Alisa mundar mandir di ruang legar Puduraya. Mata tercangak-cangak mencari kelibat seseorang. Seseorang yang sudah hampir tiga bulan tidak ditemui. Seseorang yang tidak pernah mahu ke Kuala Lumpur, selama ini.
Memang pelik bila difikirkan. Ayah yang selama ini lebih suka memerap di kampung, tiba-tiba menelefonnya memberitahu bahawa, ada perkara yang perlu dibuat di KL. Tak pernah pernah ayahnya berahsia, semalam, Alisa dapat rasa yang ayahnya menyembunyikan sesuatu.
"Tak ada apa-apa, Lisa. Ayah saja teringin nak tengok Kolumpo tu!"
'Tetiba nak tengok KL pulak? Selama ni, kalau aku ajak, tak pernah mahu datang. Ni, tak fasal-fasal... buat aku musykil aje!' Dari semalam, itulah yang asyik terbit di kotak fikirnya.
Selepas menunggu hampir setengah jam, Alisa akhirnya dapat menangkap kelibat ayahnya. Masih tegap dan kuat. Nampak sihat!
"Dah lama kamu tunggu?" Soalan ayahnya menerjah telinga.
Alisa tunduk mengucup tangan yang dihulurkan Azman. Dia kemudian menggeleng.
"Lisa pun baru sampai aje. Ayah mimpi apa ni?" Alisa tidak menyembunyiikan rasa hairan dan gundah dengan kedatangan ayahnya itu.
"Ada orang nak jumpa ayah," Azman memberitahu.
Nampak sangat Alisa terkejut mendengar jawapan ayahnya itu. Ada orang nak jumpa? Siapa? Siapakah kawan ayahnya yang menetap di Kuala Lumpur ini? Seingatnya, tidak ada. Ke kawan baru ayahnya? Baru berkenalan kot?
"Siapa, yah? Lisa kenal ke?" tanya dia.
"Kenal!"
"Lisa kenal kawan ayah tu? Siapa ya? Di mana ayah jumpa dia sampai boleh berjanji nak datang Kl ni? Mesti istimewa! Perempuan ke, yah?" Entah mengapa, tetiba muncul mood mengusik dalam diri. Mood yang menyebabkan dia tersengih sambil angkat-angkat kening, ala-ala Ziana Zain, gitu. Beberapa wajah mak cik-mak cik di sekitar tempat tinggalnya cuba dibayangkan tapi sorang pun tak masuk. Iyalah, di kawasan perumahan mereka, dia ni dah dikira dalam senarai 'blacklist'. Tak mungkin ada mak cik yang terberkenan kot?
"Lisa tak boleh nak fikir siapa la, ayah. Cakap ajelah! Tak payah nak bagi teka teki cam ni!" Akhirnya dia mendengus setelah jenuh memikir dan kecewa.
"Alah, kejap lagi, kamu akan tahu juga!" Balas Azman sambil mata memandang sekeliling. Mungkin dia juga tercari-cari orang yang ingin bertemu dengannya.
"Ayah, kalau nasihatkan Lisa, pandai! Ni, diri sendiri entah-entah dah kena tipu ke apa? Ayah masuk skim cepat kaya, ek? Jumpa kawan ayah kat kedai kopi lepas tu dia kempen pada ayah dan ayah pun suka. Dah berapa banyak duit ayah, ayah keluarkan dari bank nI? Entah-entah, ayah datang ni nak tambah pelaburan, betul tak?"
Azman ketawa mendengar tuduhan melulu anaknya. Kepala Alisa diusap-usap kasar menyebabkan rambut cantik itu menjadi kusut.
"Ayah, janganlah! Hisy... habis rambut orang, tau!" marah Alisa sambil menyisir rambutnya dengan jari jemari.
"Ayah memang nak buat pelaburan ni. Kalau betul caranya, tahun depan, insyaAllah, memang beranak pinak kamu!"
Dahi Alisa berkerut mendengar ayat-ayat pelik itu. Kepala digeleng-gelengkan. "Tak faham sepatah haram," dia menggumam.
"Dia dah sampai dah. Kejap lagi kamu jumpa dan kenallah dengan dia," ayahnya tersenyum-senyum.
