apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.4.12

Cikgu dengan murid dah tak ngam? Betul ke ni?

Salam...

Kali ni nak masuk kisah hubungan cikgu dengan murid pula. Betulkah murid dah tak hormat pada cikgu? Sebab apa? Adakah kerana cikgu lupa hendak menghormati muridnya juga? 

Dulu, biarpun seorang guru itu terkenal tegas dan garang, rasa hormat pelajar padanya masih tinggi dan tidak tergamak bersengketa hanya kerana dihukum. Tapi sekarang? 
Pantang dicuit, kedua-dua pihak pasti berbalah dan bertegang urat mempertahankan pandangan serta hak masing-masing. 

Tak dinafikan, ada guru yang berani bertindak di luar batas profesionalisme. Ada yang sengaja meraba murid, ada yang sengaja menampar, memukul, macam-macamlah... tapi, murid pulak? Ada yang semakin galak ambil tindakan sendiri ‘memalukan’ guru. 


Persoalannya, di manakah nilai guru di mata pelajar? Di mana pula hak pelajar di sisi guru? Adakah pelajar sengaja mencipta masalah? Apakah masih ada guru yang dihormati lagi?

Sukar nak jawab. Sukar nak letak taraf kedudukan guru hari ini. Mungkin kerana pelajar tidak mempunyai rasa hormat pada cikgu dah. Ada murid jadikan guru sebagai musuh yang perlu diperangi malah semakin berani dan nekad mengambil tindakan sendiri sekiranya dihukum.

“Inilah hakikat terpaksa ditelan guru hari ini. Mereka terpaksa berdepan pelajar yang tidak langsung mahu mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru. Malah, ada yang menjadikan guru sebagai golongan sasaran untuk melepaskan dendam. Semakin moden cara berfikir, semakin kecil peranan guru di mata pelajar hingga hilang rasa hormat, Dulu, rasa takut dan hormat pelajar pada guru menggunung tinggi. Sekarang mereka lihat guru semakin kecil dengan peranan yang terbatas. Kuasa guru juga semakin terikat seperti tidak boleh merotan sesuka hati dan ibu bapa juga mudah melenting jika anak mereka ‘disentuh’,” 

Kalau cikgu pukul, maka cikgu itu sudah mencabul hak asasi individu. Bukan mahu menyalahkan, namun ramai ibu bapa lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil tahu persekolahan anak sebaliknya menyerahkan tanggungjawab itu pada guru. Tapi, apabila anak mengadu, mereka drastik mengambil tindakan tanpa menyelidik lebih lanjut. Sikap ibubapa yang beginilah menyebabkan anak jadi lemak. Kalau anak dah tengok mak bapak dia orang tak hormat cikgu, apa lagi nak dikata, kan?  

Curahan perasaan ini dapat anda baca lebih lanjut dalam sini.

Aku? Aku juga seorang cikgu. Dan sememangnya, aku seorang yang tak ikut sangat rule... buatan manusia. Bagi aku, aku pegang cakap emak bapak aku dulu...


Jadilah cikgu yang mendidik bukan setakat mengajar. 


Sebab itu, kalau aku nak marah, aku marah aje. Aku nak lesing? Aku lesingkan aje budak2 sekolah aku tu hehe.... 


Dari dulu, beginilah aku. Sebab tu, susah nak naik pangkat kot? Tapi apapun, aku suka jadi cikgu. Masa mengajar, adalah masa paling best di sekolah. Tapi, kalau kena masuk mesyuarat, kena buat kertas kerja, itu ini, paperwork, online sana sini, entah apa-apa.... aku boringggg.... 


anda cikgu juga? komen sikit! :)

6 ulasan:

  1. dlu,skolah rndah lg dh kna cubit, rotan sbb xwat keje...naik skolh mnngah, pn kna pukul jgk sbb xdpt jwb pe yg ckg tnya...tp xde plk trfikir nk g report2 ni...klu cite kat mak ayh pn, diaorg wat xtau j...bl tkut kena rotan, keje skolh sume buat, ingt sume yg ckg ajr biar bleh jwb soklan...pnya la tkut... SKRG, bdk2 dh brani...kena pukul ckit,g wat report... bl bdk2 xpndi, slhkn ckg plk...Erm...xfhm2..

    -sy bkn cikgu :D-

    BalasPadam
    Balasan
    1. menghormati guru sudah kurang sekarang tapi tetaplah ada yg baik. hanya segelintir yang mencalit keburukan namun masih ramai yang hormat dan saling menyayangi. biasalah...

      Padam
  2. budak2 sekarang banyak minum susu lembu kot kak sofi..tu pasal la..

    BalasPadam
  3. Komen bg seorg plajar..
    Bg saya,student yang pukul cikgu,kat rumah dia tak pernah kena pukul.. Sebab tu bila cikgu pukul,ego dia tercabar.. Or,sebaliknya.. Kat rumah dia sentiasa kena pukul,kena marah,so,bila cikgu selalu marah n pukul (atas kesalahan student itu),dia akan fikir,cikgu tu dahlah takda kena mengena dengan dia,suka suki je nak pukul dia,so dia pukul cikgu tu balik.. Tapi,bagi saya.. Guru tetap seorang manusia.. Dia ada perasaan untuk dihormati selayaknya sebagai guru.. Saya taknak guru diumpamakan sebatang lilin.. Lilin cepat mencair and akan hilang sekelip mata bila sentiasa diguna.. Selamat hari Guru!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ucap selamat hari guru untuk anda juga

      sebenarnya, imej guru jatuh itu perlu dicari puncanya. sistem pendidikankah yang salah? atau guru2 sudah tidak lagi main peranan utama, mengajar, sebaliknya sibukkan diri dengan kertas kerja dam dokumentasi? kalau guru tak hormat diri sendiripun, ia satu masalah juga. anak murid? minda dan mata terbuka luas untuk melihat dan memilih, guru yang sebenarnya guru...

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.