apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.3.12

Untuk bakal pengantin... nak bulan madu ke mana, ya?

Assalamualaikum...
Tentu ramai yang berkahwin hari ini, maklumlah, cuti sekolah dah bermula, kan? Dan kahwin, tentu nak berbulan madu pula. Kerana, berbulan madu kini sudah menjadi kemestian kepada pasangan pengantin baru. Ingin mengabadikan momen indah yang tiada ulangannya? Maka, tentulah mahu pergi ke tempat2 yang istimewa, kan? Juga tentu inginkan cara yang istimewa juga yang hanya anda berdua menikmatinya, tidak ada pasangan lain melakukan begitu.....

Di Malaysia, ada 5 tempat dan cara untuk pasangan melarikan diri dari hiruk pikuk individu lain. Hanya anda berdua, berteman bulan, bintang, matahari, langit..haha....Nak tahu di mana? Layanz...
1. Berdua-duaan di atas kapal layar
- Betul-betul tiada gangguan punya. Hanya anda dan si dia untuk menjelajah Laut Andaman, mahupun ke 99 pulau2 cantik Langkawi malah boleh sahaja belayar sehingga di tengah2 Lautan Hindi. Sewaan kapal layar di Langkawi (kos : RM3150)
malaysia travel - valentine's day malaysia - yacht
2. Sky Diving di Johor
- Nikmati perasaan gayat dan keseronokan melompat daripada ketinggian 10 ribu kaki dari aras laut. Ya, anda dan si dia akan bersama2 melakukan terjunan daripada kapal terbang pada ketinggian itu. Jatuh bebas bersama2 sebelum merasakan bagaimana payung terjun membantu anda dalam keapungan di ruang angkasa... berdua... Waktu ini, rintangan udara akan menyebabkan jantung anda dan pasangan berdegup laju selajunya. Kos? RM1650 seorang.
3. Aktiviti Lasak dan Menjelajahi Laut Nan Membiru
- Cuba ke Jagamala Resorts di Tioman. Hotelnya hebat dan penuh dengan aktiviti seperti snorkeling, rock climbing, boleh juga menyaksikan kehadiran ikan paus serta ikan lumba-lumba malah semua nak ber'jungle trekking pun boleh juga. Kos RM580 ke atas 
4. Clearwater Sanctuary Golf Resort
- bagi yang bersuamikan seorang kaki golf, pergilah ke tempat ini. Mainlah golf bersama2, puas2 hehe... Kos? RM442 dan keatas.
5. Tanjung Jara Resorts
- inginkan pengalaman indah hanya di dalam bilik :)? Sinilah tempatnya untuk relaks. Di TJR ini anda akan dimanjakan dengan rawatan SPA yang istimewa termasuk Dandan Puteri Tujuh dan Panji Alam yang merupakan rawatan pahlawan dan puteri Melayu zaman dahulu kala. Hmm... Kos penginapan 2 malam bermula RM1026.
Selamat pengantin baru.....

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.