Langkau ke kandungan utama

Isteri berubah hati...

Assalamualaikum... 

Kisah rumah tangga ada sahaja yang boleh membuat kita terpegun. Boleh membuat kita tertanya-tanya... Iya ke? Boleh ke? Kenapa macam tu? Namun realiti hidup... begitulah! 


Jarang masalah berpunca dari isteri. Selalunya kita dengar yang buat perangai ialah lelaki. Kerana kebanyakan mereka ghairah mencari pucuk muda setelah hidup agak matang dan stabil. Namun, kisah yang aku petik dari UM ini, menyedarkan aku bahawa, di luar sana, apa saja boleh terjadi. Janganlah dihairankan...

Ini kisah benar seorang suami. Teruskan membaca... 
"Saya berusia 30 tahun, isteri, Maria (bukan nama sebenar) berumur 29 tahun. Rumah tangga kami dibina atas dasar cinta dan direstui keluarga kedua-dua pihak.
Saya bekerja sendiri sementara isteri seorang eksekutif di sebuah firma pengiklanan. Kini usia perkahwinan kami sudah menjejak lima tahun.
Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada Maria untuk bekerja kerana saya yakin dia tahu menjaga batas sebagai isteri.
Tiga tahun berkahwin, hubungan kami amat mesra. Kelahiran cahaya mata sulung tentunya menambah seri rumah tangga kami. Dua tahun selepas kelahiran anak kami, Maria dinaikkan pangkat sebagai eksekutif kanan. Ini bermakna dia perlu selalu ke luar daerah atas urusan kerja. Itu pun saya faham malah tetap memberi sokongan. Anak ditinggalkan bersama ibu saya yang secara kebetulan tinggal bersama kami.
Sejak dia naik pangkat, sikap Maria berubah. Balik kerja jauh malam dan dia langsung tidak pedulikan anak. Seratus peratus urusan menjaga anak dan kebajikan saya terletak di tangan ibu saya sendiri. Orang tua, mana boleh tengok menantu sibuk sampai tidak ingat rumah tangga, suami dan anak-anak. Dia menasihatkan saya supaya menegur Maria.
Saya juga melihat perubahan Maria terhadap saya. Layanan di tempat tidur amat dingin. Makan dan pakaian saya semuanya sambil lewa. Tapi ibu selalu menjadi penyelamat. Sampai satu tahap saya tidak dapat mengawal perasaan marah saya apabila setiap malam Maria leka dengan iPad dan berSMS sehingga dinihari. Ada kalanya saya sudah lena di sebelahnya, tetapi Maria asyik dengan iPad dan telefon bimbitnya. Cara bercakap pula berlainan daripada biasa. Apabila saya ada di sebelah, dia cepat-cepat keluar dari bilik. Ada masa pula dia berbual di kerusi rehat di luar rumah. Banyak kali saya tegur tetapi dia buat tidak dengar, malah langsung tidak berubah tetapi semakin menjadi-jadi. Satu hari saya menegur sikap buruknya itu dan meminta dia berubah kerana saya malu dengan ibu saya. Jawapannya menyakitkan hati saya. Katanya, kalau tidak sanggup tengok dia, suruh saja ibu saya pindah dari rumah kami. Bayangkan, seorang menantu sanggup cakap begitu kepada mertuanya, pada hal dia tidak ingat, selama dia bekerja dan ke sana sini, ibu saya yang menjaga anak kami, itu pun dia tidak bersyukur.Hari itu kami bertengkar hebat. Maria mengungkit macam-macam tentang saya dan hubungan kami sebelum itu. Dia juga mencabar saya supaya menceraikan dia jika tidak serasi lagi untuk hidup bersamanya. Katanya saya mengongkong hidupnya. Selepas kejadian itu, Maria keluar dari rumah tanpa memberitahu ibu saya dan meminta izin saya terlebih dulu. Sikapnya amat mengecewakan saya. Lalu saya berazam untuk mencari punca kenapa Maria berubah perangai bersandarkan kata-kata ibu saya, ''mak rasa dia ada orang lain".
Secara kebetulan saya ada seorang kawan bekerja sebumbung dengan Maria tetapi Maria tidak kenal kawan saya ini. Kepada kawan ini, saya minta bantuan untuk memberi maklumat tentang pergerakan Maria. Atas bantuan sahabat lama saya itu, akhirnya saya dapat tahu, rupanya Maria sedang menjalin hubungan dengan salah seorang ketuanya yang baru bertukar ke situ. Menurut cerita kawan saya, lelaki itu adalah bekas kekasih Maria yang telah hilang begitu sahaja selepas mereka tamat sekolah menengah. Terkejut juga saya dibuatnya sebab saya tidak pernah tahu masa silam Maria, tetapi saya pujuk hati saya agar bersabar. Seminggu Maria tidak pulang ke rumah. Saya tidak risau sebab saya tahu di mana dia tinggal. Saya hantar SMS dia tidak jawab, saya telefon pun tidak ada respons. Lalu jalan terakhir, saya ke pejabatnya untuk menyelesaikan segala kekusutan yang kami alami. 