"Mana ayah jumpa dia?"
"Dia yang jumpa ayah. Dia datang ke rumah kita minggu lepas. Katanya, dia nak kenal dengan ayah bakal isteri dia. Ayah kepada gadis yang dah berjaya mencuri hatinya,"
Mula-mula, Alisa fikir tentulah Adnan Malik, kan? Sebab hanya lelaki itulah yang dalam list sebagai calon suami. Tapi, ayat kedua ayahnya tadi tu nampak macam mustahillah pula! Tak kan Adnan Malik dah jatuh hati pada dia. Mustahil! Jadi, kalau bukan AM tu, siapa pula? Tak kan Haziq Asrar? Juga...mustahil! Sebab ayahnya kenal dengan HA tu. Habis, siapa lagi?"
Wajah ayah dipandang penuh mengharap agar jangan lagi berteki-teki. Penat nak fikir!
"Siapa? Cakaplah, ayah!"
"Aik, tak kan kamu tak tahu siapa yang kamu dah curi hati dia? Atau, dah ramai sangat ke? Sampai tak tahu nak teka?" Azman semakin galak mengusik. Seronok melihat wajah putih Alisa yang kini sudah merona merah.
"Malaslah nak teka! Buang masa aje!" Sudahnya...
"Kenapa? Banyak sangatkah calon yang dah buat permohonan? Setahu saya, saya sorang saja yang melamar awak minggu lepas, cik Alisa sayang..."
Alisa menoleh ke belakang, macam peragawati dalam iklan syampu pantene dengan rambut terbuai-buai lembut. Terpegun melihat lelaki itu. Terkejut, tak boleh nak cerita. Rasa hendak tumbang pun ada! Hairan pun ada pada hati yang kini sedang dug dag. Mahunya tidak? Waktu di pejabat encik Faris hari tu, lelaki ini begitu serius dan berpakaian pejabat. Siap berkot segala. Hari ini, Adnan Malik kelihatan 'mesra alam' dengan senyumannya. Kelihatan santai ber t-shirt dan ber 'jeans' sahaja. Santai dan ranggi! Menawan! Erk...

"Awak?"
Lelaki itu terus sahaja berdiri di sisinya. Tegap dan gagah, tinggi sekali. Tanpa menghiraukan renungannya, lelaki itu menyapa Azman dengan mesra. Memang kontra dengan perangainya sebelum ini! Kalau pelakon, tentu akan berjaya mendapat anugerah, fikir Alisa.
"Apa khabar, pak cik? Naik bas pukul berapa tadi? Penat tak? Kan saya dah cakap, biar saya saja yang jemput?"
Alisa merenung tangan yang bertaut erat kini. Semakin kalut bila lelaki itu dan ayahnya berpeluk pula. Nada suara ayahnya bagaikan teruja bila membalas, "Pak cik sihat, alhamdulillah. Naik bas pukul 9 pagi tadi. Dah lama ke encik Adnan tunggu ni?"

"Pak cik, kenapa berencik-encik pulak? Kan saya ni bakal menantu pak cik?"
Makkk, tolong!! Rasa nak pitam! Rasa nak demam! Rasa nak menyorok pun ada! Semakin tak tentu arah jadinya bila mendengar ayahnya ketawa.
"Itulah.... Lisa, Lisa! Kalau Lisa beritahu ayah awal-awal yang Adnan nak jumpa ayah minggu lepas, boleh jugak ayah latih lidah ni nak panggil Adnan, Adnan. Ini, tidak! Hujan tak ada, ribut tak ada, tup-tup, Adnan muncul ke rumah, cakap yang dia dah lamar kamu. Dia cakap, kamu yang cabar dia supaya jumpa ayah kalau betul nak kahwin cepat-cepat,"
"Aa.... Lisa ca...,"
"Kan dah tergagap-gagap?" Adnan merenung jauh ke dalam anak mata Alisa, menghentikan bicaranya. Dengan sinis, lelaki itu menyambung, "Alisa tak pernah nak percaya keikhlasan saya, pak cik. Jenuh saya merayu dia, ajak kahwin. Tapi, dia degil sangat. Banyak sangat alasan untuk bertangguh. Tapi, saya rasa, saya dah tak boleh terima alasan dia lagi. Saya takut nanti ada orang lain masuk 'line', makan hati pulak saya nanti. Betul tak, pak cik?"

