apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.4.12

Bayar hutang kalau nak selamat!!


Hari ini nak cakap fasal akibat berhutang. Kesan negatif daripada berhutang. Terhadap diri secara luaran tapi yang lebih penting terhadap jiwa kita. Terhadap roh kita di kemudian hari nanti. 

Bila dah banyak sangat hutang, mesti dok fikir cara nak bayarnya. Siang malam fikir sampai naik serabut kepala. Sudah2, bila tak dapat nak fikir elok2, maka mula fikir cara mudah, pantas dan.... cepat. Apa lagi? Mula mencuri, menipu dan yang sewaktu / sejenis dengannya! 


Sebab, orang yang tersepit akan melakukan apa saja untuk melepaskan diri tanpa memikirkan halal atau haram. Bukankah kita dah banyak jumpa kisah2 dalam masyarakat kita yang kita tak sangka, mampu dilakukan seperti ada orang sanggup menjual diri, ada suami sanggup menjual isteri, menjadikan isteri pelacur juga bapa yang sanggup jual anak gadis kepada pemberi pinjaman asalkan hutang langsai. Pernah, kan?


Sebuah hadis daripada Rasulullah bermaksud: 
“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hinggalah dia menjelaskan hutangnya.” 
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: 
“Semua orang yang mati syahid diampuni dosanya kecuali hutangnya.”  - (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasa’I dan Ibn Majjah) 
Dalam sebuah kisah, pernah dinyatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak akan menyolatkan jenazah orang yang masih dibelenggu hutang. 


Hadis diriwayatkan Saidina Ali RA bahawasanya apabila didatangkan kepada baginda satu jenazah, baginda tidak bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah meminta sahabatnya agar menyembahyangkan jenazah itu atau baginda sendiri yang akan menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang jenazah akan diserahkan atau ditanggung oleh Baitulmal. 

Begitu berat tanggungjawab apabila berhutang dengan manusia. Apabila tidak dilunaskan, ia akan menjadi dosa yang tidak terampun sehinggalah si pemberi hutang itu meredakannya. Tidak seperti dosa yang dilakukan kepada Allah terhapus sekiranya seorang hamba itu bertaubat atas dosa dilakukan kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seorang hamba itu menghadap Allah nanti selepas dosa-dosa besar yang lain ialah, seorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang masih belum diselesaikan.” 
Kesimpulan:
HUTANG mesti dibayar!!! 


Terima kasih imam muda  Artikel yang menginsafkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.