Masing-masing ternganga mendengar cerita kak Raihah. Norsha dan Siti Haida sudah berdecit-decit bibir mereka menahan geram. Maheran sudah beristighfar panjang. Hanya Qistina yang masih diam, tidak punya reaksi apa-apa.
Luqman merenung wajah Qistina tidak berkelip. Terlalu tenang raut wajah itu kini namun ketenangan itu amat meresahkan dirinya. Bimbang kalau-kalau Qistina hilang keyakinan terhadap dia. Bimbang Qistina menyangka yang tidak-tidak. Namun segera tersedar dan beristighfar. Serahkan kepada DIA, Luqman.... hati berbisik.
Dia Maha Mengetahui gejolak rasa. Dia Maha Mengetahui apa yang ditanggung. Dan, kepada DIA tempat meminta pertolongan. Agar hati tidak dibolak-balikkan.

"Tina, kenapa kau diam?" suara Norsya menyentakkan lamunan. Wajah manis itu segera dipandang. Agak kehairanan bila Qistina mengukir senyum.
"Tak ada apa nak cakap, diamlah..." balas wanita itu bersahaja.
"Kau ni kayu ke? Kalau abang Luqman kena tangkap tadi?" tanya Norsya lagi dengan dahi berkerut.
"Buat apa nak fikir benda yang tak jadi? Ni, dia ada depan kita semua, kan?" Qistina balas sambil ibu jari menghala ke arah Luqman.
Luqman ketap bibir. Sedikit sebanyak, hati terkilan dengan sikap tak endah Qistina. Terasa diri tidak bererti pula. Haih...
"Kamu ni macam tak ada perasaan aje, Tina," marah kak Raihah. Risau melihat keselambaan.
"Jodoh itu ALLAH dah tetapkan. Alhamdulillah, jodoh kami berdua kuat. Allah masih menyayangi kami supaya dapat bersatu nanti. Allah gagalkan niat jahat Zara. Itu pun dah buat Tina cukup bersyukur. Tina tak suka perkataan 'kalau'. Kalau begitu... kalau begini.....
Semua dah tersurat. Semua dah ditentukanNya. KemahuanNya! Demi Allah, Dia Maha Mengetahui apa yang dirancang untuk Tina dan Luqman. Tina berdoa sangat supaya lepas ni, dalam 2, 3 hari nak bersatu ni, janganlah ada halangan lagi."
Lembut wajah Luqman direnung.
"Memang Tina takut kehilangan Luqman. Tina tak cukup kuat untuk menghadapi kehilangannya, tapi, rasa syukur sangat dengan apa yang dah terjadi ini. Allah gerakkan hati kita semua supaya berjaga-jaga dengan Zara. Semua terkandung hikmah. Dah beres dengan baiknya. Man ada kat sini, dok senyum tengok Tina. Kan best?"
Luqman rasa ingin mencuit hidung comel wanita yang petah berbicara ini. Bahagia dalam menghayati tiap kata. Seronok dengan senda guraunya. Hati rasa tidak sabar untuk hidup bersama, memaknakan cinta yang sudah lama bertakhta dalam hati lelakinya.
"Babah,"
Sapaan Uwaiys mengejutkan semua. Luqman yang dipanggil terus memeluk anak comel itu.
"Anak babah mengantuk, ya? Nak tidur dah?"
Qistina memerhati sahaja kerenah dua lelaki yang terpenting dalam hidupnya kini. Uwaisy dan Luqman. Cerianya Uwaisy di atas ribaan babahnya.
"Jangan manjakan sangat, Man! Esok-esok, dia nak tidur dengan kamu, baru tahu!" usik Maheran.
"Umi..." Qistina membulatkan mata.
"Tengah malam, saya angkatlah dia kasi umi jaga pulak," selamba Luqman membalas sambil mengenyitkan mata pada Qistina. Qistina jadi malu diusik begitu. Yang lain-lain ketawa melihat dirinya dengan lucu.
...................
Majlis pernikahan berlangsung sudah. Sederhana tetapi tetap meriah. Ramai yang datang mengucapkan tahniah.
Siang kian melabuhkan tirai. Malam muncul menjenguk. Keriuhan ditinggalkan. Kini pasangan pengantin sedang bersendirian, berdua-duaan.
