Langkau ke kandungan utama

Masalah haid bocor? Baca ni!!

Assalamualaikum... 
Pernahkah anda mengalami keadaan haid yang keluar dengan banyak? Haid anda turun macam air hujan? Tiap sejam kena tukar pad baharu? Malah sering kali, haid bocor melekat pada baju yang dipakai? Memaksa anda bawa baju tukar atau lapik kerusi dengan paper atau kain buruk. Pernah? Sehingga ada kawan2 anda kata anda nampak pucat dan tidak bermaya setiap kali haid?
“Ini menandakan pendarahan haid yang banyak iaitu melebihi 80 mililiter bagi setiap kitaran adalah perkara tidak normal. Malangnya ramai tidak menyedari keadaan ini, yang dianggap biasa kerana sudah mengalaminya sejak sekian lama,” 
Perunding Ginekologi dan Obstetrik, Dr Suresh Kumarasamy, 

Bandingkan keadaan pendarahan haid tidak normal di atas dengan haid yang normal:Haid yang normal punya ciri2 berikut...

1. Tempoh kitaran 28 hari (minimum tujuh hari)
2. Tempoh haid biasanya empat hari (minimum dua hari)
3. Jumlah darah haid 40 mililiter (minimum 20 mililiter)

Seseorang wanita dikatakan mengalami masalah pendarahan haid yang banyak atau tidak normal jika:

1. Jumlah darah haidnya melebihi 80 mililiter bagi satu kitaran
2. Tempoh haidnya berpanjangan antara lapan hingga 10 hari, yang berlaku dalam kebanyakan bulan
3. Pendarahan yang banyak sehingga menyukarkan seseorang wanita untuk bekerja atau melakukan aktiviti harian lain
4. Wanita mengalami masalah anemia kerana kehilangan banyak darah secara berterusan
5. Ada ketulan darah melebihi satu atau dua hari
6. Mengalami ‘kebanjiran’ - yang berlaku secara tiba-tiba, permulaan haid yang tidak dijangka
7. Perlu menukar tuala wanita atau tampon setiap jam
“Masalah pendarahan haid yang banyak dikelaskan apabila berlaku pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan sama ada daripada segi fizikal, emosi, sosial dan material. Ia boleh menjejaskan salah satu atau gabungan beberapa gejala seperti senggugut dan keletihan yang melampau,”  
Namun untuk lebih mudah menguji sama ada haid anda terlalu banyak atau normal ialah melihat pada kesan pada tuala wanita. Lihat jika tuala wanita anda sentiasa penuh sepanjang tempoh haid.

Tanda dan gejala pendarahan haid yang banyak:

1. Satu atau lebih tuala wanita atau tampon basah lencun dalam masa satu jam
2. Perlukan perlindungan berganda (seperti memakai dua lapis tuala wanita pada satu masa)
3. Perlu menukar tuala wanita atau tampon pada waktu malam
4. Tempoh haid melebihi tujuh hari
5. Ada ketulan darah pada darah haid
6. Mengalami gejala anemia seperti rasa letih, lesu, sesak nafas
7. Senggugut 
8. Menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan termasuk di tempat kerja, di rumah dan hubungan dengan keluarga dan suami

Punca pendarahan yang tidak normal
Ada lima punca utama pendarahan tidak normal ini ialah:

1. Ketidakseimbangan hormon 
- biasanya berlaku ketika haid dan akan ‘selesai’ sendiri selepas haid tamat

2. Masalah sakit puan seperti fibroid, polip, kanser pangkal rahim, kehamilan luar rahim

3. Pengambilan ubat tertentu termasuk ubat anti keradangan dan anti pembekuan darah, serta ubat hormon yang tidak diambil dengan betul

4. Penggunaan alat pencegahan kehamilan dalam rahim tanpa hormon (IUD kuprum)

5. Masalah kesihatan seperti penyakit keradangan pelvik, masalah pada kelenjar tiroid, endometriosis atau penyakit hati dan buah pinggang

Bagaimana masalah dikesan?
Ia dikesan melalui:

1. Sejarah haid. 
- Pesakit mungkin dikehendaki merekodkan kedatangan haid mereka termasuk berapa ‘tenat’ pendarahan dan berapa banyak tuala wanita yang digunakan.

2. Beberapa ujian untuk mengenal pasti masalah seperti 
- imbasan ultra bunyi
- ujian darah
- ujian lumuran pap 
- biopsi endometrium (lapisan pada dinding rahim).

Kaedah rawatan untuk pendarahan haid yang banyak, di antaranya ialah:

1. Terapi hormon 
- menggunakan pil perancang untuk membantu mengatur dan mengurangkan pendarahan. Kaedah ini memang sudah lama digunakan dan ia terbukti berkesan. 
- tapi ada Kekurangannya iaitu...
ada wanita mengadu mengalami masalah sakit kepala, retensi air, pertambahan berat badan.

2. Terapi bukan hormon 
- Pengambilan ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen atau naprofen (juga membantu mengurangkan kesakitan senggugut) dan asid traneksemik. 
- Kekurangannya.... 
boleh menyebabkan masalah penghadaman, kerap buang air, memburukkan masalah asma dan ulser peptik.

3. Kaedah pembedahan 
- hanya akan dicadangkan jika ubat tidak berkesan. 

-Antaranya: 
a) dilation & curettage (D&C), 
b) histeroskopi operatif, 
c) ablasi endometrium, 
d) reseksi endometrium 
e) histerektomi. 

- Pesakit perlu mendapatkan penjelasan terperinci sebelum bersetuju menjalani kaedah pembedahan kerana setiap satu ada risiko tersendiri. 

Pun begitu dengan kelahiran ubat baru yang mempunyai gabungan unik estradiol iaitu estrogen yang sama dengan hormon dihasilkan tubuh dan dienogest hormon progestin dengan tumpuan kesan pada lapisan endometrium dalam rahim, masalah pendarahan haid berlebihan dapat diatasi dengan baik.
“Ubat ini akan meniru kitaran hormon wanita semula jadi yang secara tidak langsung akan memberikan kawalan ke atas pendarahan haid yang optimum. Ujian klinikal menunjukkan ubat ini mampu mengurangkan pendarahan secara ketara dan berkesan iaitu sehingga 88 peratus selepas enam bulan pengambilan tanpa mendatangkan kesan sampingan,” 
- Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Sweden, Dr Ian Milsom.

dipetik daripada harian metro

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya.

Ulasan

  1. Terima kasih atas info yang amat membantu saya dalam memahami masalah haid ini.Teruskan .....

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…