Allah itu Maha Kaya, satu hari ketika sedang makan tengah hari di sebuah hotel bersama seorang klien, saya terkejut apabila terpandang Maria dan lelaki itu juga sedang makan di situ.Kesabaran saya memuncak melihat kemesraan mereka, berpegangan tangan macam pasangan kekasih, pada hal dia masih isteri saya yang sah. Saya tahan perasaan sebab tidak mahu klien saya perasan yang saya sedang ada masalah. Selesai urusan dengan klien itu, saya nekad bersemuka dengan mereka.Kehadiran saya tidak mengejutkan Maria dan pasangannya. Mereka seperti telah bersedia menghadapi apa yang datang, begitu hebatnya mereka. Secara tidak langsung mereka mencabar kejantanan saya. Maria dengan megahnya memperkenalkan 'kekasih'nya itu kepada saya. 


Belum sempat saya berkata apa-apa Maria berkata, jangan kejar I lagi, lepaskan I. Subahanallah, itukah perkataan yang harus keluar dari mulut seorang isteri kepada suami di hadapan seorang lelaki lain yang belum tentu dapat membahagiakannya? 


Itulah realiti dunia hari ini. Sikap hormat seorang isteri kepada suami semakin terhakis dan mereka sewenang-wenangnya boleh membawa lelaki yang mereka suka ke mana sahaja tanpa mengira dosa. Hati saya bagaikan terbakar tetapi saya kawal perasaan. Saya akan terima cabarannya. Saya beredar dengan kata-kata, jumpa di mahkamah!


Saya tidak tahu kenapa Maria boleh berubah sampai begitu sekali berbeza dengan Maria yang saya kenal dulu. Agaknya betul kata ibu saya, pangkat dan wang ringgit telah mengaburi mata dia. Sekarang saya dalam proses bercerai dengan Maria, Walaupun berat saya perlu bertindak demi maruah saya sebagai suami. Saya tidak menyesal menceraikan dia kerana pada saya dia memang tidak layak untuk terus hidup di samping saya. 


Ibu menangis mendengar cerita saya. Katanya dia memang sudah boleh meneka apa yang akan berlaku dalam rumah tangga saya dengan keadaan Maria yang begitu. Saya minta ampun kepada ibu kerana isteri saya telah menghinanya. Saya sedih sangat-sangat dengan sikap Maria. Saya berdoa supaya anak kami akan diberi kepada saya untuk dijaga, lagipun dia tidak serasi bersama ibunya yang tidak pernah menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya. Sekarang saya menunggu takdir hidup saya seterusnya. 


