apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.4.12

Giliran Awal dan Scha pulak kahwin....

Assalamualaikum, dah nak kahwin budak dua orang ni. Alhamdulillah. Aku minat ke dua-duanya. Suka Awal bila mengacara dan suka suara Scha yang unik tu hehe... 



Persiapan untuk majlis perkahwinan dia orang ni dapat kita kongsi menerusi sebuah program khas terbitan Astro iaitu Seia Sekata, satu program selama enam episod, memaparkan detik manis pasangan ini melakukan persiapan sehingga pada hari pernikahan.
“Dalam program itu peminat akan dapat melihat aktiviti kami membeli barang-barang keperluan untuk kahwin, mencuba pakaian pengantin, beli cincin kahwin dan banyak lagi,” 
Awal dan Scha akan bernikah pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.


Program Seia Sekata disiarkan selama setengah jam pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 malam bermula 13 April lalu menerusi saluran Astro Ria. Astro Ria juga akan turut mengadakan siaran langsung untuk upacara akad nikah pada 4 Mei kira-kira pukul 9.30 malam.

Teringin nak tengok dia orang cuba makanan perkahwinan di atas kapal, di Tasik Putrajaya. Atas kapal tu... jangan lebih2 romantisnya sudah hehe....

terima kasih HIBURAN mstar online. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.