apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.4.12

Bawaku pergi...

Assalamualaikum...
Lagu yang menimbulkan kontroversi: Bawaku pergi: Zizan dan Kaka. Mengapa jadi kontroversi? Liriknya? Muziknya? Mesejnya? Dengarkan dulu...



Kata mereka yang hendak 'ban' lagu ini...
Lagu ini disifatkan terpesong daripada budaya apabila lirik-liriknya didakwa mengajak remaja lari daripada rumah seterusnya mengundang gejala sosial seperti hamil luar nikah.
Rungutan paling besar dikeluarkan oleh Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.

Kata Malique, si pencipta lagu....
Saya rasa tertindas!
Malique secara tegas mengecam pihak yang membuat gesaan pengharaman lagu ciptaannya itu sebagai tidak adil dan dibuat untuk kepentingan politik.
"Saya tiada ruang untuk membela diri. Tindakan menggesa pengharaman lagu itu tidak adil, yang dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik," 
Dakwa Malique, pihak yang mencetuskan isu berkenaan gagal mentafsir lirik yang ditulisnya. Dalam lagu itu, dia juga memasukkan keinginannya untuk mengembara sehingga ke Indo-China melalui jalan darat. Perkara itu ditulis sebagai 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh' dalam bait lagu Bawaku Pergi.
"Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan masalah saya,"
Nasib seorang penggiat seni dan sastera memang sentiasa begini. Siapakah yang tahu apa yang berada dalam ruang fikir si pengkarya? Hanya ALLAH! Tapi, begitulah! Bila ada yang terlebih pandai mentafsir! Sama seperti kita yang menulis novel jugak, kan? Kalau tulis 'lebih2 romantis' tu dikira sebagai apa?  Anda pun tahu jawapannya, kan?


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

2 ulasan:

  1. biasala orang xde hati seni nak komen lagu xpandai..boleh juga kita tafsirkan bahawa lagu ni adalah seperti lari dari kehidupan manusia yang sekarang jahil dari pelbagai segi..dan kemaruk duit rakyat am nye..

    sepatutnya harus la difikirkan dan berbincang terlebih dahulu...ini ibarat seperti menabur pasir dalam periuk nasi org lain,kan lagi pengaruh buruk tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 org ni berbeza2 cara fahamnya...

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.