Semoga Allah kuatkan hati saya menempuh ujian ini. Saya berharap satu hari jika ada jodoh, saya ditemukan dengan seorang wanita yang benar-benar boleh memikul tanggungjawab menjadi isteri dan ibu serta dapat berkongsi kasih sayang dengan saya di dunia dan akhirat. Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu dan adik-beradik saya kerana selalu menyokong saya dan berada di sisi saya ketika memerlukan mereka. Semoga Allah memberi ganjarannya kepada mereka,'' 

Sedih, kan? Kita doakan Jefri tabah menempuh dugaan maha hebat ini.

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

Ulasan

  1. sedih kak..:( mcm2 dugaan sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg pun. isteri skrg diuji dgn pangkat dan gaji. andai sj kita mengerti

      Padam
  2. Setiap Ujian yang diberi pasti mengandungi 1001 Hikmah.. sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH..
    Allah sayangkan kita lantas diberi ujian..
    Allah rindukan rintihan suara hati kita lalu diduganya kita..
    Allah mahu hapuskan dosa kita, oleh itu diberinya sedikit Musibah..
    Allah mahu kita berubah kearah yang lebih baik lagi lalu ditimpakan sedikit kesusahan dan keperitan...
    Jika sangkaan itu yang kita fikirkan..Maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi..Rahmat & Kasih sayangNYA melimpah ruah..Mudah2an Allah bagi ketenangn kepada En Jefri sekeluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, sesungguhnya cantik sungguh nasihat anda itu....

      Padam
  3. Benda yang sama sedang berlaku kepada saya, isteri minta lepaskan dia kerana dia jumpa lelaki yang 'tastenya' . Saya bukan pilihan hatinya untuk kawin, sekadar terdesak untuk melepaskan diri dari kongkongan keluarga. Dah berbelas tahun bersama anak pun dah sebelah tangan ramainya tiba-tiba hatinya berubah. Mungkin ini dugaan Tuhan terhadap saya..

    BalasPadam
  4. Sama juga dgn sy. Kami brsama baru 4 tahun tp tiba2 isteri berubah mncari2 kawan lelaki lama mnceritakan segara rahsia keluarga kami. Bila dtanya jgn risau tp smpi masa mntk berpisah. Hati ni semakin hari semakin dicabar adkah ni balasan lelaki yg setia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabarlah ya Khairul. mungkin ada baiknya kalau anda berbincang kut. sekadar my 2sen opinion.

      Padam
  5. Perkara yang sama juga terjadi pada saya isteri saya mempunyi bapa angkat bagi dia duit sampai beribu2 sehingga buka kedai. Sehingga saya suami nya di abaikan tidak di ambil berat pergaulan isteri saya dengan bapa angkat nya bukan macam bapa angkat anak angkat tetapi dah macam pakwa makwa saya kenal bapa angkat dia dah berjumpa semuka lelaki ni nafsu ada sampai tua tetapi wanita nafsu akan monopos x ada nafsu. Apabila bersemuka dengan bapa angkat isteri saya jawap bapa angkat isteri saya berdosa berzinar dengan isteri orang tetapi saya x percaya kata bapa angkat isteri saya sebab bapa angkat isteri saya ada isteri tetapi duduk lain tempat kadang2 bapa angkat isteri saya juga ada berbohong dengan isteri dia katanya bohong sunat. Tapi x apa saya sebagai suami cuma berserah pada allah s.w.t. buat jahat akan di balas jahat buat baik akan di balas baik kun fayakun allah s.w.t akan beri petunjuk pada saya cepat atau lambat kebenarannya. Saya berharap sebagai suami saya mohon pada allah s.w.t jangan lah saya di golong kan dalam suami dayus sebab saya belum dapat petunjuk dari mu yallah. Jika saya bertindak melulu terhadap isteri saya tanpa bukti saya akan berdosa pada isteri saya. Ya allah berilah petunjuk secepat mungkin pada ku sama ada isteri ku berzinar atau tidak dengan bapa angkatnya...amin

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…