Langkau ke kandungan utama

Mati Putik? Anda pernah dengar?

Assalamualaikum...

Andai bicara tentang mati pucuk, pasti semua orang mampu mengangguk dan berkata... owhh, itu masalah lelaki. Tapi, kalau kita cakap fasal mati putik? Apakah ia? Anda pernah dengar?

'Mati putik' atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat segolongan wanita. Tanda-tandanya ialah bila wanita mula mengalami kelewatan klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Dalam kata lain, mati putik ialah keadaan bila seseorang wanita tidak mempunyai perasaan ghairah. Haru...


Selagi belum kahwin, mati putik bukanlah satu masalah sebenarnya. Iyalah, kan? Mana tahu anda tu mudah terangsang atau apa kerana hubungan 'intim' dilarang sama sekali selagi belum bernikah? Kan? Tak payah nak tahu atau nak baca2 buku lucah atau nonton vid lucah. Tak perlu semua tu!! Sampai masanya nanti, anda akan tahu keupayaan diri anda juga. Hmm...

Tapi, kalau anda seorang isteri. mati putik adalah satu masalah besar. Jangan buat tak tahu atau menganggap 'tidak apa'! Nanti suami komplen, anda malu... Nanti suami cari lain, anda susah! Kucar kacir hidup berumah tangga nanti!


Apa nak buat? Jumpalah pakar sakit puan! Pasti mereka dapat membantu. Jangan diam sehingga keadaan tak dapat anda kawal. Suami tak suka tunggul mati masa... anda tentu faham!


Semoga memberi manfaat...


rujukan: sini

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. Jika anda telah disahkan mempunyai fibroid,cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salamon ni apa? makanan kesihatan ea? x pernah dengar..

      Padam
  2. Assalamualaikum,

    Salamon tu agaknya ikan Salmon, kaya dengan Omega 3. Ikan yg bagus untuk kesihatan.

    Masaalah “mati putik” ni dah lama. Sistem dalaman wanita ni memang sangat rumit dan sangat sensitif. Banyak faktor2 yg mempengaruhi keseksualan wanita seperti keletihan buat kerja2 rumah dan pejabat, macam2 segala stress, anak2, masaalah itu ini, semua ni akan menjejaskan prestasi seks seseorang wanita.

    Antara banyak faktor2 ni, “mati putik” terjadi pada wanita yang kerap melancap, tanpa disedari telah merosakkan urat2 saraf di kelentit yg amat sensitif. Perbutan ni dapat dielakkan dengan membuat kerja2 berfaedah, tingkatkan ilmu agama dan jangan duduk bersendirian dan menonton filem lucah. Kalau melancap pun berpada2lah, janganlah terlalu kerap dan agresif pulaktu sampai tak bermaya “putik” tu dikerjakan. Bayangkanlah umur masih muda tapi “putik dah layu” takde nafsu….macamana nak berumahtangga. Hubungan seks suami isteri menjadi hambar sebab tiada respon dari isteri..tiada rasa ghairah sebab ”putik tak kembang”. Sedapnya kejap tapi kesannya menggerunkan wanita.

    Sebenarnya ramai wanita yg “mati putik” selepas menopause, cuma terma “mati putik” ni tak disebut2 atau dihebahkan seperti masaalah lelaki “mati pucuk”. Disebabkan malu hal2 wanita, penyakit sebenar tak disebutkan “putik dah tak bernyawa lagi…layu” jadi didiamkan saja dengan beranggapan memang itulah simtom2 menopause, terima ajelah , terasa diri sudah tua, faraj pun dah mulai kering dan biji kelentit pun tak menegang bila dirangsang, “putik” dah tak sehebat dulu, tiada rasa ghairah lagi. Semakin lama dibiarkan, wanita tersebut kurang minat dan tiada nafsu terhadap seks. Melayan suami pun sebab terpaksa, asal lepas aje dan layanan pun macam kayu…cepatlaaa habis!!! Tidor pun nak berasing.

    Keadaan wanita tak seharusnya seperti ini, banyak ubat2an yg ada seperti memakan hormone (HRT). Ubatan traditional pun banyak seperti mas cotek, cendawan kelentit kering, kacip fatimah , sireh dan banyak lagi untuk kesihatan dalaman wanita. Ubatan moden dan traditional senang didapati di Internet, cuma kena rajin mencari.
    Wanita dulu2 banyak pantang larang dan makan jamu segalanya, beradap sopan dan menjaga mahkota. Zaman wanita moden sekarang penuh cabaran, bahan2 lucah senang dapat kat internet, senang sangat nak ghairah……pastu paham2 ajelah syok sendiri!!

    Harap info ini dapat menambah pengetahuan ramai wanita tentang masaalah “mati putik” dikalangan wanita moden masa kini dan cepat2 berubat jangan dibiarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih banyak atas info yg sgt berguna ni.

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…