abang Kamil saja," 

Bulat mata Rasyidah. Geram mendengar pengakuan tulus wanita yang baru sebulan menjadi madunya ini. Sakit hati usah ceritalah. Memang tidak terucap!
     
"Berani kau, ya? Mengaku macam tu depan aku?"

"Nak takut apa? Anis bagitahu sebab Anis nak hak Anis, Syidah!" 

Rasa putus nyawa bila Rasyidah mendengar pengakuan itu. Spontan mata memandang Ahmad Kamil. Kiranya, suaminya juga terkejut mendengar. Hisy, tak boleh jadi ni. Kang, kalau dia orang bersama, dapat anak, gigit jari dirinya. Tentu wanita ini akan lebih disayangi ibu mentuanya. Tak boleh! Mana boleh! Ahmad Kamil miliknya sahaja! 

Mata Rasyidah berair. Rajuknya dirasai Ahmad Kamil. Terus lelaki itu menghampiri isteri kesayangan. Isteri pertama, isteri pilihan hatinya. 

"Kenapa nangis, sayang?" tanya dia. Hati resah bila Rasyidah menolak jemari yang ingin menyeka air mata yang tumpah. 

"Pergilah balik! Bini abang dah datang jemput tu. Dia lebih perlukan abang dari Syidah. Yalah, kan? Siapa Syidah ni? Menantu yang dibenci. Syidah tak ada hak atas diri abang. Dah la! Pergilah! Bawak isteri abang pergi honeymoon. Dia dah lama tunggu tu,"

Anis Syahira menggelengkan kepala. Dia sudah masak dengan taktik madunya. Dia tahu, bahawa selepas ini, dia yang akan jadi mangsa amukan suami mereka. Dialah yang akan dipersalahkan kerana telah membuat Rasyidah menangis. Dia yang akan dimarahi Ahmad Kamil, itu yang pasti terjadi. 

Ahmad Kamil tidak berkata apa-apa. Terus bangun berdiri dan membetulkan pakaiannya. Dia kemudian menarik tangan Anis Syahira. Jelas, dia ingin membawa Anis keluar dari pejabat itu. 

Tindakannya mengejutkan Anis Syahira. Namun, yang lebih terkujat tentu sahaja Rasyidah. Wajah sudah pucat. Hati sudah menggelabah. 

Mengapakah begini tindakan suaminya? Hanya Ahmad Kamil sahaja yang ada jawapannya...

Ulasan

  1. complicated sungguh cinta ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. x ada yg manis kalau cinta itu mudah.. hehe

      Padam
  2. aduhhh...ada ke macam gini...takut nak pikir...hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kut.. di satu tempat, satu ketika, satu masa? siapa tahu?

      Padam
  3. haish, memang rumit kisah diorang nih..

    BalasPadam
  4. ahmad kamil nak buat ape tu...sian lak kat anis...best la cite ni kak..sambung lagi kak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…