Langkau ke kandungan utama

Maid indon, 1 kerja gaji min RM700. Banyak ke sikit tu?

Assalamualaikum... 
 
Seorang amah, satu tugas
saharudin.musthafa@utusan.com.my

Baca berita ini dahulu, ya!

JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.

Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.

Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah
......................
Dah baca? Apa pendapat anda? Sokong? 


Hmm, kesian pada para isteri atau suri rumah sepenuh masa. Yang part time pun kesian jugak. Berapa anda dibayar untuk masak, kemas rumah, basuh baju, ermm... beranak, mengandung...?


Hahaha... ada orang marah dah tu. 


Tentu anda akan cakap, itu tanggungjawab isteri. Kena buat dengan ikhlas. Betul jugak, kan? Tapi.....


Apakah 'maid' dari indonesia ini lebih istimewa sehingga boleh diberi keistimewaan sebegitu? 


Hai, botaklah kepala pasangan muda yang baru hendak memulakan hidup berumah tangga. 


Apakah nanti akan ada anak yang menyuruh ibu yang sudah pencen untuk menjaga cucu dan hanya memberi wang sagu hati mungkin.... RM200??


Komen sikit!


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. baik ambik mak cik2 yang susah kat Malaysia nie kalo setakat nak buat satu kerja untuk bayaran RM 700.00. Cleaner kat tempat keja aku pon gaji rm 600 je....buat satu kerja la nie..kemas n menyapu ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya btol, mulalah mencari rakyat malaysia yg memerlukan pekerjaan .. x yah guna maid indon

      Padam
  2. Amah yg bergaji RM700 tu gamaknyer seswai utk rumah yg harga berjuta2. Majikannya jugak corporate jutawan. Bilik sampai 10-20 biji sebanglo. Jenuhler amah tu kena mop cuci lantai dari satu bilik ke satu bilik dari pagi sampai malam. Sorang lagi kena masak, sorang lagi kena jaga anak2 majikannya yg 4-5 org. oraitler tu. Yg gaji ciput 3-4 ribu RM usah mimpi guna amah. Duduk ajer serumah dgn ibu bapa mentua ka dan bagilaa sumbangan saguhati seribu dua kat ibu bapa. heeee....Berdosa kalu jadikan ibubapa macam org gaji tauu. hhmmmmmmmm.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ke mampu gaji rm3000 tp setakat jaga anak kena bayar 700? apa tujuan ambil maid? kan?

      Padam
  3. kerja pasaraya biasa kt pahang ni pun dalam rm4oo je..hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas ni jadi maid la, lg byk gaji

      Padam
  4. x sesuai la hanya fokus pada satu kerja sahaja. takkan , dalam 1 rumah tu, tuan rumah nak amik sampai 4 - 5 org gaji. bukan bantyu menyenangkan tuan rumah, memufliskan tuan rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btol! sokong. maid yg menjadikan tuan rumah miskin nih hmm...

      Padam
  5. rasanya tak patut bagi rm 700 sbb kerjanya sikit je.
    hanya khusus kpd stu kerja.
    sgt tak stuju!

    siapa la yg ttpkan gaji ni.
    huhu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. cuba bayangkan siapa tuan dalam rumah. yg buat satu keje atau yg buat keje2 lain tu semua? :)

      Padam
  6. bagi suri rumah sepenuh masa buleh gak ambik amah...bukak bisnes ngasuh budak...dapat 5 org dah bleh 1500..sakit hati punya idea

    BalasPadam
  7. puji kerajaan indonesia bela rakyat mereka.
    Kerajaan Malaysia ade berani ker tetapkan gaji minimum pekerja bukan sektor awam.
    kalau tak mampu amik org gaji indonesia, ambillah dari negara lain.
    Indonesia pun tak paksa amik maid diaorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kl jaga sangat, kan baik letak aid tu kat negara diorg saja hehe... peace

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…