apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.4.12

Kisah Cinta 1

Cerpen ini khas buat tatapan anda yang sedang bercinta. Dah lama aku tidak melakar kisah dalam ruang sempit sebuah cereka. Harap, anda seronok menghayati kisah cinta ini...

1

Anis Syahira menyisip air milo tarik kesukaannya perlahan-lahan. Tidak mahu ada sedikit pun jatuh dan mengotori bibir mungilnya. Takut tak cantik dan comot bila si dia yang ditunggu-tunggu memandang dirinya nanti. 

Sejam, dua jam, tiga jam.... penantian ini bagai tiada kesudahan. Kemanakah lelaki kesayangannya itu pergi sehingga menghalang langkahnya ke mari? tanya hati. 

Tak boleh jadi ni! Bukan sekali dua dia menjadi penunggu setia. Bukan hari ini sahaja dia dibiarkan menunggu. Sudah acap kali benar! 

    
Langkah yang laju kini berhenti betul-betul di hadapan meja pembantu peribadi suami tercinta. Namun, meja itu kosong. Kerusi itu tidak berpenghuni. Ah, setia usaha dengan pengurus sama saja. Sorang suka benar menghilangkan diri saat diri diperlukan. Yang seorang lagi pula sentiasa bijak mengelak tiap kali dia ingin berjumpa. Dah berpakat kut? 

Lantas langkah diatur laju ke arah pintu bilik Ahmad Kamil. Pintu itu kemudian ditolak dengan kasar. Kalau orang-orang yang berada di dalam tu tak terkejut, memanglah... pasti segala perasaan sudah hilang agaknya, hati mengomel. 

"Hmm, kat sini rupanya awak, Rasyidah? Tak puas-puas ke nak bercengkarama berdua? Kat rumah, kat pejabat? Sampai abang Kamil ni tak ada masa untuk saya langsung. Apa kes?" tanya Anis Syahira sebaik terpandang pasangan sejoli yang sedang asyik masyuk berdua. Pasangan yang kini terkejut dengan kehadirannya. 

"Anis, Anis buat apa di sini? Anis lupa pada janji Anis dulu? Yang Anis tak boleh cari abang di pejabat. Lupa?" Ahmad Kamil bersuara keras. Malu bilaa perbuatannya bersama Rasyidah dilihat oleh isteri keduanya ini. 

10 ulasan:

  1. baru baca sikit je dah naik gerammmmmm..hmmmmmmm

    BalasPadam
  2. aduh kisah cinta ke kisah poligami? haha

    BalasPadam
  3. kak, awal2 baca je dh rasa geram. kenapa pulak ada bersyarat segala nih? ish..ish..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.