apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.4.12

Diet untuk orang berdarah jenis A... Amalkan kalau nak sihat dan cantik.


Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Makan... semua orang suka makan. Ada yang makan banyak, tak gemuk-gemuk.. Ada yang makan sikit aje, dah naik berkilo2. Tapi, kali ini bukan nak cakap fasal makanan untuk semua orang. Hanya untuk mereka yang darahnya dalam kumpulan A sahaja. 


Dr. Peter J. D' Adamo dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996,   menjelaskan; 


1. Setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

2. Diet yang tidak berjaya adalah kerana lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu. Ini membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah.

3. Pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

4. Pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah dapat:

a. mengembalikan fungsi sistem tubuh 
b. memperbaiki metabolisma tubuh. 


Pemilik jenis darah A disaran mengambil 
i. diet vegetarian 


Diet vegetarian - pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Lektin yang sedikit membantu elakkan masalah perut. Ini kerana golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. 


Lendir - memberi risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. 


ii. Makan dalam kuantiti yang sedikit - ikan dan ayam

iii. Ambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami


iv. Boleh juga makan telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

v. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Hindarkan makanan :


- hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, 
- cumi-cumi, 
- daging lembu, 
- daging salai, 
- susu, 
- keju hasil olahan industri, 
- kacang merah, 
- roti, 
- kuih-muih, 
- kek, 
- kentang, 
- mangga, 
- betik, 
- jeruk, 
- pisang, 
- minyak jagung 
- minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
1. Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
2. Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
3. Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
4. Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
5. Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Okey...cukup tu. Lepas ni kena makan lebih sayur nampaknya sebab aku ni darah jenis A. Bagus juga kan bila tahu rahsia ini? Boleh jaga kesihatan. Nasib baik tak minum susu. Tapi bab kena minum yogurt tu... ai yaaaa... tapi akan dicuba hehe...


Untuk anda yang berdarah jenis O, AB dan B, sila ke laman terkenal ini untuk baca lebih lanjut. 

10 ulasan:

  1. terjumpa info ni, juga pasal diet… sharing is caring :) - Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR

    BalasPadam
  2. Baru tahu ada jgk diet ikut jenis darah..masalahnya makanan yg nk kena hindar tu la kegemaran sy

    BalasPadam
  3. Baru tahu ada diet ikut jenis darah, tp yg kena hindar tu la yg saya suka makan

    BalasPadam
  4. Ni utk a positif atau a negatif? Byk yg prlu dihindar 2 antra yg fevret tp some of it memang x mkn,so consider blh elak la. Hahaha. Will try diz diet. Tq writer

    BalasPadam
  5. Just nk tnye. Sumer malumat ni dpt dr mane? Ni seolah2 dibuat oleh org vege bkn islam n xmenggalakkan kite mkn ikut sunnah. Sedangkan nabi galakkan kite mkn kekacang daging n susu utk memberi tenaga. Just nk share je, sbb skrg byk maklumat yg da dimanipulasi oleh yahudi. So kene tapis dlu sumer kebenarannya. Maaf bhs kasar. Tapi tengs utk entri yg bagus nie! (",)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ada baca, darah A baik mkn daging kambing. Susu kambing. Itupun makanan sunnah. Kopi seperti di atas pun adalah sunnah. Kurma neutral. Smua jenis darah bleh mkn. Air zam-zam smua bleh minum. Masih ada byk mknan sunnah yg golongan darah A bleh ambik.

      Padam
    2. Satu lagi, golongan darah A baik mkn dan mengamalkan minyak zaitun. Itupun antara sunnah. So rajin2 jugak google.

      Padam
  6. Tapi mmg bto la diet ni..kalau sye, darah a..mmg susah nak jge..dye bkan mslah gmok..tpi kalo slah mkan, cpat je efek bole nmpk kat bdan..bngkak or jrawat...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.