Qistina berjingkit menutup kedua-dua belah mata Luqman dengan tapak tangannya. "Tutup kejap mata ni. Dari tadi, asyik buat Tina lemas. Macam tak ada benda lain nak tengok," bisiknya.
Luqman mengambil kesempatan itu untuk mendakap erat tubuh yang sudah lama menjadi dambaan. "Masa orang ramai, dapat tengok ajelah. Sekarang, adalah peluang untuk....."
Qistina ketawa. "Dulu, kan, ada orang tu cakap,"
"Cakap apa?" Luqman buat-buat lupa.
"Alaa...."
"Cakap apa?" Luqman tersengih sambil tangan yang tadi menutup muka dialih. Mata bertentangan kini.
Qistina jadi malu bila Luqman mula memerhatinya lagi. Kepala digelengkan. Rasa hilang semua kosa kata....hehe
"Abang cakap apa, sayang?"
Luqman versi menggoda dah muncul.
"Err...."
"Abang baru teringat," Luqman tersengih.
Qistina tersenyum, menanti.
"Oh ya. Pesanan ustaz Azhar Idrus, kan?" Luqman tersenyum, mungkin teringat pada ceramah yang sering diikutinya itu.
Angguk.
"Assalamualaikum, sayang," Luqman memulakan semula. Dari awal.
"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh," jawab Qistina lembut.
Tangan kanan kini Luqman letakkan di atas ubun-ubun isterinya. Dia berbisik penuh perasaan, berdoa seikhlas hati, "Ya Allah, Kau turunkanlah berkat ke atas isteriku ini dan aku minta berlindung di atas kejahatan diri isteriku ini,"
"Terima kasih, abang," Qistina mengucup tapak tangan suaminya.
Sepasang mata Luqman berkaca. "Sama-sama. Pergilah ambil air sembahyang. Kita solat Isyak sama-sama. Lepas tu boleh kita solat sunat juga," balasnya lembut.
Usai solat, Luqman duduk mengadap isterinya, meminta Qistina mengucap syahadah. Dia mendengar dengan teliti. Kemudian dia membisikkan...
"Tina, antara kita, abang serba kekurangan. Tapi, sebagai suami, abang ingin menjadi pemimpin rumah tangga kita ini. Abang harap, kita saling melengkapi. Di mana yang abang kurang betul, Tina perbetulkan. Tina lebih baik dan lebih mendalami agama ini, berbanding abang yang baru kembali tapi, abang sangat berharap agar abang mampu menjadi suami yang mampu Tina hormat dan contohi,"
Sebak rasa hati mendengar bicara suami yang merendah diri. "Kita ada Allah, tempat mengadu. Kalau resah, sama-sama ingat Dia. Tina cukup bersyukur mendapat cinta abang. Tina dapat rasakan luhurnya, sejak abang Sameon tak ada. Tina dapat lihat keikhlasannya sejak abang Sameon meninggal. Abang dah berjaya curi hati Tina,"
Masing-masing tersenyum bahagia. Tubuh Qistina kembali diraih ke dalam pelukan. Erat. Tidak mahu dilepaskan lagi.

Bila diberi peluang kedua..kemanisannya kebih dirasai..kdg2 kita akan diuji supaya yg terleka akan tersedar dan yg masih dilorong yg betul akan sentiasa beringat..
ReplyDeleteSuka sgt dgn cerita kak sofi ni..sweet hehe..
Teruskan berkarya..
thanx, insyaallah akan tetap meneruskan...
Deleteyeayyy..nikah juga akhirnya...harap dorang berbahagia hingga ke ujung nyawa...cikguuu..cite ni dah nak abis ekkk...
ReplyDeletetakk lama lagi...
Deletewahhh, dh selamat dah. Alhamdulillah. mudah2an takde lagilah pengacau2 lain dlm hidup diorg berdua ni kan? sedih pulak dh nk habis ni. hehe.
ReplyDeletebegitulah hendaknya, kan?
Deleteakhirya bahagia milik mereka juga... alhamdunillah....
ReplyDeletebest la kak....
berkat kesabaran...
Delete