Gulp! Rasa pahit liur yang ditelan. Sungguh tak sangka. Dia baru merancang hendak balik ke kampung, lelaki yang seorang ini lebih tangkas bertindak. Entah bila masa dia pergi ke Kuala Kangsar dan bertemu dengan ayahnya, Alisa tidak tahu. Yang dia tahu, masa ni, rahsia sudah terbongkar. Ayahnya sudah tahu bahawa dia akan berkahwin. Uwaa...
"Jom balik, yah. Ayah mesti lapar, kan? Rasanya, Yanti dah siap masak, kot!" Alisa tidak mahu berlama-lama. Dia risau dengan keadaan ini. Bimbang Adnan Malik membongkar rahsia tentang wasiat Bakhtiar. Bimbang segala yang selama ini di luar pengetahuan ayahnya, terbongkar!
"Tak kan ajak pak cik sorang aje? Tak ajak saya pun?"
Tergamam mendengar rajuk lelaki itu, bulat sepasang mata Alisa memandang wajah Adnan Malik. Rasa nak pengsan melihat senyuman yang terukir pada bibir nipis yang merah. Bibir yang jelas tidak merokok itu!
Pandainya berlakon! Ahh, begitulah bila jiwa terlalu asyik memikirkan harta, detik hati Alisa lagi. Sanggup berpura-pura seronok dan senang hati melihat dia dan ayahnya. Macamlah Alisa tak tahu apa yang tersirat di sebalik senyum palsu itu.
Melihat Alisa yang bingung, Adnan mendekat. Dia berbisik lembut di telinga gadis itu. "Jangan buat muka bodoh tu! Senyum! Tunjukkan yang kau bahagia dengan aku! Ayah kau mesti nampak muka ceria kau, tahu? Kalau tidak, macam mana kita nak kahwin?"
"Siapa nak kahwin dengan awak?"
Adnan mengetap bibir. Namun akal jahat mencelah. Terus tangan melingkari pinggang Alisa. Tak sempat gadis itu hendak mengelak.
"Susah betul nak pikat hati anak dara pak cik ni. Kejap nak, kejap tak nak. Suka sangat main tarik tali dengan saya, pak cik. Dia tak tahu yang saya ni dah tergoda benar dengan dia,"
Buntang sepasang mata Alisa memandang wajah tampan itu. Terkejut mendengar pengakuan maut. Rasa hendak termuntah! Rasa hendak pitam. Hendak pengsan! Arghh... kalau dapat di'staple' mulut tu, alangkah baiknya! Dan, jemari halusnya terus mencubit tangan yang gatal itu.
Belum apa-apa, begitu berani memeluknya. Depan ayah pulak tu! Kurang asam!
Belum apa-apa, begitu berani memeluknya. Depan ayah pulak tu! Kurang asam!
Adnan melarikan tangannya. Senyum masih meleret. Melihat Alisa yang diam, dia terus mengusik lagi, "Hmm, dah terkunci mulut tu! Kan bagus macam ni? Diam dan dengar aje perbincangan antara saya dengan pak cik? Kan saya dah cakap yang saya akan urus semuanya elok-elok? Tak ada apa yang nak awak susah hati sangat. Saya janji, semua yang kita mimpikan selama ni, akan jadi sempurna. Percayalah!"
Alisa rasa seperti hendak menangis. Senyuman ayahnya seakan merestui tindak tanduk Adnan Malik. Kenapa? Rasanya, ayahnya bukan seorang yang mudah mesra. Tapi kenapa dengan lelaki ini, ayahnya kelihatan berkenan benar. Ah sudah! Bahaya betul situasi ini.
"Ayah, jom balik!"
"Sayang, saya dah tempah meja di Restoran Seri Melayu. Relaks la! Jalan pun tak sesak sangat. Dalam sepuluh minit aje nak ke sana tu," Adnan memberitahu.
