Langkau ke kandungan utama

Dirogol orang yang dia kenal. Baca kisah pilu ini...

Assalamualaikum, 
gambar hiasan: drama nora elena

Dia masih terlalu muda. Waktu dia kecil, ibunya meninggal dunia. Lantas, dia dibesarkan bersama-sama abang dan adik oleh ayahnya sejak 10 tahun lalu. Itu menjadikan dia seorang remaja yang berdikari.. 

Dia peramah. Dia manja. Sebab itu ramai yang sukakan dia, termasuklah seorang lelaki berusia pertengahan dua puluhan. Lelaki itu kawan abangnya, sudah berkahwin dan merupakan jiran selang tiga buah rumah daripada rumahnya. Seorang yang dikenali dan yang pasti, seorang yang tidak pernah ada dalam jangkaan diri akan sanggup merogolnya!

Tragedi hitam dinodai lelaki itu masih menghantui diri gadis itu. Tidak mungkin luput dari ingatan walaupun ia cuba dipadam sehingga hari ini.
"Saya anggap dia macam abang sendiri. Sebab itu saya tidak melayan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permintaannya untuk menjalinkan hubungan yang serius. Saya tak suka dia. Hubungan kami tak rapat. Bagi saya, dia bukan seorang lelaki yang baik kerana segala keperluan hidup ditanggung oleh isterinya."
Mungkin kerana cinta tak berbalas, lelaki itu nekad....
"Malam itu, ketika saya sedang mendengar radio berseorangan di dalam bilik tiba-tiba terasa mulut dicekup dengan kuat dari arah belakang. Walaupun saya cuba menjerit tetapi tidak berdaya kerana tiada kudrat untuk melawan tambahan bilik saya terletak di ruang belakang rumah. Ketika itu,  ayah dan adik sedang asyik menonton televisyen dan tidak mendengar jeritan saya kerana kebiasaan tabiat saya suka memasang radio dengan kuat."
Bila tahu dia mengandung, dia berusaha untuk menggugurkan kandungan, sendirian, kerana tak berani nak beritahu ayah, abang dan adiknya. Tapi, kandungan dah berumur 4 bulan waktu itu. Mahu tak mahu, terpaksa beritahu juga. Jadi, apa yang ayahnya buat? 
"Kerana ingin menutup malu dan melindungi saya, ayah telah memohon daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menempatkan saya di rumah perlindungan sehingga saya selamat melahirkan anak."
Dan kini, dia berada di sana dengan kandungan yang semakin hampir dengan hari lahirnya....
"Selepas tinggal di Rumah Perlindungan Taman Seri Puteri Cheras, saya rasa lebih selesa dan tenang kerana semua kawan-kawan yang ada di sini senasib dengan saya ditambah terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan untuk kami di sini," 
Terharu aku baca kisah menyayat ini dalam ruangan keluarga di UM. Ramai lagi yang malang, yang kita tak sedari nasib mereka. Jadi, insaflah diri. Dan, andai anda merasakan bahawa anda seorang yang malang, diharapkan agar kisah ini dapat menjentik sedikit kekuatan dalam diri kalian. 

sofi

Ulasan

  1. sbar je la..so laki 2 free cm2 je la lps da rosk ank org kn..krat2 jew laki g2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah pulak... harap2 da kena tangkap, kan?

      Padam
  2. npe x report je pda polis...npe biarkan dya bebas cmtu ja,t kat anak dara sape lak dya nk aniaya

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…