"Tapi, nanti Yanti tunggu kita pulak, ayah," Sepasang mata memohon simpati ayahnya.
Adnan menghulurkan telefon bimbitnya. "Call Yanti. Minta maaf dan cakap kita makan di luar. Sayang kena cepat sikit, tau. Saya letak kereta di bahu jalan saja. nanti kena saman..."
"Eh, kalau macam tu, jomlah! Pak cik tak suka anak menantu kena saman ni. Jom, Lisa! Dalam kereta nanti pun boleh telefon Yanti, kan?"
Alisa memerhati ayahnya mengatur langkah mendahului mereka. Adnan tersenyum sinis lagi. Mendekati Alisa.
"Kau dah tak boleh nak elak aku. Kau yang mulakan permainan ini, Alisa. Kau jerat ayah aku, kau menyebabkan dia paksa aku kahwin dengan kau. Jadi, aku ikutkan saja. Kejap lagi, aku nak beritahu yang aku dah berjaya dapatkan tarikh dan dah hubungi JAWI pun. Kita nikah hari Jumaat depan!"
.....................
anda ikut tak cerita ni? apa komen anda. okey, sampai bila cuma ada satu hero dan satu heroin sahaja. tak ada rebut2 dah, hehe....

sy follow kak...yes, satu hero n satu heroin dah mantop kak...jahat tul plan si adnan ni, smp lisa x leh nak lari dah...taktik kotor tu kak sofi...
ReplyDeleteiya.. satu hero, satu heroin...senang hehe
Deletesambung lagi kak...teruja nak taw smp bile ni...abes kt blog ke nak terbit nti?
ReplyDeletex tahu lg hehe... sabar, ya
Deletesalam....tbe2 lain pulak rasanya watak si adnan ni...hero ke adnan ni?
ReplyDeletedlm cerpen wataknyaa x dikembangkan. npe, x ske ke? hehe
Deletehehe...suka je klu si adnan tu...mula2 maybe dia xska alisa...nnt suka la tu...lawak pn ada bc episod 8 tu...sampai terlupa si adnan xsuka alisa...hehe....:)
Deletebegitulah... thanx sudi jengah ke blog ni, ya..
Deletehehe.. saya sEntiaSa ikut cerita ni. sambung2 lagi ye, kak sofi.. saya akan sEnTiaSa menantikannya.. (^_^)
ReplyDeleteinsyaallah... akan bersambung
Deleteaadoi...prgkp ape plak adnan oi..bukn lisa untung pn
ReplyDeletebiasalah... hehe
Deletedulu dah baca versi cerpennya..tak sabar nak baca versi novel pulak....best....
ReplyDeletethanx
Deletei polo tau...tu kata kak engku...jgn cikgu segan2 lak nak smbung cite ni..ari2 cikgu letak pun lagi la i polowwwww...euwwwww...klas gitewww kite dah pal in lap ngan adnan malik neh...
ReplyDeletehaha... jangan cik abang kat umah tu jeles da...
DeleteCan't wait for the next entry ... kalau boleh hari2 ada sambungannya kan best ... anyway thumbs up ... oh ya for ur info i suka benar ur 1st published novel di mana marlia n hisyam got married ... tak macam banyak cerita yng mengemukakan cara tangkap basah then they got married .... i like the way u kelolakan in the ur karya how they got to know each other n their courtship ... anyway thumbs up lah!!! I hope this karya tidak membosankan ya but so far it is very interesting!!! Fr Aida "Perth"
ReplyDeletethanx and thanx again krn sukakan TMKH... insyaallah akan ada sambungannya tp xlah hari2 kot hehe..
DeleteSalam kak sofi
ReplyDeleteErrr cam keliru sikit...
Saya rasa mcm dah habis baca cerita ni kan?
Happy ending ada part surat dari encik bakthiar untuk anakya....
Maaf klu saya silat
itu cerpen, kak nOOr. ni kak sofi panjangkan jadi novel k. harap anda suka
DeleteOkeh... tentu saya suka....
Deletesemua enovel/cerpen or novel kak sofi memang saya ikuti......
thanx
Deletesuka sangat kak!!! sambung lagi!!!
ReplyDeleteinsyaallah
Delete